Bush  Sentap  Musharraf
(Bush  snubs Musharraf)

Pada hari kelmarin  (Selasa), Presiden George Bush secara tidak semena-mena menyentap Presiden Musharraf  menunjukkan ada  yang  tidak kena  dalam   perhubungan mereka  di mana  Islamabad  diharapkan  menguruskan  kehendak Washington dalam menangani masalah keganasan tanpa banyak  soal.

Beberapa  jam selepas Presiden Pakistan memberitahu dunia  bahawa dia  telah menerima “kepastian yang jelas” daripada  AS dan UK bahawa operasi mengganyang Afghanistan itu adalah untuk satu masa yang pendek. Tetapi  Bush telah  menyentapnya  dengan berkata, “Saya tidak tahu  siapa yang memberitahu  Presiden Pakistan itu.”

“Selalunya, kami tidak pernah  bercerita  rancangan ketenteraan,” demikian penjelasan Bush yang sudah  sakit hati dengan kebocoran rahsia perisikan oleh   pegawainya di Washington. “Ada satu cara untuk memendekkan kempen di Afghanistan,  iaitu  agar Osama Laden dan  para  pembantunya diserahkan untuk  pengadilan.”

Sikap  mendedahkan adanya  pergeseran dengan  sekutu yang penting, dengan cara menyentap begitu  seperti yang ditunjukkan oleh  seorang Presiden Amerika  terhadap seorang pemimpin dunia yang lain, adalah satu fenomena yang jarang dilihat. Sikap Bush itu telah ditunjukkannya  di  Rose Garden di Rumah Putih di hadapan  Chanselor Jerman Gerhard Schroeder.

Tetapi, Islamabad telah  menjentik kemarahan pentadbiran Amerika dengan agendanya tersendiri dan   syarat-syarat  yang diselit  ketika menunjukkan sokongan kepada Washington   memerangi  keganasan.

Walaupun  pegawai Amerika telah menunjukkan  simpati terhadap  rintihan Pakistan yang sengaja  merengekkan  sokongan itu, pentadbiran Bush telah mula  menyemak semula peranan Islamabad  dalam perihal  kerjasama mereka.  Washington terpaksa  bertegas  setelah meneliti laporan  mengenai  hubungan  akrab antara   kerajaan Pakistan dan pentadbiran Taliban  dan wakil proksi  mereka. Inilah yang menyedarkan Washington  hingga mendesak Musharraf bertindak  tegas memecat beberapa  orang pegawainya  atas  permintaan AS.

Satu petanda  jelas   berlakunya  anjakan  sikap ini terletak kepada cara Washington memberikan  pilihannya  terhadap  Pakatan Utara   walaupun sebelum itu ia telah menerima-pakai  rayuan Pakistan  agar  puak Taliban yang  dipilihnya  dibenarkan memegang peranan utama dalam pemerintahan di Kabul.  Dalam satu majlis taklimat di Pentagon, Setiausaha Pertahanan  Donald  Rumsfeld  telah bertegas lantang bahawa  wakil Taliban yang disebut-sebut itu mesti ditolak.  Ini  merupakan satu pendapat yang selari dengan  pendapat menteri hal Ehwal Luar India Jaswan Singh  ketika beliau membuat lawatan ke Washington dan ketika Pakistan dikatakan sedang  giat merayu agar dilantik sebagai proksi Amerika.

“Kami  berminat melihat  mereka (Pakatan Utara) mencapai kejayaan. Kami mahu melihat mereka mengusir keluar Taliban dan Al Qaeda  daripada negara  itu.” Demikian cadangan Rumsfeld  dalam satu  pengumuman yang memeranjatkan  kerana pasukan yang menentang Taliban itu  memang disenangi oleh  India, Russia  dan  Iran.   Namun,  masih ada kemungkinannya nanti, satu  kumpulan yang  berpecah daripada Taliban akan mendapat tempat  di meja perundingan.

Pakistan telah  bertegas agar  puak Taliban terus diberikan kuasa  untuk memerintah Afghanistan baru.  Pendapat Pakistan itu berasaskan  fakta bahawa  Taliban adalah daripada  kaum Pushtu yang merupakan 70% penduduk Afghanistan. Lagi pun  Pakatan Utara itu, mengikut  tafsiran Pakistan tidak pun  mempunyai wakil Poshtu  selain kumpulan minoriti seperti   Uzbeks, Tajik, Shiadan Hazarah.

Akan tetapi, seorang diplomat India  yang pernah berkhidmat di Kabul memberitahu, bahawa jumlah peratusan Pushtu di Afghanistan  tidak melebihi  40% dan kerana itu  puak Pushtu kerap mensabotaj sebarang usaha  untuk  diadakan  bancian kaum di Afghanistan untuk mengelak terdedahnya muslihat itu.  Di samping itu  masih   ada kaum  Pushtu dalam kumpulan  angkatan Pakatan Utara.  Malahan, Raja Zahir Shah  adalah  orang Pushtu  juga.

Pakistan mempunyai sebab kenapa  mahukan satu kerajaan  Pushtu  terus dikekalkan di Kabul. Pertama,  kerana  mahukan satu  pentadbiran yang  disenanginya di bahagian Barat sempadannya, untuk mengimbangi suasana liar yang dihadapinya  dengan India  di bahagian Timur  sempadan. Kedua, untuk  melegakan  penduduknya  daripada  kaum Pushtu yang berkemungkinan   berpakat dengan Pustu Afghan untuk  mendesak  diwujudkan satu wilayah merdeka  dan bebas  daripada   pentadbiran  Pakistan.

Diterjemahkan  oleh SPAR

Hits: