Serangan Kimia Mengenai Kereta api Bawah Tanah

Tiga (3) buah stesyen kereta api bawah-tanah Washington terpaksa ditutup sekarang disebabkan kimia yang belum dapat dipastikan jenisnya dilepaskan. Pakar perubatan sedang merawat dan memeriksa sekitar 15 penumpang yang menggadu pening kepala dan muntah-muntah setelah seorang penjenayah memecahkan satu botol yang mengandungi kimia dalam satu gerabak kereta api.

Peristiwa berlaku di Stesyen South Avenue, di pinggir Washington yang bersempadan dengan Maryland. Penjenayah itu telah mengugut seorang pegawai polis dengan sebilah pisau dan senjata dan kemudiannya telah mencampakkan satu botol yang mengandungi kimia di lantai gerabak. Botol itu pecah berkecai.

Penjenayah itu sudah ditangkap. Pasukan kecemasan setempat telah bertindak dengan mengenakan pakaian yang kalis kimia.

Mengikut orang awam yang menyaksikan peristiwa itu, konflik tersebut bermula pada satu gerabak membabitkan seorang pegawai polis dan penjenayah. Stesyen terbabit ditutup kini dan kereta api yang terbabit dipindahkan ke satu kawasan khas untuk memudahkan kerja-kerja siasatan.

Tidak ada sebarang laporan mengenai penjenayah itu. Adalah jelas dia dalam perjalanan membawa botol itu ke satu tempat sebelum hajatnya disekat oleh polis yang mengawal keselamatan. Peristiwa ini menunjukkan semua tindakan keselamatan, yang telah dilaksanakan baru-baru ini belum memadai melindungi orang awam dalam keadaan digugat oleh pengganas. Lebih-lebih lagi ia membuktikan betapa operasi mengganyang Taliban tidak pun membawa sebarang kesan. Sebaliknya ia mencetuskan bahaya yang lebih mengancam rakyat Amerika di negara sendiri.

Terjemahan oleh SPAR


INCIDENT IN WASHINGTON UNDERGROUND. CHEMICAL ATTACK? 

3 stations of the Washington underground are now closed because of the effect caused by some chemical substance, which has not been identified yet. At present moment the experts are examining about 15 passengers of the underground, who complained of dizziness and nausea after the criminal broke a bottle with the chemical content inside the train. 

The incident took place at the station South Avenue, in one of Washington suburbia, Maryland. A criminal threatened a police officer with a knife and gun and then threw the bottle with the chemical on the floor of the train car; the bottle broke into pieces. 

The suspect has already been arrested. As RIA Novosti informed, this was informed by the official representative of the fire guards administration in Prince George county (Maryland), Mark Brady. In his words, the special unit of the fire guards having the equipment and chemical-proof uniform started working in that train car and on the platform of South Avenue station. 

According to eye-witness, the conflict between the criminal and the police officer started in the car of the train and it continued on the platform of the mentioned station after the train stopped. At present moment the station is closed. 

The train was moved to the isolated place, the specialists are working in it to get rid of the chemical and the effect it has produced; the experts are identifying the substance now. 

There has been nothing reported regarding the criminal himself. Nevertheless, it is obvious that he would have taken the substance to the place he meant to arrive at, if there had not been the conflict with the police officer. This incident shows that all security measures, which have been taken over the recent month are not enough to protect the citizens under the conditions of terrorism offensive. Moreover, it proves that the operation against the Taliban movement does not bring the desired outcome, but poses even bigger threat to the Americans

Hits: