Bush  Pujuk Semula  Negara Islam  Yang  Biayai Keganasan 
(Bush  woos the  same Muslim states  funding  terrorism)

Johan Bacher: http://www.nowtoronto.com

(Catatan Penterjemah:  Setiap orang Islam harus  membaca  artikel siri NOW  ini secara terbuka  walaupun  terdapat tohmahan bahawa kerajaan Iran  itu  adalah kerajaan diktator dan sebagainya. Kita perlukan  maklumat  dan pengetahuan yang  tersirat dalam setiap penulisan orang  Barat.  Perkataan ‘pengganas’ dalam artikel ini adalah juga manusia dan kumpulan yang sama  yang diberikan iktiraf ‘pejuang  kebebasan’ oleh  puak lain - penterjemah)

                                                  ***** 

Apalah dihairankan   kalau  sebahagian besar  kegiatan Osama bin Laden telah dibiayai oleh  segelintir diktator yang memang  menentang Amerika Syarikat secara terbuka:  Iraq, Sudan, dan Iran.  Tetapi  tidak ramai yang sedar betapa  dana yang terlibat dalam operasi seperti itu tidak  berbaloi jumlahnya.  Yang lebih memeranjatkan  ialah sebahagian besar wang yang membiayai  pertumbuhan  fundamentalisme  ini  datang  daripada  “sekutu” Amerika  yang terbabit  dalam peperangan yang  sedang  bergolak kini: Pakistan, U.A. Emirates  dan Arab Saudi.  Osama bin Laden sudah tentu  ketawa besar ketika pergi ke bank.

Diktator tersebut, yang menguasai  sebahagian besar   bekalan minyak yang rendah harganya, telah  menyalurkan  berjuta – malahan ada  yang menyebut  berbilion dollar – banyaknya   wang  ke dalam  tabung derma dan pertubuhan yang menyokong pengembangan fahaman Wahabbi. Fahaman Islam yang dianggap  istimewa ini  telah bermula  di abad ke-18 dulu,   yang berakhir dengan penguasaan Kota  Mekah. Fahaman Wahabi adalah pegangan hidup Osama bin Laden yang  dieksport ke Afghanistan  untuk  dipraktikkan oleh kumpulan Taliban. (Sumber kewangan ini adalah  tambahan kepada sumber  kewangan  yang dipunyai sendiri oleh  Osama Laden).  Ketiga-tiga kerajaan itu telah menyimpan aliran wang tunai itu  dengan harapan untuk  menjinakkan kebangkitan fundamentalisme  yang semakin kukuh di  negara  masing-masing.

Dengan adanya  sahabat seperti ini, pasukan Osama Laden seharusnya tidak mempunyai sebarang masalah  dengan usaha George Bush mahu membekukan akaun bank sekitar 27 individu dan kumpulan Islam di Amerika Syarikat.

Banyak kerajaan  -kecuali Iran- menyalurkan sedikit sahaja sumbangan dana kepada kumpulan pengganas. Kebanyakan saluran itu dibuat melalui saluran  lain (secara tidak terus), melalui  pembiayaan  perkhidmatan sosial.  Kemudian ada  pula  kutipan di masjid yang diuruskan oleh penyokong yang sama ideologinya  kepada  wang dan dana yang disedut daripada pelbagai jenis tabungan kebajikan  dan  syarikat proksi.

Pembiayaan  yang  disalurkan oleh Arab Saudi, UAE dan Pakistan   kepada Osama bin Laden telah dianggarkan oleh   Yossef Bodansky , seorang ahli Kongres  dalam jawatankuasa ‘Task Force On Terrorism and Unconventional  Warfare’, bernilai sekurang-kurangnya  $1.4 bilion dollar setahun, daripada pertubuhan Wahhabi di rantau Teluk. Ada yang memberikan taksiran  lebih besar lagi.

Sanil Dasgupta, seorang penyelidik memberitahu adalah  bukan senang untuk Presiden Bush menyekat  aliran  dana untuk kegunaan kumpulan Osama bin Laden  di Teluk Parsi.

Ketiadaan peraturan yang  jelas menyulitkan kerja-kerja  mengesan aliran wang tunai itu. Lagipun sebahagian besar  pergerakan  aliran wang itu disalurkan melalui sistem ‘HAWALA’ yang  dibuat  secara tidak rasmi dan lebih  berasaskan keyakinan, tanpa sebarang  kesan tulisan.

Dasgupta berkata   bidang  perniagaan barang kemas adalah satu saluran niaga yang  amat diminati oleh kumpulan  ‘pengganas’.

Sebahagian besar daripada 10 bilion dollar yang didermakan oleh   kepimpinan Saudi kepada  pertubuhan agama  melalui  kementerian  agama – adalah untuk membiayai aktibiti sosial, pendidikan dan  kebajikan masyarakat; telah disalurkan kepada  Osama bin Laden.

Dia dipercayai menggunakan sistem perbankan di Dubai untuk menyalurkan  wang yang diperlukannya. Mengikut kajian PBB,   syarikat penerbangan Afghanistan “Ariana”, pernah digunakan untuk menerbangkan  dana yang diperlukan oleh Osama Laden  daripada Dubai memasuki Afghanistan pada akhir 1999. Penerbangan ini telah diharamkan oleh PBB, sebagai satu  bahagian sekatan terhadap Taliban. Kerana enggan menutup  semua  markas latihan pengganasnya.

Kemudian wujud pula  dana  daripada  edaran dadah. Sepatutnya Afghanistan mengusahakan penghapusan tanaman popi  yang menghasilkan candu  jenis heroin dan menerima bayaran wang   bantuan  daripada Amerika. Sebaliknya  negara itu menjadi pengeluar candu yang paling besar  di dunia  ini. Mengikut taksiran kerajaan AS, industri candu Afghanistan menyumbang kepada  70 persen  daripada   jumlah perniagaan  yang bernilai $500 bilion setahun.  Tanaman poppi memenuhi  kawasan  tanah yang kering kontang  di negara itu (MasyaAllah kalau begitu banyak hasil candu, kenapa  petani Afghan tidak mampu membeli bekalan  makanan?  Kenapa  TV  tunjukkan mereka  makan ‘nan’ bercecahkan air suam sahaja? - penterjemah)

Michael Sheehan,  seorang penyelaras AS  terhadap  anti-pengganasan, memberitahu ‘House of  Judicciary Committee’ Amerika  bahawa hasil penjualan narkotik  itu semuanya digunakan untuk membeli kelengkapan perang  dan membiayai  markas latihan  pejuang  tajaan Osama bin Laden. (Tetapi Sheehan  tidak dapat  dikesan untuk mendapatkan penjelasan lanjut), Mengikut Sheehan, ada  pemerhati antarabangsa yang percaya bahawa kegiatan pengganas itu disengajakan untuk  melencongkan  tumpuan pasukan keselamatan  ketika  bekalan dadah disalurkan keluar.

Kalaulah kita faham bagaimana   wujudnya  penyerapan  dana ini, kita tentu mampu mencekik  aliran nyawa  konspirasi  pengganas global, bukan dengan menggunakan juruterbang ataupun  askar  tentera  darat  tetapi memadai dengan kawalan sempadan, pengauditan dan kerja kuat  para  wartawan  siasatan.

Tamat.   Johan Bcher adalah penulis buku ‘Petrotyranny”.

Hits: