Taliban Tidak  Menggunakan   Senjata  Utama Mereka 
(Taliban Are Not  Using  Their  main Weapon – Are  they  preparing  a Surprise)

Puak Taliban belum lagi  menggunakan  senjata  utama  mereka. Demikian lapuran Al-Jazeera TV di Qatar, yang merupakan  hanya satu stesen TV yang mempunyai wartawannya di medan perang  di Afghanistan. Mengiktu mereka, selain Kabul dan kandangar, pesawat AS  telah mengebom  satu  pertahanan  Taliban di  utara  Kabul. Dari sana  dijangkakan akan bermulanya  serangan  Pakatan Utara  untuk  menyerang   kotaraya   negara itu.

Al-Jazeera  melapurkan  betapa   Taliban  mempunyai  sistem menangkis   pesawat terbang termasuk peluru  berpandu SAM-7 (Surface to Air Missile) yang masih tidak digunakannya. Penyerang AS sedang ditentang  oleh senjata  penangkis  pesawat  perang, yang tidak mampu menjatuhkan   pesawat yang terbang  tinggi. Amerika  Memberi Amaran  Mungkin PerluaskanTindakan Ketenteraan (US  Warn That Military Action Against Terrorism may Spread  Outside Afghanistan)

Amerika Syarikat  telah  memberitahu  Majlis  Keselamatan PBB  bahawa tindakan ketenteraan terhadap  jaringan  keganasan  Al-Qaeda, mungkin  merebak di luar Afghanistan.Sepucuk surat  yang  dialamatkan kepada Majlis Keselamatan  bagi pihak  wakil tetap AS di PBB  John Ngroponte telah menyatakan, antaranya:

Angkatan Tentera  AS  telah  melancarkan  satu  tindakan   membenteras  serangan lanjut terhadap Amerika Syarikat  mengikut  hak universal   terhadap pertahanan individu dan pertahanan  kumpulan.   Siasatan  kepada serangan  penganas  September 11 dulu menunjukakn adanya  bukti yang jelas dan meyakinkanbetapa  pertubuhan Al-Qeda yang disokong oleh Taliban   telah memainkan peranan  utama  dalam serangan tersebut.”

Namun, siasatan itu masih diperingkat awal, kerana itu “banyak fakta yang masih samar.”

“Eloklah kami membuat rumusan  betapa pertahanan-diri  kami memerlukan tindakan lanjut terhadap  pertubuhan lain di negara yang  lain.”  Ramai pemerhati   pecaya bahawa “tindakan lanjutan” itu  mungkin diarahkan  terhadap sebarang  negara   yang disenaraikan oleh   jabatan negara  setiap  tahun  dalam “Senarai  Negara  Keganasan,” di mana  Iraq adalah  salah stu  contohnya.

Melihat reaksi  pertama Majlis  Keselamatan  itu, adalah tidak mungkin  AS diberikan keizinan   untuk  meluaskan  zon tindakan ketenteraan kecuali  ia mengemukakan bahan siasaan yang lebih meyakinkan.