"Perang Ahzab" di Afghanistan

Afghanistan, sebuah negara Islam, kini dikepung oleh tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat. Tentera kuffar bersekutu ini telah pun memulakan serangan ketenteraan ke atas bumi Afghanistan. Bagaimana perasaan para Mujahidin Afghanistan yang sedang menentang tentera kuffar bersekutu ini hanya Allah saja yang tahu. Namun elok kita imbas kembali perasaan yang pernah dialami oleh tentera Rasulullah saw semasa Perang Ahzab (atau Perang Khandaq) pada tahun 5 Hijrah.

"(Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ketengkorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka.

Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat.

Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: "Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu-daya."

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Hai penduduk Yathrib (Madinah), tidak ada tempat bagimu, maka kembalilah kamu." Maka sebahagian dari mereka minta izin kepada Nabi (untuk kembali pulang) dengan berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga)." Dan rumah-rumah itu sekali-kali tidak terbuka, mereka tidak lain hanyalah hendak lari.

Kalau (Yathrib) diserang dari segala penjuru, kemudian diminta kepada mereka supaya murtad, nescaya mereka mengerjakannya; dan mereka tidak akan bertangguh untuk murtad itu melainkan dalam waktu yang singkat.

Dan sesungguhnya mereka sebelum itu telah berjanji kepada Allah dahulu: "Mereka tidak akan berbalik ke belakang (mundur)". Dan adalah perjanjian dengan Allah akan diminta pertanggungan jawabnya."

(Surah Al-Ahzab : 10~15)

Dalam surah yang sama juga, ayat 22~23, Allah menjelaskan perasaan golongan mukminin yang benar,

"Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita". Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan. Di antara orang-orang mukmin ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya),"

Jihad qital telah diisytiharkan di bumi Afghanistan. Golongan kuffar dipelopori Amerika Syarikat yang angkuh dan dibantu oleh Britain melakukan serangan bertubi-tubi ke atas Afghanistan. Kita meyakini para Mujahidin yang telah lama berpengalaman dan hidup dalam suasana perang tidak merasa gentar dengan serangan ini. Kita juga berdoa semoga Allah  melindungi dan memberi pertolongan-Nya kepada Mujahidin ini. Sesungguhnya pertolongan Allah itu jauh lebih baik daripada segala kecanggihan senjata yang ada pada tentera kuffar bersekutu itu. Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Kita juga sering diingatkan agar sentiasa bersedia dengan apa jua kekuatan yang tersedia ada untuk menghadapi musuh Islam yang tiada henti-henti usaha mereka untuk melenyapkan Islam. Kekuatan yang tidak seberapa itu pasti akan ditampung dan disempurnakan oleh Allah SWT. Pertolongan atau tentera-tentera Allah itu datang dalam bentuk yang kita sendiri tidak menduganya. Kita tetap yakin bahawa Allah SWT akan memenangkan agama Islam ini ke atas agama-agama lain walau pun orang-orang kafir itu benci.

Orang-orang yang beriman dikehendaki meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah SWT. Mereka wajib bertawakal kepada Allah SWT. Dengan demikian kekuatan yang ada pada pihak musuh akan dilihat terlalu kerdil berbanding dengan segala yang dimiliki oleh Allah SWT. Kita di sini hendaklah sentiasa berdoa agar Allah memberi kemenangan kepada Mujahidin ini. Akhir kata marilah sama-sama kita merenungi ayat ini yang bermaksud,

" (Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka." Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, " Cukuplah Allah menjadi Penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik Penolong." (Surah Ali-Imran:173)

Brother Su

Hits: