Fatwa Sheikh Hammoud Al-Uqlaa'
Mengenai Taliban
Sheikh Hammoud Al-Uqlaa' Ash Shuaibi adalah seorang ulama terkenal dari Semenanjung
Arab, beliau tinggal di bandar Buraidah dalam daerah Basemen di Semenanjung Arab
dan dalam lingkungan umur lapan puluhan. Beliau merupakan salah seorang guru
kepada Sheikh Salman Al-Awdah (juga berasal dari Buraydah, beliau telah
dipenjara oleh kerajaan Arab Saudi dari 1994 hingga 1999) dan terkenal dengan
bercakap benar dalam sebarang keadaan. Semoga Allah melindungi beliau.
Fatwa ini dikeluarkan oleh Sheikh pada 2 Ramadhan 1421/ 29 November 2000 sebagai tindak balas terhadap ancaman Amerika untuk mengenakan sekatan terhadap kerajaan Taliban atas alasan gagal menangani 'keganasan'.
Para Muslimin disarankan untuk mengedarkan
risalah ini dengan menggunakan internet (elakkan mail spam), faks , mencetak dan
mengedarkan di masjid-masjid, pusat-pusat Islam dan musalla dengan mendapatkan
kebenaran dari pihak pengurusan terlebih dahulu.
Bismillahi Arrahmani Arraheem
Fatwa Mengenai Pelaksanaan Syariah oleh Kerajaan Taliban Afghanistan
Oleh Yang Mulia Sheikh Hammoud Al-Uqlaa' Ash
Shuaibi
(2 Ramadhan 1421/ 29 November 2000 Al-Qaseem di Semenanjung Arab)
Soalan:
Sebilangan Muslimin sangsi dengan
pelaksanaan syariah oleh Kerajaan Taliban Afghanistan. Apakah realiti tentang
kerajaan tersebut kami meminta dari tuan jawapan yang menyeluruh dengan disokong
bukti-bukti. Semoga Allah melindungi tuan.
Jawapan:
Pujian bagi Allah Tuhan Seluruh Alam,
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya.
Sebenarnya untuk menentukan pelaksanaan atau penolakan syariah oleh sesebuah
negara bergantung kepada beberapa faktor:
Pertama, perundangannya menurut Al Qur'an
dan Sunnah Rasulullah SAW dalam setiap aspek pentadbiran.
Kedua, sebenarnya komponen yang penting ialah penguasaan kerajaan tersebut,
sudah diketahui umum Kerajaan taliban menguasai 95% dari Afghanistan.
Ketiga, hubungan dengan negara lain adalah berdasarkan Agama Islam yang suci.
Kerajaan Taliban Afghanistan telah membuktikan untuk memenuhi faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas. Ianya satu-satunya negara yang tidak menggunakan undang-undang ciptaan manusia. Perundangannya adalah berdasarkan syariah yang diturunkan oleh Allah melalui pesuruhnya Muhammad SAW.
Negara-negara yang majoritinya penduduk Islam selain dari Afghanistan menggunakan perundangan ciptaan manusia dan sesetengahnya negara tersebut menggunakan perundangan ciptaan manusia tetapi di bawah label Syariah Allah. Kebanyakan negara tersebut menggunakan mahkamah 'syariah' yang berdasarkan institusi perundangan ciptaan manusia, yang realitinya tidak banyak berbeza dengan pentadbiran menggunakan perundangan ciptaan manusia kecuali pada nama.
Antara bukti yang menunjukkan Kerajaan Taliban merupakan Kerajaan Syariah, negara-negara kafir yang merupakan musuh Islam telah mengenakan tindakan pemencilan dan pemulauan ekonomi terhadap Afghanistan tanpa sebarang alasan kecuali kerana Afghanistan telah melaksanakan Islam. Lebih-lebih tindakan ketenteraan akan dikenakan ke atas Afghanistan seperti tindakan melancarkan peluru berpandu oleh Amerika pada 1996. Pada masa yang sama negara-negara tersebut telah menyokong puak penentang yang dikenali sebagai puak Bersekutu Utara (Ahmad Shah Masood) dengan bantuan kewangan, senjata dan penasihat. Ini menunjukkan bukti yang jelas tentang pelaksanaan syariah oleh Taliban dan mereka di pihak yang benar dalam peperangan menentang Puak Bersekutu Utara. Tambahan lagi dengan kegagalan negara-negara kafir untuk mengiktiraf Kerajaan Taliban sebagai Kerajaan yang sah di Afghanistan, menguatkan lagi tentang pelaksanaan syariah oleh Kerajaan Taliban.
Antara sebab lain yang menunjukkan Kerajaan Taliban ialah Kerajaan Syariah ialah mereka telah memenuhi beberapa kriteria yang telah disebut sebelum ini, dengan beberapa kekecualian kerana mereka menghadapi masalah kewangan disebabkan sumber kewangan yang terhad. Oleh sebab itu kita bermohon kepada para Muslimin memberi bantuan dari segi kewangan, kebendaan dan liputan media kerana negara-negara kafir telah menyampaikan maklumat yang tidak tepat sehingga masyarakat dunia (khususnya dunia Islam) keliru samada Kerajaan Taliban adalah Kerajaan Syariah atau tidak.
Ketika ini Kerajaan Taliban sedang berjihad menentang Puak Bersekutu Utara, jihad mereka dibenarkan dari segi syariah kerana Puak Bersekutu Utara disokong oleh Amerika, Britain, Russia dan golongan yang ingin menubuhkan Kerajaan dengan mengambil sistem perundangan Barat. Keadaan yang begini menyebabkan menjadi kewajipan untuk menyokong Kerajaan Taliban dan berjihad bersama-sama mereka bagi menjamin kejayaan Islam sesuai dengan firman Allah SWT:
" Hendaklah kamu tolong menolong dalam mengerjakan pekerjaan baik dan memelihara diri dari kejahatan" [Quran 5:2]
Sabda Rasulullah SAW
" Para Muslimin (kasih-sayang, perasaan dan perhubungan mereka) ibarat satu jasad, sekiranya satu anggota sakit, seluruh badan itu akan sakit".
Nabi juga bersabda
"Muslimin itu ibarat satu bangunan, satu bahagian menyokong bahagian yang lain.(dengan mencangkuk jarinya)".
Kualiti Kerajaan Taliban Afghanistan yang menunjukkan mereka adalah Kerajaan Syariah:
1-Usaha Taliban untuk menyokong Mujahidin
dan mempertahankan mereka dari musuh mereka.
2-Kerajaan Taliban tidak membenarkan media yang tidak dibenarkan oleh syariah.
3-Kerajaan Taliban telah melaksanakan hudud dan mengIslamkan media dan
pendidikan.
4-Malahan Kerajaan Taliban merupakan satu-satunya negara yang memperjuangkan hak
wanita berdasarkan Syariah dan bukannya dengan cara sekular yang menggalakkan
wanita mempamerkan kecantikan mereka, membuka hijab, bercampur secara bebas
dengan lelaki, memandu kereta secara berseorangan dan perkara-perkara lain
seumpamanya.
5-Kerajaan Taliban merupakan satu-satunya negara yang mempunyai suatu kementerian
bernama Kementerian Amar Makruf Nahi Mungkar (Ministry to Encourage Good and
Forbid Evil.)
Kita berdoa pada Allah supaya Kerajaan Taliban dikurniakan kekuatan dan petunjuk, kita juga bermohon kepada Allah mereka terus kekal dengan kualiti yang telah ditunjukkan dan berpegang teguh pada al Quran, As Sunnah dan jalan para salafus soleh, dan agar mereka tidak gentar dengan ancaman dari negara-negara kafir. Allah telah berfirman dalam Al Quran
"Sesiapa sahaja yang takut pada Allah, Dia akan membuka jalan keluar ( dari kesusahan) dari jalan yang tidak disangka-sangka.". [Quran 65: 2-3] dan
"Sesiapa yang takutkan Allah, Dia akan menyelesaikan masalahnya" [Quran 65:4] dan
"Kesudahan yang baik adalah untuk orang-orang yang bertaqwa" [Quran 7:128]
Sebagai contoh ketika Nabi Muhammad SAW dan muslimin dipulau oleh golongan Quraisy untuk menghalang mereka dari mengamal Islam, tetapi akhirnya kejayaan bersama orang-orang yang bertaqwa. Kami juga menyeru negara-negara Islam yang lain mencontohi Kerajaan Taliban dalam melaksanakan syariah dalam setiap aspek dan mereka tidak mengikut telunjuk negara-negara Barat yang anti Islam.
Segala keupayaan dan kekuatan dari Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Ditulis oleh Sheikh, Guru Hammoud bin Uqlaa
Ash-Shuaibi
2 Ramadhan, 1421 H / 29 November 2000 Al Qaseem, Semenanjung Arab
Hits: