Tazkirah ( 16 ) : Sedutan Dari Akhbar International Herald Tribune - Madrid, Sepanyol

Alhamdulillah. Segala Puji dan Pujian hanyasanya layak untuk Allah s.w.t sahaja. Salam dan Selawat   ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Saya sungguh-sungguh bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana saya selamat tiba ke tanah air dan Insya-Allah akan meneruskan perjuangan menegakkan Daulah Islamiah di Bumi ini. Agak lama saya berada di beberapa negara di Eropah kerana urusan perniagaan. Walaupun sekadar mencari rezeki yang halal dan keredhaan Allah s.w.t., saya tidak lupa akan tugas yang lebih besar iaitu sebagai seorang pejuang Islam.

Banyak sekali pengalaman yang kalau dituliskan di sini tidak mungkin mencukupi lebih-lebih lagi tentang pandangan orang-orang barat tentang Islam dan dialog pendek saya dengan pendakwah Kristian di London. Media-media cetak dan elektronik tidak putus-putus menceritakan tentang Afghanistan dan Osama Ben Laden begitu juga tentang Islam. Saya juga tidak takut untuk memberikan pandangan Islam tentang kezaliman termasuklah kezaliman USA kerana ini memang tugas kita untuk menceritakan yang benar tentang agama suci kita iaitu Islam Saya mungkin akan mengambil beberapa hari lagi untuk meneruskan tulisan saya dari petikan-petikan buku-buku seperti Dr. Yusuf Al-Qardawy. 

Oleh kerana saya dapati banyak fitnah-fitnah dari barat terhadap Islam maka saya akan mengupas salah satu buku tulisan Dr. Yusuf Al-Qardawy tentang tipu daya barat. Kali ini saya cuma mengajak saudara/i sekalian untuk memahamai bahawa musuh-musuh kita sebenarnya terlalu banyak terutamanya dari pemimpin-pemimpin barat. Saya akan membawa petikan dari International Herald Tribune bertarikh 27 September dari Madrid, Sepanyol. Akhbar ini saya ambil ketika berada di Sepanyol tempoh hari. Cuba lihat salah seorang pemimpin Eropah yang durjana lagi angkuh dan biadap terhadap Islam. Kita mesti sedar bahawa musuh kita sentiasa menghina kita dan ianya bukanlah sahaja di Malaysia ini. Sekiranya kita mahu menjadi pejuang Islam yang tulin, kita mesti sedar bahawa musuh Islam itu ada di merata-rata dunia ini...... Ingat, inilah pesanan saya, musuh Islam  itu wujud di serata dunia!.

Petikan ini dalam bahasa Inggeris, saya tidak sempat menterjemahkannya ke dalam Bahasa Malaysia, namun saya kira ianya tidak akan menjadi halangan bagi yang kurang fasih berbahasa Inggeris untuk memahamainya. Sila baca!

Berlusconi Vaunts West's ' Superriority ' - By Steven Erlanger, New York Times Service.

BERLIN - The Italian Prime Minister, Silvio Berlusconi, in a briefing to journalists, praised Western civilization on Wednesday as superior to that of the Islamic world and urged Europe to " re-constitute itself on the basis ot its Christian roots ".

  Mr. Berlusconi, in Berlin for surprise meeting to discuss international cooperation against terrorism President Vladimir Putin of Russia and Chancellor Gerhard Schroeder of Germany, used language that was unconventional for politicians in describing aspects of Muslim society and also anti-globalization protesters.

  As it designs a strategy against terrorism, Mr. Berlusconi said, the West should trust in the supremacy ot its values.

  " We should be confident of the superiority of our civilization, which consists of a value system that has given people widespread prosperity in those countries that embrace it and guarantees respect for human rights and religion, " he said. " This respect certainly does not exist in Islamic countries. " The West, given the superiority of its values, " is bound to occidentalize and conquer new people, " Mr Berlusconi said. " It has done it with the Communist world and part of Islamic world, but unfortunately, a part of the Islamic world is 1400 years behind.

  " From this point of view, " he said, " we must be conscious of the strength and force of our civilization."

  Mr. Berlusconi, who has been criticized for the force that the Italian police used against anti-globalization protesters in Genoa in July, said he saw " a singular coincidence " between the protesters and the terrorists who attacked New York and Washington.

  The terrorists were trying " to stop the corrupting effect of Western civilization on the Islamic world," he said, while "the anti-globalization movement criticizes, from within Western civilization, the Western way of life, trying to make Western civilization feel guilty.

  " That's why I see a singular coincidence between this action and the anti-globalization movement."

  Mr. Berlusconi was speaking in an on-the-record brifting to Italian journalists who were covering his visit. They described him as speaking in full flow, grappling with sometimes conventional ideas in language that was unusual, at least for politicians.

  Later, in a joint news conference with Mr. Schroeder, Mr. Berlusconi spoke highly of Mr. Putin and his cooperation on terrorism in solidarity with the United States.

  Like Mr. Schroeder on Tuesday, Mr. Berlusconi soft-pedaled criticism of Moscows's human rights abuses in rebellious Chechnya, which has been fighting for independence off and on since the middle of the 19th century.

  On Tuesday, Mr. Putin gave a well-received speech in German to Bundestag, in which he aaserted that the Chechen rebellion was also a prime example of Islamic fundamentalism and terrorism and asked for a better understanding of Russia's dilemma there.

  New Western shyness about discussing human rightss abuses in Chechnya appears to be the price of Russia's new alliance with Washington and North AtlanticTreaty Organization against terrorism.

  Asked about Chechnya on Wednesday, Mr. Berlusconi a conservative anti-Communist, was cautious.

  " In the light of recent events on Sept. 11, the Western community should have a different look at the behaviour of various fundamentalists, " Mr. Berlusconi said. " We'll probably have to judge things differently that we have done until now regarding Chechnya. But it does not mean forgetting about various rights such as human, civil and political right - they must be respected."

  Mr. Schroeder, asked again Wednesday whether his views on Chechnya had changed, said: " You know that Chechnya ia part of a region in which there is a an elevated threat- which we have now experienced. The different aspects of Russian policy should be judged accordingly."

  Mr. Berlusconi maintained a certain wariness toward Moscow, nonetheless.   " Europe must be convinced, as Putin outlined yesterday in his speech to the Bundestag, that Russia is peaceful country, a peaceful European country," Mr. Berlusconi said.

  But " Europe must open itself up to Russia," he said. " Europe must reconstitute itself on the basis of its Christian roots."

Saudara/i, banyak pengajaran yang dapat dipetik di sini terutamanya tentang pandangan Perdana Menteri Itali, Mr. Berlusconi mengenai hak-hak asasi manusia. Ia mengatakan bahawa negara barat yang dipelopori oleh Kristian lebih baik dari negara Islam. Dalam tazkirah saya yang pertama sudah dijelaskan tentang hak asasi manusia dalam Islam. Malangnya mana ada negara Islam sekarang ini, yang ada Malaysia  Negara Islam berkiblatkan Sekular. Itulah angkara pemimpin bodoh lagi jahil tentang Islam. Bagaimana orang asing nak tahu tentang hak asasi dalam Islam sekiranya tidak ada negara Islam sekarang? Pemimpin yang mengaku Islam sendiri tidak mengamalkan Islam, alih-alih Islam juga dihina angkara perbuatan mereka yang jahil lagi bahlol! Satu perkara lagi ialah kita lihat pakatan Barat dan Rusia, dahulu barat mengecam tentang penglibatannya di Chechnya tetapi sekarang mereka cuba mentafsirkan satu perkara baru pula gara-gara untuk membenteras " pengganas ".  Itulah malangnya Islam apabila ianya dipinggirkan oleh penganut-penganutnya sendiri. Satu Ad-Deen yang diturunkan oleh Allah s.w.t. tapi dirosakkan oleh hamba-hamba-Nya sendiri.

Marilah kita bersama-sama bertekad untuk mengembalikan Islam sebagai Penjana Kekuatan Ummah dan Menegakkan Daulah Islam di bumi Allah s.w.t. ini. Allahukbar ( 3X)

................. bersambung di masa hadapan, Insya-Allah. H.M. Subuh

Hits: