Tazkirah ( 19 ) : Berjihad Membantu Rakyat Afghanistan

Subhanallah. Maha Suci Allah yang mengutuskan Rasul-Nya Muhammad s.a.w untuk memberi petunjuk jalan yang lurus lagi diredhai-Nya.

Marilah kita mengikut jejak Ar-Rasul s.a.w. yang menggunakan masjid sebagai ' Center of Excelllence ' atau " Pusat Kecemerlangan ' bagi menjayakan agenda Islam di bumi ini. Kutukan kita kepada kaum munafik yang memerintahkan supaya masjid-masjid ini dijadikan seumpama ' Pawagam - panggung wayang gambar '. Mereka ( kaum munafik ) yang jahil lagi bahlol mengisytiharkan Negara Islam hanya sebagai slogan untuk membutakan kita umat Muhammad s.a.w. terhadap Islam. Kenapa saya katakan mereka perintahkan supaya masjid dijadikan seperti panggung wayang? Manakan tidak : Pertamanya - panggung wayang ada jadual yang telah ditetapkan untuk tayangannya. Bukankah kita juga ada waktu yang ditetapkan untuk berjemaah di masjid? Keduanya - Panggung wayang akan di buka apabila tiba waktu tayangan dan ditutup setelah tamat pertunjukan. Bukankah di setengah-setengah negeri sama keadaannya seperti ini? Masjid akan dibuka apabila tiba waktu solat dan ditutup rapat pintunya apabila selesai solat? Di Pulau Pinang memang dah jadi begini! Ketiga - Di panggung wayang manusia datang untuk menonton gambar dan makan sahaja, selepas itu balik. Sekarang mereka pun suruh kita buat begitu, datang untuk solat, apabila selesai jangan tunggu lagi - balik! Bukankah kuliah-kuliah sudah tidak dibenarkan, mereka mahu kita jadi jahil lagi bahlol macam mereka.

Manusia ( kaum munafik ) ini sebenarnya ' sesat lagi menyesatkan '. Sesat kerana mereka itu jahil tentang ajaran Islam, menyesatkan kerana mereka hendakkan kita sesat seperti mereka. Saya hendak mengajak saudara/i sekalian agar berani menggunakan peluang supaya kita sama-sama dapat memobilasasikan ( mobilised ) institusi masjid semaksimum mungkin. Buat masa sekarang serulah orang-orang Islam beramai-ramai supaya dapat menyempurnakan ' Solat Hajat ' bagi mendoakan keselamatan saudara-saudara kita di Afghanistan. Lebih-lebih lagi para Mujahidin yang berjihad menentang tentera-tentera syaitan. Doa adalah senjata kaum muslimin yang dapat mengalahkan tentera-tentera syaitan, Insya-Allah. Kita hendaklah menggerakkan seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia seluruhnya supaya memohon pertolongan daripada Allah s.w.t. Kita mestilah meletakkan keyakinan yang setinggi-tingginya bahawa Allah s.w.t. akan menerima doa-doa kita dan menghancurkan kaum kafir laknatullah, kaum munafik laknatullah dan sesiapa sahaja yang cenderung kepada mereka.

Marilah kita sama-sama menyumbang selain doa, apa sahaja bentuk kebendaan yang kita ada. Wang, pakaian, makanan dan lain-lain lagi kepada tabung-tabung yang diwujudkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Pilihlah tabung-tabung yang boleh dipercayai, jangan tersilap beri. Dahulu si Syaitan Tua telah melancarkan kutipan derma semasa kegawatan ekonomi melanda negara, selepas itu kita tidak pernah dengar mana pergi segala kutipan itu. Berhati-hatilah supaya yang kita hajatkan benar-benar tercapai supaya saudara-saudara kita di Afghanistan dapat diringankan penderitaan mereka.

Saya tidak bercadang untuk tazkirah kali ini, mengambil petikan buku Dr. Yusuf Al-Qardawy kerana saya merasakan lebih baik merayu kepada semua umat Islam supaya memberi bantuan kepada saudara-saudara kita di Afghanistan. Mereka mengalami kesulitan yang amat sangat, kita sendiri tidak dapat bayangkan kecuali sahabat-sahabat kita yang pernah berjuang di sana. Termasuklah yang sekarang ditahan di Kamunting di bawah akta hantu rimba iaitu ISA ( Ikut suka aku ).

Semoga doa-doa kita, bantuan-bantuan kita dan sebagainya akan diterima Allah s.w.t. dan seterusnya memberi semangat juang yang tabah kepada para mujahidin Afghanistan.

............ bersambung lagi, Insya-Allah.

H.M. Subuh

Hits: