China Turut  menyebelahi Taliban? 
(Is  China Moving In?)

Pravda 10.10.01  18:27

Mengikut   maklumat  daripada Debka-Net-Weekly, satu konvoi yang panjang daripada  China membawa  pasukan bersenjata China-Islam telah masuk  kawasan  Afghanistan untuk memberikan sokongan membantu  pasukan Taliban sebelum  Amerika Syarikat melancarkan serangannya.  Demikian yang  dilaporkan oleh   sumber  perisikan Debka-Net-Weekly.

Sumber Debka  melaporkan  sekitar  5,000 hingga 15,000  pasukan bersenjata China  telah menyeberangi  sempadan Afghanistan pada  Jumaat  lalu (bertepatan hari  Pentagon menasihatkan  permulaan  serangan itu   kepada  17 syarikat  media  terbesar  di Amerika).

Beijing dilaporkan  mengerahkan  pasukannya  kepada  dua tempat: 1.  Wakyir, ini adalah markas  puak Kirgyz  yang bertahan di  kawasan sempadan  Pamir –Tadjik, berdepan dengan perkampungan tentera A.S. dan  pasukan khas  gerak gempur Russia dan pasukan udaranya. Di kalangan  pasukan China itu  ialah  kumpulan militan fundamentalis  Kirgyz daripada Lembah  Ferghana di Asia Tengah sebagai  juru bahasa.

Daripada Whakyir,  panglima China yakin, mereka dapat bergabung dengan  pasukan Osama Laden  dan pakar taktik Taliban  untuk menyekat kemaraan  tentera Amerika daripada Dzhartygumbez, Tadjikistan yang terletak tidak jauh dari  35  daripada  Little Pamir, di pergunungan  Hindu Kush.

2.  Jalalabaad di  Utara Afghanistan, di kaki  banjaran Hindu Kush. Sumber China di DEBKA menyebut sebaik sahaja  berlakunya  serangan udara di Amerika pada September 11,  jabatan risikan China, MSS, telah menyerahkan kepada  kementerian pertahanan di Beijing satu ramalan bahawa AS berkemungkinan  mengisytiharkan perang untuk menghancurkan regim Taliban. Kerana  itu AS diramalkan  bersekongkolan dengan Russia.

Kepimpinan China  menganggap ini sebagai satu  anjakan terpenting akhirnya dalam imbangan global sejak perbalahan China-Russia   tahun 1982  dulu. Inilah ketegangan yang mencetuskan  implikasi  berbahaya kepada  martabat  China di mata  dunia  dan terhadap kepentingannya  di rantau Asia  Tenggara  dan Asia Tengah.  Beijing berpendirian sebarang  pakatan seperti di atas  mesti  dipertikaikan.

                                                    ***

PRAVDA.Ru  masih belum menerima perakuan kepada maklumat ini.kami mengharapkan wartawan kami di Beijing, Andrey Krushinsky akan menghubungi kami untuk memperakukan keadaan sebenar.

Hits: