Kumpulan Yang Diharamkan Mahu Kembali Lagi

Komen penterjemah: Artikel ini  dipetik dan diterjemahkan  daripada terbitan  The Time of  India Online  yang mengambil penulisan  V.Chandrasekaran  yang  terdapat di   the star.com.my. bertarikh  7 Oktober.

Artikel ini nampak simple, tetapi mengikut  ramalan pengamat  politik  yang masak dengan sepak  terajang  politik Mahathir, berita ini sengaja  ditonjolkan  mengambil  sempena pergolakan  di  Afghanistan di Amerika. Inilah yang diramalkan  oleh  banyak veteran politik sebagai  usaha  Mahathir mahu mengekalkan kuasa  yang sudah lama terhumban  di longkang  penghinaan politiknya. Tidak ada   yang terbaru  dengan  isi artikel ini, seperti  pembohongan besar  mengenai kem  latihan  Al Arqam untuk  menjatuhkan kerajaan Malaysia. Sehubungan artikel ini  maka  terjawab kenapa ada  usaha  TV Malaysia mahu memulihkan  imej  Rahim Noor  tukang  pukul Mahathir  yang sedang  merana keaiban gara-gara  kerakusannya  membaham Anwar Ibrahim dulu.

Kalau Rahim dipulihkan, bolehlah dia  menonjol di  TV  menceritakan siasatannya mengenai kem latihan  Arqam di Thailand dulu. Manusia  akan terus  merancang, Allah merancang juga....!!! - penterjemah

Kuala Lumpur:  Kerajaan Malaysia  telah memberi amaran   untuk melancarkan  satu gerakan menangkap   para pengikut  bekas pertubuhan yang  diharamkan.

Timbalan  Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri  Zainal Abidin  Zin  berkata   bekas ahli Al-Arqam  telah  mengadakan  beberapa   perjumpaan rahsia   sejak lima bulan dulu  di luar bandar, di mana  pergerakan itu masih  hidup  subur  sebelum kerajaan mengharamkannya  pada  1994 kerana dakwaan   mengembangkan  ajaran  sesat.

“Kami tidak tahu apa sebabnya,” demikian Zainal  disebut   sebagai berkata  oleh Sunday Star. “Kita tidak mahukan  pergerakan yang diharamkan itu   merancang aktiviti  seperti yang pernah dilakukannya  dulu.”

Zainal tidak menjelaskan apa bentuk  tindakan yang akan diambilnya,  tetapi polis  sudah memantau  pergerakan itu  agar tidak dipulihkan  semula.

Kerajaan  pimpinan Perdana  Menteri Mahathir  Mohammed  telah menahan   pengasas pergerakan itu, Ashaari Muhammad, dan  11 orang lagi   pemimpin pertubuhannya  selama dua bulan  pada 1994.  Mereka telah dibebaskan setelah muncul di TV  untuk bertaubat.

Kerajaan juga telah membubarkan   perkampungan yang  dikendalikan oleh  kumpulan itu yang mempunyai   supermarket, kilang dan  bermacam  perniagaan  lain. Pertubuhan itu mendakwa  mempunyai  100,000  ahli  ketika  di zaman kegemilangannya.

Tidak ada pun sebarang   laporan  keganasan  ketika  kerajaan  melancarkan gerakan menangkap  mereka.

Islam ialah agama utama  Malaysia. Lebih  60 persen   penduduknya   yang berjumlah  23 juta itu  adalah beragama  Islam, kebanyakannya  Sunni – dan kerajaan  tidak menyenangi mazhab lain dan  pergerakan  kumpulan  agama  yang  lain.

Pada minggu yang lalu kerajaan telah mengarahkan  penahanan  tanpa perbicaraan 10  orang   yang dituduh   menganggotai satu  kumpulan militan  Islam   yang dikatakannya mahu menggulingkan kerajaan  Mahathir, yang telah  pun  memimpin  Malaysia  selama 20 tahun.

Mereka  yang ditangkap, kebanyakannya  adalah ahli  parti pembangkang  yang berunsur ‘fundamentalist  Islamic’ telah pun menafikan  dakwaan itu  dan berkata  kerajaan sengaja  mahu  menjatuhkan  martabat   parti dengan mengaitkannya  kepada ‘Muslim extremism’

-The  Times of India Online, All rights  reserved.

Hits: