Askar Russia   Berkumpul  Dekat Kabul:  Moscow Weekly.

Moscow 9 Oktober, 2001.

Angkatan tenera  Russia  telah  secara berahsia   mengirimkan  askarnya  di pinggiran Kabul untuk menakluki bandar itu  bersama pasukan  pembangkang   angkatan tentera Pakatan Utara,  demikian  lapuran  akhbar  mingguan  Moscow news pada  hari Selasa.

Mengikut  akhbar itu anggota  tenera  Russia  mengendalikan  keretakebal yang telah diberikan  kepada  Pakatan Utara  sebagai  sebahagian  bantuan  alat kelengkapan perang Moscow  dan  menantikan arahan  untuk menyerang  Kabul.

Moscow  telah juga  menghantra   “pakar  ketenteraan, juruteknik dan   penasihat tentera,” demikian kata lapuran itu.

Russi  pernah membuat tindakan seprti ini pada  Jun 1999 ketika perang Yugoslavia ketika pasukannya  mengejutkan   pasukan sejagat  pimpinan  NATO dan telah  menguasai  lapan terbang  di  bandaraya  Kosovo.