Sahabat Yang  Jadi Seteru 
(From Friend to Foe) 

Oleh: Omar bin Abdullah

Bahagian 2 (Sambungan)  

Kedudukan Pakistan Yang Berbahaya

Ramai orang Pakistan bersetuju bahawa kebanyakan pemimpin Taliban itu adalah hasil keluaran institusi  yang  kurang matang dalam fahaman mereka  terhadap  Islam yang dianuti juga  oleh rakyat Pakistan dan lebih satu bilion ummah di dunia  ini. Pemahaman mereka  kepada  semangat sebenar  ajaran Islam adalah masih  bercelaru, sehinggakan ramai yang masih keliru  mengenai  pengajaran, kesabaran dan keadilan yang diamalkan di Medina oleh junjungan Nabi Mohammad (SAW)

Inilah yang membuatkan Presiden  Pakistan Jeneral Pervez Musharraf   mempunyai hubungan yang kelam kabut dengan  puak Taliban. Beberapa hari selepas berlakunya serangan ganas di Amerika, Musharraf telah mengejutkan PBB  apabila beliau menghantarkan  utusan takziah (balasangkawa) kepada Mullah Omar yang sedang meratapi kematian  timbalannya, Mullah Mohammaed Rabbani. Dalam utusannya itu  Musharraf menyatakan betapa Rabbani merupakan “sahabat setia Pakistan.”  Kemudian, dia merenggangkan dirinya  daripada Taliban, sambil memberitahu  majalah ‘Herald’ yang diterbitkan setiap minggu,  “Mereka memang bebas dan ganas.”  Musharraf juga menyebut  bahawa  99 persen negara   Afghan sudah dijadikan “bahan tebusan” oleh pelampau  beragama yang merupakan hanya  setakat satu persen penduduk  negara.

Kalaulah kenyataan Mir itu dapat diterima-pakai, ini bererti Taliban sudah terpasak mengikut  pendirian  Pakistan bahawa di sebalik ketokohan keIslaman  mereka itu, mereka enggan menyokong satu pergerakan anti-China (salah satu daripada  tiga  faktor dalam agenda  yang direncanakan), sedangkan itulah yang diamalkan  oleh Pakistan.

Mir berpendapat  bahawa Taliban bukannya satu kumpulan opportunis, dan di sebalik banyak kesilapan dan kedunguan, pihak Taliban sudah pun menjadi benteng pertahanan antara Pakistan dan China. Mengikut Mir  lagi,  ada satu  pertubuhan Saudi yang menginginkan sokongan  Taliban untuk  memusuhi China.  Apabila difikirkan  dakwaan  pengaruh Osama bin Laden dan kebenciannya  kepada  fahaman komunisme, ada memikirkan  usaha itu mudah diatur. Tetapi,  Taliban telah menolaknya.

Ketika berucap kepada rakyat Pakistan  memberikan penjelasan kenapa dia menerima permintaan Amerika untuk menyokong mereka, Musharraf berkata: “INDIA  mahu menentukan seandainya dan apabila berlaku satu  perubahan kepada kerajaan Afghanistan, kerajaan itu mestilah  yang bersikap anti-Pakistan.”

David Rohde daripada  New York Times (September25, 2001) telah berkata:; “Apabila pegawai Pakatan Utara  berpura-pura menunjukkan  muka berani mereka, memang banyak kesangsian terhadap  daya ketenteraan mereka. Pakatan itu  mendakwa  mempunyai  15,000 askar, tetapi pegawai Russia  menghitung  setakat 5,000  sahaja. Mereka mendakwa menguasai  15% kawasan  utara, tetapi taksiran Russia  menyebut  5% sahaja.”

Rohde  menambah; “Pakatan itu pernah dituduh  kerana  kegiatan pengedaran dadah dan perdagangan senjata dan pencemaran hak asasi  manusia, termasuk pembunuhan gila-gila, membakar rumah kediaman dan merompak. Sasaran utama mereka ialah  Pashtun, yang mendasari sokongan Taliban.”  Tuduhan yang sama memang ada  juga diarahkan terhadap kumpulan Taliban.

Seandainya   siasatan Pakistan itu diterima-pakai betapa pasukan Pakatan Utara (yang juga dikenali sebagai  United Front) mempunyai antara 8,000 hingga 10,000  askar bersenjata, kekuatan tentera mereka itu  begitu terhad  sehingga dalam banyak keadaan mereka tidak akan mampu  menyingkirkan  Taliban daripada  Kabul. Beberapa laporan media British ada menyebut  pembabitan pasukan khas British yang berjuang  bersama angkatan perang Pakatan Utara itu telah menggerunkan  Pakistan.  Rakyat Pakistan menjadi takut  apabila mengetahui  musuh yang mereka  tentang itu sedang bergerak  daripada  utara, dengan sokongan  aktif daripada India  pula.

Ramai rakyat Pakistan merasa  tergugat  dengan perkembangan yang ada, terutama sekali dengan kemungkinan  Taliban dijatuhkan dan diganti  oleh  kerajaan  Pakatan Utara, yang disebut oleh banyak pihak  mengingini penubuhan satu kerajaan  yang dianggotai pelbagai pihak. Pakatan Utara memang sudah lama disokong  oleh Iran dan Russia yang sudah semakin terdesak. Moscow menyokong Pakatan Utara itu kerana ia membenci gelagat Taliban yang menentang penaklukan Republik Chechnya oleh Russia. Iran menentang Taliban kerana keengganan mereka menerima-pakai ajaran Shia.

Mengikut beberapa laporan daripada  Pakistan, ada satu  persidangan antara menteri  di ibukota Tajik, Dushanbe,  yang turut  dihadiri oleh perwakilan India yang berunding dengan Republik Asia Tengah itu,  yang berkongsi sempadannya dengan  Afghanistan dan Iran.  India  telah diwakili oleh seorang  wakil   yang tidak-lain-tidak-bukan timbalan menteri hal ehwal luar Omar Abdullah.  Beliau ini ialah anak lelaki kepada Farouq Abdullah, ketua  menteri  boneka  belaan wilayah  jajahan India – Kashmir.  Satu mesyuarat susulan  persidangan di Dushanbe itu telah   dihadiri pula oleh pengganti (arwah) Ahmad Shah Massoud, Jeneral Mohammad Fahim dan menteri luar Pakatan Utara, Abdullah Abdullah.

Lt. Gen.(B)  Salahuddin  Tirmizi,  bekas  komander tentera dan pengetua National Defense College dilaporkan telah berkata: strategi ketenteraan  Pakistan tidak mampu berjiran dengan sebuah kerajaan  Afghanistan  yang tidak mesra dengannya. Inilah nanti yang memaksa  satu anjakan penting dalam penempatan  bala tentera  Pakistan.  Beliau berpendapat sebarang  kiasan wujudnya  dominasi  Pakatan Utara  dalam  penubuhan kerajaan Afghanistan  yang baru akan menyulitkan  kedudukan  Pakistan.

Itu sebabnya, Pakistan mencari  satu penyelesaian strategi  untuk mengekalkan satu regim yang  boleh mesra dengannya di utara  itu supaya keseluruhan tumpuannya dapat disasarkan  kepada India. Usaha  mewujudkan “strategi yang mendalam”  itu bukannya merupakan satu  sikap  berundur, tetapi ia merupakan satu strategi  untuk memudahkan penggembelingan  bala tenteranya hanya  kepada satu sempadan sahaja.

Tamat 

Diterjemahkan oleh MT

Hits: