Tazkirah ( 17 ) : Mengenal Musuh-musuh Islam

Alhamdulillah. Segala puji dan pujian hanyasanya layak bagi Allah s.w.t. Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Akhirnya syaitan-syaitan jenis manusia sama ada yang kafir mahu pun yang munafik telah menyerang Kaum Muslimin di Kabul, Afghanistan. Kita yakin syaitan-syaitan itu hanyalah mencari nahas serta 'menggali kubur' mereka sendiri. Insya-Allah kita akan melihat dan mendengar cerita-cerita sama seperti semasa peperangan dengan Russia, di mana Allah akan memberikan pertolongan kepada Kaum Muslimin. Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah s.w.t. menyelamatkan saudara-saudara kita di Afghanistan dan menghancurkan syaitan-syaitan dari jenis manusia iaitu Amerika, Britain dan sekutu-sekutu mereka. Sekiranya sekutu-sekutu mereka ada di Malaysia, kita doakan semoga  Allah s.w.t. musnahkan mereka juga. Jihad abad ke 21 telah bermula dan Insya-Allah sinar Islam dengan sendirinya turut bermula dan kita akan saksikan bahawa Islam akan mula menguasai dunia.

Seperti penulisan saya pada tazkirah ke 16, saya akan mengambil petikan dari buku Dr. Yusuf Al-Qardhawi bertajuk " Tipu daya Orientalis, Atheis & Missionari Terhadap Islam ". Saya merasakan buku ini memang sesuai untuk dikaji pada masa sekarang, di mana kita mulai merasakan bahang kejahatan perbuatan musuh-musuh Islam terhadap Islam. Kita akan memulakan muqaddimah dari muka surat 7 -11.

Permasalahan antara Islam dengan musuh-musuhnya merupakan masalah lama, yang selalu hangat untuk diperkatakan ataupun diperbahaskan. Selama di dunia ini kebenaran masih dikuasai oleh kebatilan, maka selama itu pertentangan tetap ada. Dalam garis kasarnya, musuh Islam ada dua, iaitu:

1.  Pemeluk agama lain yang fanatik buta, terutama para orientalis dan kaum Injil. Mereka sangat benci terhadap penyebaran Islam dan perkembangannya di semua tempat.

2.  Kaum materialis yang ingkar kepada Allah. Mereka memusuhi semua agama, lebih-lebih lagi terhadap Islam. Mereka ini sebenarnya memang tahu, bahawa Islamlah satu-satunya agama yang membawa suatu sistem kehidupan yang sempurna, memadukan antara zahir dan batin, individu dan masyarakat, dunia dan akhirat. Dan hanya Islamlah yang mampu mengembangkan para pemeluknya memiliki kemampuan dan kemantapan mental imani, sehingga mampu mengatasi perjalanan hidup ini.

Kedua-dua golongan tersebut tidak memiliki senjata untuk memerangi Islam, kecuali menggunakan tipu daya, kesalahfahaman, dengan pembohongan dan berdusta atas nama Tuhan, umat manusia, kebenaran dan sejarah. Mereka memutarbelitkan fakta, bukti, keterangan, sejarah dan kitab-kitab suci. Pemutarbelitan terakhir yang boleh kita lihat adalah pembohongan yang disebarluaskan oleh golongan komunis. Kami telah meneliti isi kandungan tersebut yang telah selesai diterjemah seluruhnya dari bahasa Inggeris ke bahasa Arab. Lalu kami baca setiap patah perkataan yang terdapat dalam buku terjemahan tersebut. Ternyata isi kandungannya hanya penuh dengan pembohongan dan kesesatan. Isi kandungan buku tersebut tidak akan laku di kalangan golongan menengah, apatah lagi di kalangan cendikiawan, dengan berpegang pada prinsip sejarah materialisme, yang mereka beranggapan bahawa Islam adalah produk ekonomi dan sosial yang menguasai seluruh jazirah Arab sebelum Islam. Di kala itu agama berhala sedang mengalami zaman kehancuran, sedang sikap manusia pada masa itu telah mula cenderung kepada tauhid dengan begitu meluas. Mereka mengingkari Muhammad s.a.w. sebagai Rasul Tuhan dan Al-Qur'an dianggap oleh mereka bukan wahyu dari Allah. Bagi mereka, Allah adalah karut. Mereka juga menuduh bahawa beberapa ayat Al-Qur'an tidak sesuai dengan ilmu dan kemajuan, memberi khabar tentang hal-hal yang tidak boleh dibuktikan sehingga sekarang, seperti akan terjadinya kiamat dalam waktu dekat. Bahawa ada ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan rasa ragu terhadap kebenarannya. Mereka meragukan nilai ilmiah dan kebenaran sejarah dan adanya perbezaan para ulama' Islam dalam menerimanya. Tentang aqidah Islam mereka berkata bahawa aqidah Islam bersifat kepasrahan mutlak dan Islam tidak mengenal adanya kemerdekaan dan kebebasan memilih bagi manusia.

Solat ( kata mereka ) adalah perbuatan yang diambil dari agama-agama kuno dan orang yang pergi haji itu menyembah sebuah batu di Mekah. Mereka juga telah membuat pembohongan tentang fiqh Islam, tentang sejarah pertumbuhannya, aliran-alirannya dan tujuannya. Mereka beranggapan bahawa fiqh itu baru tumbuh pada masa khalifah Abbasiyah untuk membenarkan beberapa tindakan para khalifah pada masa itu.

Islam ( kata mereka ) mempraktikkan sikap antara satu golongan dengan golongan yang lain, mengakui kelas masyarakat dan membenarkan adanya perbezaan, yang menempatkan manusia sebagai hamba bagi manusia lainnya, sebagaimana Islam mengakui pemerintahan dan memberikan hak kepada pemiliknya. Mereka beranggapan, bahawa penguasa atau khalifah dalam Islam adalah pengganti atau wakil Tuhan. Dan rakyat diharuskan tunduk kepada penguasa dan segala harta- benda yang berada di dalam Baitulmal adalah milik khalifah. Kaum pembohong selalu mengulangi pernyataan tentang kaum wanita dalam Islam dan kezaliman lelaki terhadap wanita, tentang ketentuan perang dan penaklukan dan lain sebagainya.

Perbezaan kita dengan mereka adalah perbezaan mendasar.

Perbezaan prinsip itu sendiri. Kerana itu, dalam memberi sanggahan: Pertama, kita harus berpegang pada prinsip beriman kepada adanya Allah. Kedua, mengakui kebenaran kenabian. Dengan berlandaskan dua prinsip ini, mudahlah kita mengakui Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul yang dipilih Allah dan Al-Qur'an adalah Kitab Allah yang haq tanpa ragu.

Adapun keraguan dan pembohongan yang mereka kemukakan, tidaklah terlalu sukar untuk dibantah dan disanggahnya, oleh sesiapa saja yang mempelajari Islam.

Oleh kerana itu, saya dan sahabat saya, Dr. Ahma 'Asal tidak menemui sedikit pun kesulitan, ketika kami diberi tugas untuk membantah apa yang mereka perkatakan yang berisi penuh kecurangan dan pembohongan itu. Kami berharap, semoga risalah sanggahan ini boleh memenuhi sebahagian tugas yang dibebankan kepada kami, dalam usaha membela agama kita dan umat kita. Allahlah yang berfirman dengan benar dan Dialah Pemimpin ke jalan kebenaran.

.................bersambung lagi, Insya-Allah.

H.M.Subuh

Hits: