Ahli Parlimen  British Pertahankan Masyarakat Islam

Artikel asal: MP defends muslim after Thatcher attack

Keith Vaz telah mempertahankan masyarakat Islam setelah diserang oleh  Baroness Thatcher yang  berkata  beliau  tidak  mendengar kutukan secukupnya  terhadap  serangan ganas mengenai Amerika daripada  pemimpin  agama  Islam.

Ketika membentangkan sidang  tergempar  mengenai  keganasan di   Dewan Rakyat  Britain (House of Commons), bekas menteri luar  Britain itu  bercakap  akan  sumbangan besar  masyarakat Islam Britain kepada  negaranya.

Thatcher  telah  memberikan kenyataan celuparnya itu kepada ‘The Times’.

Kata Mr.Vaz: “Saya tidak  tahu apakah bahan bacaan  beliau  ataupun apakah  program yang telah dipantaunya . Tetapi  apa juga kenyataan yang saya  dengar  daripada  masyarakat Islam Britain  dan  masyarakat  Asian di Britain adalah  kata-kata kutukan   terhadap  kejadian di  New York dan  memberikan sokongan  yang padu dan  bersungguhan  terhadap   tindakan  yang dilaksanakan oleh  Perdana Menteri.”

Mr.Vaz menceritakan bagaimana dia  berhijrah ke  Britain pada  usia  sembilan tahun.

“Saya tidak fikir kita  mampu  membayangkan ketika itu, 31 tahun yang lalu,  betapa seseorang yang bernama  Hussein boleh dilantik menjadi kapten pasukan kriket England. Mungkin juga dalam masa  31 tahun lagi seseorang bernama  Patel  menjadi editor Daily Telegraph.”

Ketika menyokong  perundangan  untuk  membanteras  kebencian beragama, Mr.Vaz berkata adalah penting   untuk  berkelakuan  yang  melepasi  setakat gelagat  “melawat  masjid" ketika  dilanda  krisis.

“Dialog, yang dilakukan setiap hari oleh  Ahli Parlimen dengan  masyarakat  kawasannya  (kawasan pilihan raya) yang berasal daripada  Asia,  merupakan  satu dialog yang sungguh penting  agar  mereka  menyedari   peranan mereka  dalam arus perdana  yang  menyokong  Kerajaan  British.”

-tamat-

Hits: