Sahabat Kita  Adalah  Pembunuh, Penyangak dan  Pendera 
(Our friends  are  killer, crooks  and  torturers) 

Robert Fisk:  7.10.2001. http://argument.independent.co.uk/commentators/story..)

Hampir  empat minggu  selepas  berlakunya petaka  ngeri  dari  angkasa  yang menghentam New York dan Washington,  kita masih main politik   mundar-mandir sambil bersekongkolan dengan  beberapa  algojo yang paling  dahsyat  di  dunia.

Mungkin Mr. Blair  percaya bahawa “nilai hidup pegangan kita  mesti  bersinar pada apa yang kita laksanakan di Afghanistan”  sedangkan  tidak ramai  ‘sahabat” kita di rantau itu  yang  berpegang kepada nilai hidup amalan kita, kerana  ada  antara  mereka yang menggenggam darah kering  di tangannya. Sambil kita mencari   segala kemudahan dan pengkalan untuk melancarkan kelengkapan perang  dan  keizinan ruang udara, dan  mencipta beberapa dasar  baru  setiap  hari -  kita  diminta   untuk  melupakan banyak peristiwa yang sudah dirakam oleh  sejarah.

Pertama, kita mesti lupakan Chechnya. Itulah episod  penekanan  terhadap republik Islam – lengkap dengan  pembunuhan  beramai-ramai, ramai  yang  diperkosa  dan banyak pula  kubur mereka.  Bukankah itu   hasil rancangan Vladimir Putin, bekas pegawai tinggi KGB, yang didekati oleh Bush untuk  menjenguk apa yang tercetus di  Slovenia. ,p Cara  Mr. Putin  menyerang Gruzny  ialah  bertepatan    masa  dengan pertandingan menguasai istana presiden Russia, dan dalam jangka masa  beberapa minggu  askarnya yang tidak  berdisiplin  telah  menghancurkan Chechnya   yang menyerupai Afghanistan, dahsyatnya.  Kini, Mr. Putin  dianggap  sahabat  terkuat kita  dalam “peperangan melawan keganasan.” Kenapa tidak,  bukankah  dia sendiri  pakar  keganasan  itu?

Kedua, kita mesti melupakan  regim diktator  yang  dianggotai  keluarga diraja Saudi yang mempunyai  pasukan  polis “mouttawa” yang telah dikerah   mengajar Taliban bagaimana mewujudkan  Kementerian Amal Maruf  Nahi  Mungkar.

Kita diajak melupakan  betapa kaum wanita  tidak dibenarkan  memandu kereta  di Arab Saudi, dan  majlis  pancung kepada setiap minggu selepas  waktu  Jumaat di masjid-masjid. Begitu juga  dengan   sistem kehakiman negara itu  yang sungguh memalukan dan tidak adil –kesemuanya,  yang mungkin  mengingatkan kita kepada  segala perbuatan untuk mencontohi Arab Saudi yang dilaksanakan oleh  Taliban, yang kita mahu lihat  akan hancur  dengan  kemusnahannya.

Kemudian  kita  mesti  melupakan  satu regim  yang  belum berapa  dahsyat  sistem demokrasi   pemerintahannya, Jeneral Pervez Musharraf.  Hanya  baru sangat beliau menjadi  ketua turus  angkatan tentera  Pakistan  yang   menggulingkan  sebuah kerajaan demokrasi  yang  dipilih oleh rakyat  Pakistan  tetapi  menjadi  korup disebabkan  ia dipimpin  oleh  Nawaz Sharif.  Malahan, Jeneral Musharraf  sudah  merencana untuk menghukum gantung   Nawaz Shariff.  Mujur,  Presiden Clinton  tiba  di Islamabad awal tahun lalu  untuk mengutuk  Osama bin Laden dan merayu  agar  Nawaz  Shariff tidak diapa-apakan.

Hanya  beberapa minggu yang lalu, Jeneral ini  melantik dirinya  sendiri menjadi presiden negara.  Ketika  seluruh dunia   bersikap menunggu melihatkan gelagatnya itu, kini Jeneral Musharraf  sudah pun diberikan pengiktirafan sebagai seorang ‘presiden’ juga.

Ke empat, Ingatan  kita  mesti   menjalar  kepada  seorang  sahabat  terbaru di Uzbekistan yang bernama Presiden Islam karimov yang kini  sedang  memenjarakan 7,000 banduan di negaranya.  Tidak ada   kebebasan akhbar   dan parti pembangkang  di negaranya  ini.

Mikhail Ardzinov merupakan salah  seorang  aktivis  hak asasi manusia  di Uzbekistan. Beliau pernah  didera dengan  ganasnya oleh  polis rahsia  Krimov  dua tahun dulu. Kini Mikhail berkata “walaupun Amerika tidak mahu melupakan hak asasi manusia  untuk mendapatkan  persahabatan  Karimov, kami sedar   rentak  politik itu tidak akan berubah lagi.” Memang benar, Primo sudah pun  memberi keizinan  Amerika menggunakan ruang udaranya “untuk digunakan  membasmi keganasan   untuk tujuan kemanusiaan dan keselamatan.”

Ini bukannya  masa  untuk  mengingatkan  sesiapa  betapa Uzbekistan  mempunyai alasan tersendiri mahu menghancurkan  Taliban -  bukannya disebabkan  sifat  Taliban mengeksport   fahaman revolusi  ke  negara  jirannya.,  tetapi kerana  Presiden Karimov mahukan satu  saluran paip minyak  merenang  Afghanistan  untuk  menuju  pelabuhan Pakistan. Inilah  satu projek yang  boleh  mengongkosi   pasukan polisnya  yang sudah muflis  dan juga  beberapa  syarikat  minyak Amerika.

Salah satu  sahabat  sekutu  Karimov ialah  penjenayah perang  yang  anti Taliban, bernama AbdulRahman Dustum.  Inilah panglima perang yang  membenarkan  orangnya mengganas di Kabul pada  awal  90-an sambil  merogol  wanita untuk beberapa bulan lamanya.  Kemudian, dia  berpaling tadah  untuk memihak  kepada Taliban setelah menerima wang upahan. Kerana itu kita mesti  mempunyai ‘amnesia’ (hilang ingatan) terhadap anarki dan   pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh Pakatan Utara (Perikatan Utara)- sahabat kita  di Utara  Afghanistan  yang  pernah  mentadbir  Kabul. Tentu kita mesti ingat  dengan penuh kesedihan, Ahmad Shah Massoud, seorang  patriot  tulen  yang dibunuh oleh  pasukan  rela mati  berbangsa Arab (kata mereka)  pada  9 September 01. Sekaligus kita mesti melupakan  kawan beliau Rasoul Sayaf   yang memimpin satu  pasukan yang merampas  wanita Shia  sebagai   abdi seks mereka  pada awal  90-an dulu.

Memang betul sangat  kisah Churchill pada  tahun 1941 dulu ketika diberitahu berita Jerman   sudah menakluki  Soviet Union  dan ketika Stalin menjadi sahabatnya. Dia (Churchill) mengumumkan seandainya  Hitler  menakluki Neraka,  dia mahu membuat rujukan kepada hantu itu  dalam   Dewan  Rakyat Britain. Tetapi, kita tidak akan membuat sebarang rujukan  kepada  semua  “sahabat” kita di rantau ini.  Kita sudahpun menghunus sebilah pedang yang  berkilau dan  tajam, dan tidak lagi  perlu gusar  apakah  tangan yang akan kita salam itu nanti   bergelumang  dengan  darah juga.

Inilah dia peperangan  di mana demokrasi memerangi  kejahatan, seperti kata Presiden Bush. Sebabnya ialah kerana  tidak banyak lagi  demokrasi itu yang  masih diamalkan.

tamat

Hits: