Ramalan Tukang  Tilik:   “Amerika  akan  kecundang” 
(US  may not  find  success  against  Osama: Palmist)

Prakata webmaster: Ini hanya satu telahan sahaja. Anda dinasihat tidak mempercayainya. Mari kita lihat apa kerja buat mereka.

Islamabad:  Usaha  Washington  memerangi  Afghanistan,  mungkin  memakan masa hanya enam hari  hingga enam bulan, tetapi tidak akan   membawa sebarang  kejayaan besar kepada Amerika Syarikat. Demikian  ramalan seorang tukang tilik dan  numerologis Khalid Mustafa.

Mustafa  membuat  ramalan itu  setelah membuat kajian mendalam  akan  lakaran tapak tangan  Osama  bin laden,  yang sedang  diburu oleh  Amerika dengan serangan yang dahsyat, dan juga   tapak tangan  Presiden  George Bush. Demikian dilaporkan oleh  SADA News Agency.

“Oktober merupakan bulan  yang memang  mesa  dengan  Osama  bin Laden  untuk memulakan satu peperangan. Keseluruhan  bulan Oktober  akan merupakan bulan kekerasan  untuk tujuan ini.”

"Yang  seronoknya,  kajian Mustafa itu   menunjukkan  tidak ada   antara  mereka  berdua  itu, Bush dan  Osama, yang akan terbunuh dalam peperangan  ini." (Ingat ini satu  ramalan sahaja, bukannya dia itu boleh meramalkan kematian sesiapa- penterjemah)

Tukang tilik itu tidak nampak adanya perubahan  dalam pemerintahan Taliban dalam masa tiga bulan  yang akan datang.

Mustafa  ialah   seorang  peguam korporat  yang  berpengkalan di  Islamabad, dan berusia 36 tahun.  Minatnya yang mendalam dalam  pengetahuan  numerology  dan  tilik tapak tangan   telah  merapatkannya  dengan   beberapa  pakar  tilik  dalam  bidang ini di peringkat  antarabangsa.  Namun, dia  tidak menggunakan  pengetahuannya  itu untuk mencari nafkah   hidupnya.

Menurut  taksirannya, Osama  Bin Laden ialah  berbintang ‘Leo’  dan mempunyai segala ciri-ciri yang  boleh dikait  rapat dengan  Leo.  Dia  adalah  pemimpin yang dilahirkan dan  mempunyai  ketokohan  untuk menguruskan apa sahaja. Nombor  tuah beliau ialah 1 dan 3.

Osama Laden dilahirkan pada 30 Julai, 1957, satu  hari yang  ada  kaitannya dengan panglima perang.  Yang menariknya  Osama  berkongsi  tarikh   kelahiran  yang sama dengan Adolf Hitler  (diktator  Jerman)   yang lahir  pada  hari  dan bulan  yang sama.

Nama Osama mempunyai  13 abjad kesemuanya, Ini memberikan andaian  beliau ialah seorang yang suka menyendiri.

“Saya dapat melihat  orang  yang bernama Osama ini orang  yang  stabil pemikirannya, nilai abjad  pertama pada  namanya itu  adalah sama dengan jumlah keseluruhan   abjad namanya, yakni  ‘6’. Orang yang dipengaruhi dengan angka ini   mempunyai   minat kepada sajak   dan  suka  berfikir lama-lama.”

“Keteguhan tangannya, mengikut  lakaran  ‘hidupnya’ (life) dan  ‘lakaran kepalanya’ (headline)  menunjukkan dia  mempunyai   kesabaran   dan  boleh bertahan  untuk menghadapi sebarang  rintangan.  Tapak tangan yang berbentuk empat segi itu adalah satu petanda  orang  yang  pragmatik. Saya  nampak dia ada  sedikit tertekan disebabkan kematian seseorang pada   tahun 2000.”

tamat

Hits: