Cheyney  Menyorok Di Lokasi  Rahsia 
(Cheney Spends Third Day  At Undisclosed Location)

Catatan penterjemah:  Apalah main sorok-sorok. Katalah mahu berada  di  depan skrin ‘ war operation theater’.  Propaganda  lagi.

Washington (Reuters):  Timbalan  President Dick Cheyney  telah  menghabiskan masa  selama tiga hari secara  berterusan di satu  lokasi rahsia, sebagai langkah keselamatan. Demikian kenyataan  jurucakap Ari Fleischer berkata pada  hari Selasa.

Presiden  Bush yang berada  di Rumah Putih, dan pegawai tinggi AS. telah memberi amaran kemungkinan   berlakunya  serang balas  terhadap Amerika  disebabkan  serangan di Afghanistan.

Fletcher memberitahu wartawan  bahawa Dick Cheney  ‘menyertai  secara aktif” dalam setiap perancangan  strategi.  “Dia  dibekalkan  teknologi moden  di satu lokasi rahsia.”

Apabila  ditanya apakah Cheney  berada dalam keadaan  yang sihat, Flescher menjawab, “Ya dia  sihat.”

Timbalan presiden  yang berusia  60 tahun, dan bakal menggantikan Bush seandainya sesuatu  terjadi kepada  beliau, pernah  diserang  sakit jantung  untuk dua dekad lebih lamanya.  Dia menggunakan alat  penenang yang ditanam di bahagian dada pada Jun lalu setelah  para doktor  mengesan keadaan  tidak normal pada  denyutan jantungnya.

Hits: