Mahathir – Bush bersekongkol memerangi Islam

Assalamu'alaikum

Akhbar New York Times pada 10 Oktober, 2001 mendedahkan bahawa Amerika Syarikat sedikit masa lagi akan melancarkan serangan ketenteraan ke atas kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia, Filipina dan Indonesia yang akan dituduh mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa, seperti Al Qaeda. Serangan-serangan tersebut akan dilakukan bersama oleh anggota pasukan khas (special force) tentera Amerika Syarikat dengan anggota-anggota tentera Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Pegawai-pegawai Pentagon yang mendedahkan maklumat ini dilaporkan telah menegaskan bahawa serangan akan dilakukan dengan restu dan kerjasama sepenuhnya dari kerajaan-kerajaan Malaysia, Filipina dan Indonesia. Pasukan Khas (special force) tentera Amerika Syarikat akan ditempatkan secara pinjaman kepada pasukan-pasukan tentera dan polis Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Dikatakan sebenarnya serangan Amerika Syarikat ke atas kumpulan-kumpulan Islam di Asia Tenggara ini sudah pun bermula di Filipina dengan serangan dua hari lepas ke atas kumpulan Abu Sayaf. Seramai 21 orang anggota Abu Sayaf telah terbunuh. Beberapa anggota tentera Amerika Syarikat telah turut serta dalam serangan ke atas Abu Sayaf tersebut sebagai ‘penasihat’.

Abdullah Badawi telah menafikan kebenaran pendedahan New York Times tersebut. Kata Pak Lah, Malaysia tidak akan membenarkan tentera Amerika melakukan serangan-serangan tersebut.

Tetapi apa pula kata sumber-sumber dari Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH). Menurut sumber-sumber KEMENTAH, laporan New York Times itu ada kebenarannya. Memang sudah wujud persefahaman antara kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat untuk berkerjasama menghapuskan “Kumpulan Mujahidin Malaysia” (KMM) yang sudah pun dikaitkan dengan kumpulan Osama bin Laden. Dan KMM yang tidak wujud itu dikatakan pula adalah sayap militant PAS.

Malah menurut sumber-sumber Kementerian Pertahanan di Jalan Semerak, latihan tentera bersama antara Malaysia dan Amerika Syarikat di Melaka pada awal tahun ini ada kaitannya dengan yang telah dilaporkan oleh New York Times itu..

Apakah makna semuanya ini? Maknanya adalah peperangan ke atas Islam - War on Islam – yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (yang sudah pun bermula dengan serangan ke atas Afghanistan pada 8 Oktober 2001), sebenarnya sudah lama dirancang. Kemungkinan besar serangan ke atas WTC dan pentagon dilakukan oleh FBI dan Mossad (Israel). Kerajaan Malaysia bukan sahaja mengetahui akan konspirasi Amerika Syarikat untuk memerangi Islam itu, tetapi Malaysia telah bersetuju untuk bersekongkol.

Kalau direnung kembali, kewujudan KMM telah digembar-gemburkan beberapa bulan setelah diadakan latihan tentera bersama antara Malaysia dan Amerika Syarikat di Melaka. Anggota KMM dikatakan mendapat latihan dari kumpulan Osama bin Laden. Seterusnya seramai 10 orang aktivis PAS yang pernah berjihad di Afghanistan untuk menentang penjajahan Soviet Union telah ditangkap di bawah ISA.

KMM juga telah mula disandiwarakan lebih kurang satu bulan sebelum serangan ke atas WTC/Pentagon.

Nampak tak kaitan kesemuanya ini? Mari kita kesan semula perkembangan-perkembangan yang berkait-kait itu.

Kita mulakan dari latihan tentera bersama Malaysia – Amerika di Melaka, selepas itu pendedahan kononnya wujud KMM yang dikatakan ada kaitan dengan Osama bin Laden. Sepuluh orang anggota KMM ditangkap, kesemua mereka adalah aktivis PAS dan ada percubaan untuk mengatakan KMM itu sayap militant PAS. Seterusnya telah berlaku serangan ke atas WTC-Pentagon, dan Osama bin Laden dituduh melakukannya. Sehubungannya, Amerika Syarikat menuntut agar Afghanistan serahkan Osama bin Laden. Afghanistan enggan menyerahkan Osama bin Laden kerana Amerika gagal memberi bukti, dan memangnya tidak ada bukti langsung. Dan Amerika Syarikat pun menyerang Afghanistan. Kini Amerika Syarikat di ketahui sudah ada persefahaman dengan kerajaan Malaysia untuk mengadakan kerjasama tentera bagi menghapuskan KMM yang dikaitkan dengan kumpulan Osama bin Laden.

Biarkan imaginasi anda menjangkau jauh, kaitkan ini dan itu, dan anda mungkin dapat melihat konspirasi Amerika Syarikat dan Yahudi untuk memerangi Islam, dengan banyak pemimpin-pemimpin negara Islam yang diheret untuk bersekongkol sama ada secara dipaksa atau pun atas kerelaan sendiri. Dan kerajaan Dr Mahathir telah dengan penuh kerelaan bersekongkol bersama-sama Amerika Syarikat dan Yahudi dalam konspirasi memerangi Islam ini.

Memang sekarang ini kerajaan Malaysia membantah serangan Amerika Syarikat ke atas Afghanistan. Tetapi perlu diingat bahawa di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah menyokong resolusi tajaan Amerika Syarikat untuk memerangi keganasan ( yang begitu terang dan nyata akan bermula dengan serangan ke atas Afghanistan). Nampak sangat kemunafikan Malaysia. Ini suatu kes klasik - ‘cakap tak seperti bikin’.

Dan perlu kita ingat dua tiga hari selepas peristiwa serangan WTC dan Pentagon, Dr Mahathir telah menyuarakan harapan Malaysia akan dipelawa untuk menyertai tentera Amerika dalam memerangi keganasan. Kenyataan ini diubah beberapa hari kemudiannya kepada kesediaan Malaysia untuk menyumbang tentera di bawah naungan PBB. Nampak tak cakap Dr Mahathir yang berubah-ubah itu.

Tetapi ingat wahai Bush dan Dr Mahathir. Perancangan Allah SWT lebih canggih, dan mengatasi segalanya.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Tarabulsi

23 Rejab 1422 (11 September 2001)

Hits: