Thatcher  Boleh Pergi  jahanam
(Go To Hell With Thatcher)

Broness Thatcher  telah  mengutuk pemimpin beragama Islam di Britain kerana sikap  mereka  terhadap  serangan  ngeri di  Amerika.

Bekas Perdana Menteri Konservatif itu telah memberitahu ‘The Times’  pemimpin Islam tidak bersuara  lantang  mengutuk  keganasan September 11.

Tony Blair dan  barisan menteri Britain  telah  mengusahakan  tindakan   menenangkan masyarakat Islam  bahawa sebarang tindakan   tidak bertujuan  menekan Islam tetapi terhadap para pengganas  yang  bertanggungjawab dengan  serangan di Amerika.

“Orang yang memusnahkan  menara kembar itu adalah beragama  Islam dan masyarakat Islam  mestilah  bangkit untuk  mengutuk  bahawa  perbuatan ganas itu bukan  mengikut  ajaran Islam,” kata  Thatcher  kepada  akhbar tersebut.

“Para penumpang  dalam pesawat itu  telah diberitahu mereka  akan  mati dan  terdapat  beberapa kanak-kanak ketika itu. Ketua  masyarakat Islam mesti  menyebut  betapa perbuatan pengganas itu adalah mengaibkan.

“Saya  tidak mendengar  kutukan  yang  mencukupi  daripada  ulama  Islam.”

Ibupejabat Parti Conservative  enggan  mengulas   kenyataan Thatcher.

Para pemimpin masyarakat Islam merasa  sedih  dengan  kenyataan  Thatcher  dan  berkata  bahawa  mereka sudah pun  mengutuk dengan  secara  spontan tanpa  berbelah bagi  terhadap serangan  keganasan itu.

Dr. Ghayasuddin Siddiqui, seorang pemimpin  ahli Parlimen  beragama  Islam, telah berkata: Saya  merasa sedih dan  terkejut   apabila dia  berkata  semacam itu. Apabila ia muncul daripada  mulut  Baroness Thatcher  ia menjadi  lebih  menyakitkan.

“Dunia harus  sedar  betapa daripada  sejumlah 6,000 manusia yang  terkorban dalam kejadian negeri itu, lebih 1,500  nyawa  adalah  beragama  Islam. Masyarakat Islam telah  menanggung  penderitaan sebanyak dua  kali – satu ketika  seseorang  yang  rapat  dengan mereka terkorban nyawanya, yang kedua  apabila ada  mulut  celupar  seperti ini.”

-tamat-

Hits: