Minyak, Israel dan Keganasan 
(Oil, Israel, terror) 

Artikel asal..

Kesibukan  Tony Blair menjelajah dunia Arab baru-baru ini memberikan gambaran betapa taksubnya beliau  dengan anggapan bahawa Barat mesti berkerja kuat untuk memenangi perlumbaan  menambat pemikiran dunia  Islam.  Dia  yakin Britain amat sesuai menjalankan kerja-kerja memberikan penjelasan,  kepada  para pendengar yang selalunya bersikap anti-Amerika  dan  tidak memahami  kenapa kumpulan pengganas  mesti diganyang dan dihapuskan.

Sasaran utamanya  memberi penekanan bahawasanya keganasan Islam itu mesti dibanteras dalam usahanya menegakkan satu halangan kebencian dan ketakutan antara dunia Islam dan Barat, dan  konflik ini seharusnya tidak disalah-tafsirkan  sebagai satu peperangan agama tetapi sebagai satu  pertembungan kuasa yang dilancarkan oleh musuh kesenangan dan kedamaian di kalangan  masyarakat mereka sendiri  dan juga di negara-negara Barat. Dia amat  ghairah  memberikan  jaminan  kepada kumpulan pemimpin dan rakyat  biasa akan niat baik Britain dan Amerika, dalam usaha  mereka  mengembalikan  kebaikan daripada keburukan yang telah terjadi, dan sebagai  balasannya mahukan  kerjasama  mereka untuk turut  menghambat dan memusnahkan jaringan  keganasan  itu.

Mr. Blair memang  sesuai membuat kerja-kerja  semacam ini. Masalahnya dia menghadapi masalah kedegilan yang membantu. Tindakan kerajaan Saudi  tidak sanggup menerima kunjungan seorang  perdana menteri Britain adalah satu lambang kemenangan kepada Osama bin Laden – satu kemenangan  yang tidak seberapa, yang bersifat tidak  bijak dan tidak sepatutnya diberikan  kepada   musuh ketat mereka  oleh  Istana Saudi.  Sikap menyejukkan al-Qaeda ataupun sebarang  jaringan  sekutu mereka, terutama  sekali oleh pemimpin Islam  yang takut dicop  sebagai  “penderhaka” kepada  Islam, akan memanjangkan konflik yang  keluar  meliar  pada  September 11, dan akan membahayakan lagi  kumpulan Islam dan Barat. Sepatutnya  fenomena itu sudah lama dapat dirasakan   kemungkinan penjelmaannya oleh kumpulan  elit Arab yang paling  mementingkan diri sendiri. Sayangnya, perkara itu belum menjadi  perhatian mereka.

Kewaspadaan Arab Saudi itu memang  selari dengan  sikap tradisinya  memberikan ruang luas  kepada  kumpulan  militan  beragama, baik di negara  sendiri  ataupun di luar negara.  Inilah sikap yang kini melantun balik bahananya,  dan juga  menghantui Barat. Kuasa  mutlak Warga  Istana  Saud, berdasarkan dua tiang seri fahaman dan  satu andaian. Tiang seri  fahaman  mereka itu  ialah politik Barat dan sokongan  ketenteraan, dan kesetiaan  puak Wahhabi yang mementingkan  ajaran dan fahaman agama mereka. Andaiannya terletak kepada  amalan turun-temurun betapa mereka adalah ‘khadam-penjaga’ dua daripada tiga  kota paling suci  dalam peradaban Islam.  Osama Laden telah  mengeluarkan pendapat bahawa andaian  itu  tidak boleh diambil-kira dan ramai   orang Arab yang bersetuju dengannya. Dia tidak akan senang-hati selagi  kumpulan ‘kufur’  tentera Amerika tidak keluar dari  bumi Arab Saudi. Sedangkan   tanpa perlindungan Barat  itu, regim yang ada sudah tentu  hidup kurang selesa. Rencana menjatuhkan regim itu dan menggantikannya dengan  satu pentadbiran yang  mencontohi  pentadbiran sistem khalifah adalah menjadi tujuan utama  dan  menepati  harapan Osama  Laden.

Amalan biasa pemerintahan Saudi yang  membeli kesetiaan  sudah tidak berfungsi lagi gara-gara bahana  hutang  negara  yang  menggunung tinggi.  Inilah yang memberikan sedikit  kemudahan kepada Barat, setidak-tidaknya dari segi  menafikan kemewahan  dana yang  telah  disalurkan kepada  kumpulan  pengganas Islam. Mengikut  taksiran Amerika, ada  sekitar 369  pertubuhan  pengganas   di dunia ini, di  mana 126 kumpulan itu merupakan kumpulan Islam  yang  giat  mengganyang  kerajaan  mereka. Beberapa yayasan ‘peribadi’ Saudi, kebanyakannya  warga  istana,  telah aktif selama bertahun lamanya membiayai  satu kumpulan yang besar di kalangan  pertubuhan  ‘ganas’ itu. Mereka juga membiayai sekolah agama  yang kerap merupakan  pusat pendidikan  untuk masyarakat  yang miskin. Kebanyakan sekolah (surau/madarasah)  ini  merupakan  pusat indroktinasi  yang mendidik  anak muda yang tidak ada pekerjaan tetapi mempunyai  semangat perjuangan  yang disebut oleh barat sebagai  ‘religious  hatred’ (kebencian  berunsur keagamaan). Ada antaranya  menjadi  khemah latihan  ketenteraan Islam. Wang  Saudi telah membiayai al-Qaeda, dan  khemah Taleban  di Pakistan dan Afghanistan.  Sekitar 10,000 graduan khemah  ini, merupakan sukarelawan  yang dikatakan sudah pun pulang ke tanah air mereka. Mereka ini dikatakan  berpeleseran dengan kumpulan  yang menganggur  dan kumpulan  pemuda yang berfikiran radikal,  yang memilih Osama Laden sebagai wira  mereka.

Kerelaan  negara  membiarkan  sifat keganasan  ini, yang  telah menyumbang kepada satu corak  naungannya  itu, boleh menjadi sama bahayanya  dengan  kegiatan  yang ditaja oleh  kerajaan. Arab Saudi seharusnya diberitahu  bahawa  peristiwa September 11, tidak memberikan mereka banyak pilihan;  dan mereka tidak seharusnya  meneruskan memberi kesetiaan  semata-mata   untuk menentukan  keadaan  yang  menjamin ketenangan. Perkara ini tidak boleh dimaafkan dan  tidak mungkin dibiarkan  berterusan. Perkara  ini mesti dihentikan. Kalaulah perkara ini dapat disedari  untuk kepentingan  semua, adalah lebih baik lagi. Tetapi,  Arab Saudi tidak mahu mendengar  perkara  sebenarnya.

Dilema yang menghantui  Barat menunjukkan  satu masalah yang lebih luas  lagi. Barat mungkin beranggapan ia  melancarkan satu usaha  yang  baik, tetapi   terpaksa mendapatkan sokongan  sekutu  yang terdiri daripada  kumpulan regim yang sungguh tidak digemari oleh dunia  sejagat. Kebanyakan regim ini yang telah  melahirkan kumpulan pengganas gara-gara kegagalan mereka  menumpukan perbelanjaan  terhadap  pendidikan  yang sempurna, kepintaran  dan  peluang  ekonomi untuk mereka.   Barat mempunyai   satu rancangan jangka panjang  yang mahukan beberapa kerajaan  ini  mengurangkan  pembaziran mereka dan mengawal  kebuasan  kumpulan elit mereka, sama ada   mengikut  ajaran Islam ataupun sebaliknya.

Britain dan Amerika sedar, kalaulah mereka mahu  membasmi keganasan itu di bahagian akar-umbinya,  mereka  terpaksa  menangani  masalah politik dan budaya  yang kini menghantui dunia  Arab. Itulah juga  pesanan Mr. Blair sepanjang minggu  ini.

Namun, dari segi  jangka pendek, segala keutamaan  itu  memang  berbeza.  Barat mungkin berhadapan  dengan masalah  meminta   regim yang sungguh  ganas  menjadi lebih ganas lagi, lebih  dahsyat  lagi  menangani  masalah  jaringan pengganas, yang  dalam kesah Saudi,  telah  sengaja  dijinakkan dulu  dan kini dianggap sebagai satu  bahaya yang besar. Tindakan Saudi menyentap Mr. Blair adalah satu pertanda  bahawa dalam beberapa bulan yang mendatang, Amerika dan Britain akan menghadapi  banyak kesulitannya di Timur Tengah. Mereka juga  akan dihantui  kebencian yang membuak  lebih dahsyat berbanding dulu-dulu. Matlamat  jangka pendek Arab dan barat mungkin tidak mencapai kata sepakat disebabkan perbalahan yang berpanjangan, dan kepentingan jangka panjang akan terdedah untuk  menunjukkan perbezaannya. Pihak bersekutu mungkin dapat memenangi hati golongan intelek Islam tetapi dijangka kecundang dalam memenangi  hati orang  yang memberontak jalanan. Besar kemungkinannya  mereka turut tersilap  mempercayai  bahawa sebahagian besar  umat Islam  akan terkejut  apabila mengetahui   matlamat Al-Qaeda yang sebenarnya.

Pada keseluruhannya, seandainya  pertembungan yang tidak dapat dielakkan ini terus berpanjangan untuk bertahun  lamanya  tanpa  satu  rumusan yang jelas, kesannya nanti akan mendedahkan muslihat  menemukan  dua  keutamaan  Barat yang tidak bertulis di Timur Tengah. Satu, mendapatkan  kemudahan  bekalan  minyak di rantauTeluk, dan menentukan kewujudan Israel  mengikut  sempadan  yang  selamat.

Di Israel,  kereputan keadaan  semakin tidak dapat dielakkan, kerana kumpulan ‘pengganas’ seperti hamas- yang diongkosi oleh Riyadh – akan menjadi lebih berani, dan tidak ada sebarang  inisiatif diplomatik yang  berjaya  melepasi ugutan sabotaj mereka. Untuk tempoh   sederhana, Barat  akan  terus  menyokong  Yassir Arafat  dengan bantuan ketenteraan  terhadap kumpulan ini- dan  sebagai balasan kerana  memperkuatkan desakan terhadap Israel   agar  berundur  daripada keseluruhan Tebing Barat dan penempatan baru. Semua ini merupakan  satu proses menghidupkan semula  inisiatif Oslo   yang terbantut tahun lalu dalam persidangan perdamaian   di Kem David.

Akan tetapi,  Barat perlu  berterus terang  bagaimana  mahu  menangani  semua ini. Mereka tidak  bersetuju dengan  tahap pertama. Kehadiran Amerika Syarikat  di rantau ini tidak akan  meredakan keadaan, bahkan akan memburukkan  semuanya. Pengaruhnya tidak lagi hebat seperti  dulu, malahan akan  berkurang  lagi. Regim seperti Saudi akan menjadi lebih terdesak dan bercelaru.  Serangan yang dilakukan  terhadap Amerika bukannya bertujuan membunuh ribuan  manusia, tetapi  adalah bersifat  memprovokasi  agar tercetus perang  antara  Barat dan Islam, mengusir keluar AS  daripada  Timur Tengah dan menghancurkan Israel.

Barat  memang  terdaya  mengalahkan  segala  ugutan itu;  ia tidak ada upaya memeranginya di setiap  medan perempuran  pada  satu masa yang sama.

Tamat 

-Diterjemahkan oleh SPAR-

Hits: