Perang  Afghanistan  Mungkin Naikkan  Harga  Minyak 
(Warfare  in Afghanistan  May Send Oil Prices Up, Experts  Say)

- Pravda Russia

Kempen ketenteraan di Afghanistan  mungkin  menyebabkan harga  minyak melonjak naik kepada $25-27 setiap barrel, naik  daripada harga semasa $21-22. Demikian kata Yevgeny Samoilov, CEO  Russia’s Petroleum Exporters Union ketika ditemu bual oleh RIA Novosti, Isnin lalu.  Mengikut Samoilov,  kenaikan ini  adalah   kesan  reaksi  negatif beberapa negara Arab yang mengeksport  minyak terhadap tindakan  Amerika Syarikat menyerang Taliban.

Pegawai minyak Russia itu berpendapat, oleh kerana ada   kemungkinannya  AS akan melancarkan kempen   kepada  negara  lain di rantau itu, beberapa negara seperti  Iraq mungkin  memotong bekalan  minyaknya  di  pasaran.  Selagi perang  berlanjutan, permintaan  mendapatkan minyak akan terus meningkat.  “Semua ini akan  memberi kesan kepada  pasaran  minyak  dunia,” katanya.   OPEC yang membuat   perkiraan di luar kempen  ketenteraan  di Afghanistan itu, sedang bersidang  untuk menaikkan harga  minyak itu.

(Catatan  Penterjemah:  Dulu, OPEC  menaikkan harga  minyak  begitu tinggi kerana terpaksa membayar  Amerika mengongkosi  peperangannya.) Jadi, siapakah sebenarnya mengongkosi jentera peperangan  Amerika???

Hits: