Bagaimana  Pembangkang  Taliban  Membiayai  Pertubuhan Mereka 
(Afghan Opp finds financial  muscle in....)

Reuters 11Oktober, DESHITIQLA (Afghanistan)

Bagaimanakah  pasukan pembangkang  berkempen  menentang  pasukan  Taliban? Mereka menjual permata zamrud dan  mengcop duit. Ada laporan  mengatakan  Jeneral  Baryalai, seorang komander  kanan  dengan  Pakatan Utara, telah memberikan penerangan dengan penuh keangkuhan  mengenai kualiti  batu permata  Afghan.

“Batu  zamrud kami  adalah yang terbaik di dunia,”  kata beliau  di  sebuah pengkalan yang  tersorok  di   utara  Afghanistan..

“Batu permata  itu  lebih baik mutunya  daripada  keluaran Colombia.” Pegawai itu menerangkan  bahawa  ada dua  pusat   memproses yang dikawal  oleh  Pembangkang - Safed Cher  dan Khench, yang  terletak di  wilayah Panjsher  yang  dikuasai  oleh Pakatan Utara.

“Di  Panjsher, penduduknya  membawa permata itu  bersama  mereka  untuk memasakannya. Batu  permata   yang baru digali  boleh dijual antara $1,000  hingga $2,000 juta dollar" katanya  dengan bangga.

“Tetapi, satu ketulan batu permata itu  yang dijual di sini  sekitar 3 juta dollar apabila  sudah dipotong-potong  dan digilap boleh naik harganya sehingga  10 juta dollar.”  Dia  menganggarkan penjualan  zamrud  menyumbang sebanyak  40 juta dolar hingga  60 juta  dollar kepada  pasukan pembangkang  setiap  tahun, dan pendapatan ini kebanyakannya  digunakan  untuk membeli senjata  api  daripada  Russia  dan kelengkapan perang  yang  lain  daripada China.

Congaknya  mungkin tidak berapa  tepat. Tetapi, Jeneral Baryalai  mengatakan Pakatan Utara  mempunyai  seramai 120,000  askar termasuk satu  kumpulan  tentera simpanan.  Ini adalah lebih banyak lagi daripada  anggaran yang dibuat oleh  pihak Barat. Lagi satu sumber  wang tunai  ialah  wang itu sendiri. Mata wang tempatan, yang  disebut ‘Afghani’,  adalah mata wang  yang dicetak di Russia dan ditukarkan dengan  mata wang Amerika ‘dollars,’ yang kemudiannya  digunakan untuk membeli kelengkapan perang. “Kami  cop duit,” katanya  apabila ditanya  cara  pihak pembangkang  membiayai keperluan mereka.  

Jumlah yang dicetak itu memang  dikawal untuk  mengelakkan  inflasi. Perkara ini masih belum menjadi satu masalah  buat masa  ini. Di sebuah bandar  di Khoja Bahawuddin, kadar pertukaran setiap dollar ialah bersamaan  65,000  berbanding 130,000 dua minggu  yang  lalu. Mencanaknya  kadar  pertukaran ini  adalah disebabkan oleh  munculnya  berita yang positif  akan serangan Amerika Syarikat terhadap  Taliban dan  semakin ramainya wartawan akhbar  yang  beratur  mahu menukar  wang dollar  mereka. 

Jeneral Baryalai  telah mengendurkan  berita sokongan  AS dan Russia  terhadap Pakatan Utara  itu, dengan berkata  beberapa  kereta kebal yang  dipamerkan di khemah latihan mereka  adalah  hasil pembelian  dan bukannya  hasil  pemberian. Tidak pula  dia  memberikan kiasan bahawa  alat perang itu  adalah  satu sabsidi. “Yang memudahkan kami ialah adanya  senjata dan  peluru  yang dapat dibeli dengan  harga yang  murah sekali,”  Katanya.

Tamat Diterjemahkan oleh SPAR

Hits: