India minta US dan Britain serang Kashmir

Assalamu'alaikum wm wbt,

India minta US dan Britain serang Kashmir

India secara rasminya meminta tentera US dan Britain supaya menghapuskan kumpulan-kumpulan pembebasan Islam di Kashmir. Permintaan ini disampaikan oleh Perdana Menteri India, Atai Behari Vajpee kepada Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang singgah di New Delhi pada Sabtu 6 Oktober, 2001 dalam perjalanan pulang dari Islamabad, Pakistan.

Dalam sidang akhbar bersama Vajpee - Blair, isu Kashmir telah dibangkitkan oleh  Vajpee. Perdana Menteri India itu menyuarakan hasrat India agar tentera US dan Britain akan juga menyerang ‘sarang pengganas’ Islam di Kashmir. Blair telah tidak menunjukkan reaksinya.. Blair hanya mengulangi ugutan kepada Afghanistan supaya menyerahkan Osama bin Laden yang disyaki terlibat dalam serangan ke atas WTC dan Pentagon, atau menghadapi serangan tentera US dan Britain.

Walau pun Blair tidak berreaksi, tetapi adalah amalan diplomatik untuk membangkitkan di sidang akhbar bersama hanya isu-isu yang sudah dicapai kata sepakat. Maka bolehlah dirumuskan bahawa Blair dan Vajpee telah menemui kata sepakat dalam perbincangan sebelum itu untuk menyerang kumpulan pembebasan Islam di Kashmir setelah dapat dikalahkan Taliban di Afghanistan. Vajpee tidak akan membangkitkan isu Kashmir di sidang akhbar bersama tersebut jika tidak ada kata sepakat.

Semakin hari semakin ketara bahawa niat US dan Britain sebenarnya adalah untuk memerangi Islam. Nampaknya objektif Bush dan Blair lebih kepada menghapuskan pemerintahan Taliban yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya dalam pemerintahan negara dari menghambat Osama bin Laden.

Pada minggu lepas US telah menyenaraikan semula kumpulan pembebasan Palestine, Hezbollah, sebagai kumpulan pengganas. Nampaknya Hezbollah akan menjadi sasaran serangan US dan Britain setelah selesai dihapuskan kerajaan Taliban, dan kumpulan pembebasan Islam di Kashmir.

Dalam temu bual oleh CNN dengan Wakil Tetap Sudan ke PBB, juga pada Sabtu 6 Oktober, 2001, adalah jelas dari pertanyaan-pertanyaan yang diutarakan bahawa pihak US masih mengsyaki Sudan memberi perlindungan kepada kumpulan-kumpulan ‘pengganas’ Islam.

Wakil Tetap Sudan tersebut telah menafikan tuduhan tersebut. Beliau telah berulang kali menegaskan bahawa Amerika Syarikat sebenarnya telah menyerang Sudan beberapa tahun yang lepas bukan kerana Osama bin Laden, tetapi kerana Amerika Syarikat terlalu benci terhadap Sudan yang berusaha untuk melaksanakan syariat Islam sepenuhnya.

Tepat sekali kata Wakil Tetap Sudan tersebut (beliau pernah menjadi Duta Besar Sudah ke Malaysia). Dan kalau kita halusi serangan yang hendak dilancarkan oleh US dan Britain ke atas Afghanistan, jelas kelihatan ianya adalah juga bukan sangat kerana Osama bin Laden tetapi lebih untuk menghapuskan Taliban.

Lebih berhampiran dengan kita adalah Aceh di mana kumpulan jihad Islam telah sejak zaman penjajahan Belanda lagi berjuang untuk mencapai kemerdekaan Aceh dari Jakarta. Ada ura-ura mengatakan semasa menemui Presiden Bush di Washington beberapa hari selepas peristiwa serangan ke atas WTC-Pentagon, Presiden Megawati telah meminta Bush agar menyenaraikan kumpulan pembebasan Islam di Aceh sebagai kumpulan pengganas.

Presiden Filipina, Arroyo telah pun mengemukakan cadangan kepada Dr Mahathir supaya diwujudkan tentera bersekutu Asia Tenggara di bawah naungan dan penyertaan US untuk memerangi kumpulan-kumpulan keganasan di rantau ini. Menurut sumber-sumber dari Manila, sasaran-sasaran yang disebut oleh Arroyo adalah Mindanao, Aceh, Patani, dan juga kumpulan KMM (yang disandiwarakan oleh Dr Mahathir itu).

Allahu Akhbar !  Allahu Akhbar !  Allahu Akhbar !

Tarabulsi

19 Rejab 1422 7 Oktober, 2001

Hits: