US bercadang gunakan tactical nuclear weapons

Hari-hari pemimpin US menakut-nakutkan rakyat Amerika tentang serangan bio-terrorists (ia itu kegunaan senjata kimia oleh kumpulan pengganas). Adakah cerita tentang bio-terrorists ini suatu helah untuk mencari justifikasi bagi tentera US untuk bertindak balas dengan menggunakan senjata tactical nuklear (tactical nuclear weapons) di Afghanistan?

Senjata taktikal nuklear ini mempunyai daya pemusnahan yang terhad, iaitu memusnahkan segala yang ada di kawasan yang kecil seperti seluas padang bola sepak atau seluas kawasan taman perumahan mengikut kekuatan 'warhead' yang digunakan. Senjata taktikal nuklear ini boleh dilancar dengan rocket launcher yang diletak di bahu.

Pegawai-pegawai atasan tentera US ada menyebut bahawa hanya kegunaan senjata taktikal nuklear ini sahaja yang boleh mengalahkan tentera Afghanistan yang akan bersembunyi di kawasan-kawasan bukit dan di dalam gua-gua. Presiden Bush telah berkata bahawa tentera US akan 'flush out' tentera Afghanistan dari gua-gua tempat mereka bersembunyi. Mungkin yang dimaksudkan oleh Bush adalah menggunakan senjata taktikal nuklear kerana impak radiationnya boleh menjangkau jauh ke dalam gua-gua.

Perlu diingat kembali bahawa di masa-masa yang lepas pihak US ada memberi amaran bahawa mereka akan menggunakan senjata nuklear jika pihak pengganas menyerang US dengan senjata kimia. Tetapi penggunaan senjata taktikal nuklear ini pasti akan mendapat tentangan hebat oleh lain-lain negara. Oleh itu suatu helah perlu diadakan untuk menjustifikasikan penggunaannya di Afghanistan.

Selepas serangan ke atas WTC dan Pentagon pihak pentadbiran Bush sering menakut-nakutkan rakyat tentang bio-terrorists yang dijangka akan menggunakan antara lainnya bahan anthrax. Tiba-tiba sahaja telah timbul dalam dua tiga hari ini kes dua orang rakyat US mengalami keracunan bahan anthrax. Semacam diatur-atur sahaja.

Oleh yang demikian kemungkinan besar pihak US akan menggunakan senjata kimia ke atas rakyatnya sendiri dan menuduh Osama bin Laden dan kumpulan Al Qaeda sebagai bertanggungjawab. Dan US pun akan sebagai tindakan balas menggunakan senjata taktikal nuklear di Afghanistan dan lain-lain negara Islam yang telah disenaraikan untuk diserang atas tuduhan memberi perlindungan kepada pengganas-pengganas.

Oleh itu jangan ketepikan kemungkinan cerita tentang bio-terrorists yang digembar-gemburkan sekarang ini sebenarnya adalah untuk mewujudkan sebab musabab bagi US menggunakan senjata taktikal nuklear tersebut. Sekiranya atom bomb telah diuji ke atas negara Jepun, maka senjata taktikal nuklear ini akan diuji pula ke atas negara-negara Islam, bermula dengan Afghanistan.

Semoga Allah SWT melindungi umat Islam yang mungkin bakal dijadikan 'guinea pig' oleh Amerika Syarikat untuk menguji senjata taktikal nuklearnya.

Allahu Akbar ! Akllahu Akbar ! Allahu Akbar !

Tarabulsi
21 Rejab 1422 (9 Oktober 2001)

Hits: