Hezbollah disenaraikan semula sebagai pengganas

Pada hari Sabtu 6 Oktober, 2001 kumpulan Hezbollah telah membantah dengan keras tindakan Amerika Syarikat yang menyenaraikan semula kumpulan pembebasan Palestine tersebut sebagai kumpulan pengganas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Hezbollah di Beirut, pihak US telah tunduk kepada hasutan lobi Yahudi di Washington. (Menyenaraikan Hezbollah adalah juga sejajar dengan dasar Presiden Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk menghapuskan umat Islam, iaitu dasar genocide, dari satu tempat ke satu tempat).

Hezbollah adalah kumpulan pejuang Islam yang mengetuai gerakan pembebasan Palestine yang telah berjaya mengalahkan dan memaksa tentera Israel berundur dari selatan Lebanon pada bulan Mei 2000. Tentera Israel telah menyerang dan menjajah selatan Lebanon selama 22 tahun.

(Tentera Israel menyerang dan menjajah selatan Lebanon pada penghujung tahun 1970aní.  Tetapi US dan Britain telah membela Israel dan menggunakan kuasa veto di PBB untuk menghalang sebarang tindakan diambil ke atas Israel. Lebih kurang 10 tahun kemudiannya, bila tentera Iraq mencerobohi Kuwait, pihak US dan Britain dengan cepat telah mengumpulkan tentera antarabangsa untuk menyerang Iraq. Sekatan ekonomi dikenakan ke atas Iraq hingga ke hari ini. Setiap kali Iraq memenuhi tuntutan PBB, maka ditokok tambah syarat-syarat baru yang perlu dipatuhi sebelum sekatan ekonomi ditarik balik. Kenapa??? Pokoknya sebab Iraq negara Islam)

Pihak Hezbollah menyatakan kumpulan pembebasan tersebut sudah menjangkakan US akan mentakrifkan perjuangan untuk membebaskan tanah Palestine dari penjajahan Yahudi sebagai 'keganasan' dan bukannya pembebasan seperti yang sepatutnya. Amerika Syarikat tidak akan senang duduk selagi tidak menghapuskan Hezbollah. Ini adalah kerana kejayaan Hezbollah membuktikan kepada orang-orang Palestine bahawa Israel boleh dikalahkan.

Hezbollah menyatakan bahawa ianya tidak takut atau gentar dengan tindakan terbaharu US dalam menyenaraikan semula Hezbollah sebagai kumpulan pengganas yang membawa erti Hezbollah akan di serang oleh tentera US dan Britain. Hezbollah tetap akan terus berjuang hingga tanah Palestine berjaya dibebaskan dari penjajahan Israel.

Allahu Akbar !  Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Tarabulsi

19 Rejab 1422 7 September 2001

Hits: