Mencekik-Darah  Di Malaysia

(Blood-Letting Di Malaysia)

M.G.G.Pillai

 

 

Seorang  lelaki yang amat dikehendaki oleh polis  telah ditangkap. Dia dianggap seorang  penyangak yang berbahaya. Semestinya  polis terpaksa bertindak memperketatkan kawalan  supaya  dia  tidak boleh  membuat  kerja  semacam Houdini (pakar silap mata  yang boleh melepaskan diri  yang  bergari dan dikunci dalam sebuah  peti  yang  ditenggelam dalam air - penterjemah).  Tetapi, itulah yang dilakukannya  dengan melepaskan diri  ketika  pihak polis  cuai mengawasi. Kisah dia melepaskan diri telah disiarkan di setiap akhbar tetapi yang merunsingkan kita ialah  bagaimana  perkara itu boleh berlaku, dan kenapa  tidak ada  tindakan dikenakan ke atas  dua  anggota  polis  yang cuai itu.  Sepatutnya  mereka didakwa  di mahkamah dan dipenjarakan.  Mereka telah ditugaskan  mengiringi seorang  penjenayah  dan  mereka tiba di destinasi tanpa  penjenayah itu. Sehingga kini saya belum mendengar  rencana  polis   untuk mengurangkan peristiwa seperti ini supaya  tidak berulang.

 

 

Begitulah kisahnya  dalam cara hidup  kita orang Malaysia yang sentiasa  lalai,  kemarahan  yang  ketara  telah ditumpukan  kepada  cara  penjenayah itu  melepaskan diri, dan bukannya  kepada  polis  yang  mengawalnya.  Bagaimana  sistem kepolisan  tercemar sengaja  diabaikan.  Tidak banyak bezanya  dengan apa yang kita lihat di kaca TV dan  akhbar  pada September 11 yang  merakamkan  petaka  dari angkasa  di Pusat Dagang Dunia dan  Pentagon: kengerian dan ketaksuban  telah tertumpu  kepada   kumpulan  beragama Islam yang  melancarkannya   dan bukannya  kepada apa  yang  mereka  capai: sehinggakan  sebuah negara  yang paling berkuasa  terpaksa  melutut  kerananya.

 

Ada sepucuk  surat   yang disiarkan di Straits Times pada 4 Oktober, 2001 (Ruang  Letters  muka surat 11), yang  mencadangkan satu  idea yang baik: penjenayah itu  harus  dipasung kakinya  dengan  rantai besi  pada  masa depan. Mr. P. Selvam daripada a Petaling Jaya  telah mengaku   betapa  cara pengawalan  yang  tidak  cekap  tetapi memberikan kepujian kepada polis  kerana “bukan senang  untuk polis menangkap  penjenayah dan  kumpulannya  yang   menakutkan  orang  awam.”  Tetapi setelah menangkapnya  polis membenarkan penjenayah itu lepas walaupun tangannya  bergari.

 

Mr. Selvam berpendapat: “Polis dan  Jabatan Penjara  harus  meniru  satu kaedah yang diamalkan di  negara  jiran. Setiap banduan  digari tangannya  dan  pasung kakinya dengan  rantai  (dan  bebola  besi – penterjemah)  sebelum dibawa masuk ke mahkamah. Ini adalah penting, mengikut Selavam, supaya  seseorang  tertuduh itu  dimalukan dan dinafikan  hak asasinya   sebaik sahaja polis  mengetahui akan  bahaya yang dicetuskannya.  Dalam kes ini  orang itu  tidak pun didera,  dan kita tidak pun tahu  siapakah dia sebenarnya dan apakah  pihak pendakwa  mampu  mengenakannya  satu  hari  nanti.

 

Tetapi sikap menyorot kepada  zaman  purba  sudah  semakin menarik   rakyat  di kawasan bandar. Eloklah kita  kudungkan sahaja tangan si pencuri, demikian  kata   kumpulan  beragama  Islam di dalam UMNO dan PAS  dan mengambil amalan Wahabbi  di  Arab Saudi.  Penzina eloklah direjam dengan batu. Kumpulan orang bukan Islam dan yang lainnya, termasuk juga orang Islam  yang melihatkan   tindakan  yang tidak berperikemanusiaan ini, sambil memikirkan  kita  akan menyorot amalan lama, tentu  menjadi terkejut dengan  bentuk hukuman seperti  ini.   Sebaliknya  kumpulan bukan Islam yang  sama  tidak akan berlengah mahukan  hukuman yang sama terhadap  mereka yang mengganas di  persekitaran mereka – kerana itulah sahaja  untuk mereka  hidup senang  lenang.  Mungkin ,” dia  berpendapat, “kita  boleh  ubah amalan itu  dengan  menggari  dan merantai   kaki   orang yang melakukan  jenayah besar  dan  para penjenayah yang berbahaya.”

 

Saya ingin  mencadangkan  satu  veriasi:  kenakan  pasung  kaki, dan  gari dan rantai di tangan   anggota polis yang membenarkan  orang  tahanan  terlepas  sebelum  mereka  dipenjarakan. Keaibannya  sahaja   sudah mencukupi untuk  mencegah segelintir  polis yang  berani   membebaskan  seseorang  pesalah  terlepas bebas, selepas  ini.

 

 

Saya memang tidak  bersimpati anggota  polis   yang  gagal menjalankan tugas  mereka. Di Malaysia in anggota  polis ialah bahan  ketakutan. Rakyat lebih rela  menjauhi diri  daripada  mereka. Kerana itu  banyak kes jenayah yang tidak dilaporkan. Bantuan pun tidak  diperdapatkan. Mereka terus mempunyai  satu cara  bertugas  yang mencekik darah  kita: cuba perhatikan  jumlah  rakyat Malaysia,  terutama sekali  kaum India  yang telah terbunuh   secara kejam  oleh polis. Anggota  polis  yang telah melanyak bekas timbalan perdana menteri  Dato Seri Anwar Ibrahim, merupakan seorang  ketua polis  negara. Ada satu kes  yang dibawa  ke pengadilan di mana keluarga  kepada seorang wanita  yang sedang mengandung ditembak mati  dengan kejamnya  dekat  Kuala Lumpur, mahukan satu pengadilan  yang  saksama . Beberapa tahun  dulu, beberapa ahli MIC  telah ditembak mati  ketika  polis menahan satu van  di Kelantan dan membunuh semua  penumpangnnya. Kita diberitahu  van itu  enggan  berhenti  di satu  sekatan  polis  di jalan raya. Tetapi setiap mangsa yang mati itu ditembak di pelipis (temple)  kepalanya. Perangkaan  memang  jarang  disiasat. Namun dalam kes ini, keluarga mangsa berkemungkinan membawa  kes  ini  ke mahkamah.

 

 

M.G.G.Pillai

pillai@mgg.pc.my

 

Hits: