Masa Berperang Sudah Tiba, Bush dan Blair beritahu Taliban

Oleh: Patrick Wintour et. al.

Presiden Bush dan Tony Blair, semalam mengeluarkan satu amaran kepada regim Taliban di Afghanistan dengan kata-kata keras betapa persiapan untuk memerangi mereka sudah selesai dan serangan akan dimulakan bila-bila masa sahaja.

Ini merupakan satu amaran terakhir kepada pentadbiran Taliban, yang telah dituduh melindungi Osama bin Laden, dan jaringan Al-Qaeda. Bush telah berkata: "Amaran yang menyeluruh sudah pun diberikan. Negara lain yang menyebelahi puak pengganas akan turut memikul bahananya."

Beliau menambah: "‘Kami menawarkan bantuan dan persahabatan kepada rakyat Afghan. Cuma pemimpin mereka dalam pentadbiran Taliban, dan para pengganas yang mereka lindungi yang perlu takut."

Pendapat Bush itu telah dilaungkan kembali oleh Tony (burung tiung) Blair, yang berlagak lebih lantang dengan mencadangkan betapa permulaan hubungan yang ganas tidak boleh dielakkan. Dia memberitahu para wartawan yang mengiringi beliau ketika pulang daripada satu perjalanan diplomasi yang ligat selama tiga hari yang membawanya ke Russia, Pakistan dan India. ‘Kita sudah bersedia. Semuanya sudah siap siaga'.

Semua amaran itu muncul ketika Taliban merancang satu usaha terakhir untuk mengelakkan mereka diserang, sambil mengumumkan mereka sudah pun membebaskan seorang wartawan British, Yvonne Ridley, dan bersedia merundingkan pembebasan lapan orang petugas amal yang dituduh bergiat mengembangkan pengaruh ajaran Kristian, kalaulah Amerika menghentikan keghairahannya mahu bertempur.

Tawaran itu telah ditolak dengan keras oleh seorang jurucakap Washington, yang berkata bahawa masa untuk berunding sudah tamat. Beliau menambah: "Presiden telah menyatakan dengan jelas dari awal dulu bahawa Taliban perlu membebaskan semua lapan orang pekerja sukarela itu dan kini adalah masa untuk bertindak dan tidak lagi untuk berunding."

Ketika mengulas tawaran Taliban untuk membebaskan lapan pekerja amal itu, dia berkata tidak ada gunanya berunding dengan Taliban, lagipun masa untuk tindakan tentera sudah tiba. Blair berkata: “Sudah ada beberapa alasan penting untuk kita bertindak. Satu tindakan akan dilakukan."

Blair menyatakan keazamannya menjatuhkan pentadbiran Taliban dan menambah keutamaan sedang dimulakan untuk mencari penggantinya.

Dia sudah diberikan bahan-bukti dan maklumat terbaru perisikan yang meyakinkannya adanya hubungan yang tidak dapat dipisahkan antara Osama Ladin dan Taliban. Dia berkata: "Mereka bukan sebarangan, mereka memang ada kaitan dan memang berkait rapat."

Blair turut mengulang adanya kekhuatiran akan serangan tambahan oleh jaringan Osama Laden yang sedang dirancang, dan ini merupakan satu ulangan yang pernah dikeluarkan oleh perisikan AS dan jurucakap tentera mereka – termasuk kenyataan Pemerintah Turus NATO Commander Joseph Raiston – betapa satu lagi serangan adalah  ‘100 peratus pasti.’

Namun, Blair memberikan penjelasan, bahawa sebarang tindakan ketenteraan akan tertumpu kepada sasaran khusus, dan beliau telah menafikan kemungkinan serangan dilaksanakan kepada negara lain yang dituduh menyokong keganasan. Citarasa di kalangan pegawai terdekat Blair menunjukkan bahawa serangan ketenteraan akan dijadualkan minggu ini, walaupun ada jangkaan berlangsungnya banyak perjumpaan sepanjang minggu itu.

Amaran daripada Washington dan London itu muncul ketika Taliban meneruskan usaha memperkuatkan pertahanan mereka terhadap sebarang serangan pertama, yang dijangka akan datang daripada peluru berpandu kapal AS dan British yang berlabuh di Teluk Arab, dan daripada pengebom B-52 yang terbang tinggi.

Di Kabul, kesangsian terhadap munculnya dua buah pesawat yang terbang tinggi di ruang angkasa bandar itu adalah dianggap sebagai gelombang pertama serangan yang melibatkan satu pusingan tembakan anti-pesawat udara yang memakan masa 15 minit lamanya.

Ketika ribuan manusia melarikan diri untuk berkumpul di khemah pelarian di barisan sempadan, rupanya kumpulan Taliban telah memperkuatkan kubu pertahanan mereka sepanjang 10 batu garisan depan pertahanan di bahagian utara Kabul. Demikian laporan pegawai tinggi tentera yang berkata mereka memang sentiasa berhubung dengan bakal petualang yang akan belot di kalangan ketua medan perang Taliban.

Sumber itu berkata bahawa, Taliban sudah menyediakan satu kubu pertahanan sokongan dua kilometer di bahagian belakang kubu pertahanan pertama di bahagian utara bandar raya itu.

Pakatan Utara itu berpendapat pembikinan kubu pertahanan yang kedua itu adalah satu  usaha kepimpinan Taliban untuk menaikkan semangat askarnya, NAMUN, MEREKA MENGAKU BAHAWA KEWUJUDAN BENTENG KEDUA ITU AKAN MELECEHKAN USAHA MEREKA, untuk menyerang Kabul secara kilat sebaik sahaja AS melancar serangan udaranya. Lalu lintas hubungan radio yang dipintas menunjukkan pertahanan kubu depan Taliban masih dianggotai oleh pejuang yang berani mati daripada Pakistan dan dunia Arab, katanya.

‘Seandainya mereka semua orang Afghan, tidak ada masalahnya lagi. Tetapi masih ada orang Arab di sana. Kami masih dapat mendengar mereka melalui radio.’

Media di Iran yang berjiran sudah pun meramalkan semalam kemungkinan pelancaran serangan udara AS ke atas Kabul dan bandar utama seperti Kandahar di Selatan, dan Jalalabad di bahagian Timur, termasuk amaran Taliban kemungkinan negara jiran pun akan diserang juga. Sudah ada beberapa petanda pasukan Pakatan Utara bersedia untuk menyerang.

Pihak yang menentang Taliban sedang membina satu landasan pesawat udara kira-kira 30 batu di utara Kabul. Sudah kelihatan beberapa buah helikopter baru di Lembah Panjsheer yang dikawal oleh Pakatan Utara. Ada laporan bagaimana ratusan orang telah dikerahkan oleh Jeneral Mohamed Fahim, komander pakatan itu yang menerima tabik hormat barisan kereta kebal buatan Soviet jenis T-72 dan T-56, pada hari Jumaat yang lalu. Yang masih tidak jelas lagi, apakah semua kelengkapan perang itu bekalan lama ataupun kelengkapan perang baru hasil janji Moscow membekalkan kelengkapan bernilai $40 juta itu.

"Sebelum tercetusnya peristiwa ngeri di New York, pihak Taliban memang telah bersiap sedia, menghadapi peperangan dalaman," kata seorang pegawai Pakatan Utara. "Tetapi, apabila dicabar oleh kumpulan sejagat, mereka dapat merasakan kelemahannya."

Dr. Abdullah Abdullah, ‘menteri luar’ pakatan utara itu ada berkata betapa ibupejabat Taliban di Kandahar sudah pun berpindah dan ketua agama Taliban, Mullah Mohamed Omar, telah turut berpindah daripada Kandahar. "Mereka telah memunggah semuanya keluar untuk pergi ke tempat yang tidak diketahui."

Tamat.
Terjemahan oleh SPAR

Hits: