Tentera Russia  Bersedia  Menyerang  Kabul 
(Russian  Troops  Set To Raid  Kabul)

Vanora Bennet   The Times  London.

Moscow 11  Oktober,  -  Angkatan tentera Russia  bersama pasukan  pakar teknikal mereka, yang berpakaian  seragam celoreng  tanpa sebarang lencana pengenalan, telah masuk  secara rahsia menyusupi  bumi Afghanistan dan sedang  menunggu  bersama-sama  pasukan Pakatan Utara,  untuk  arahan  menyerang  Kabul. Demikian  mengikut laporan  seorang pengamat ketenteraan Russia  yang  terkenal.

“Dua minggu lalu, Russia  telah melancarkan perang  di  rantau orang  tanpa kelulusan parlimen seperti yang dimestikan oleh Perlembagaan, demikian  yang ditulis oleh Pavel Felgengauer dalam akhbar Moscow Weekly.  Sebagai seorang pengulas yang disegani beliau melaporkan  betapa  angkatan perang Russia itu dilengkapi oleh  ‘Russian 201st motor-rifle division’ yang  berpengkalan di Tajikistan, yang   bersempadan dengan Afghanistan. Jumlah kekuatan  anggota telah ditambah daripada 7,500  askar kepada  8,000 orang. Sambil  memetik maklumat yang diperolehinya  daripada  sumber ketenteraan, dia menulis bahawa pasukan anti-pesawat  terbang  dan  tentera   meriam  telah pun menceroboh masuk Afghanistan.

Mr. Felgengauer telah menyebut  Alexei Arbatov, daripada   jawatankuasa pertahanan parlimen  yang  berkata bahawa  pasukan Russia  itu  dihantar  memasuki Afghanistan dengan  kereta kebal yang terbaru untuk dibekalkan  kepada  pasukan  Pakatan Utara Afghanistan. Mr. Arbatov  telah  dipetik  sebagai menyebut  akan kerunsingannya bahawa serangan  Amerika  terhadap Taliban itu  tidak akan kekal lama, dan ini  akan menyebabkan Russia  “terdedah kepada  satu barisan  musuh yang  baru pula.”

Cerita ini  menyanggah setiap laporan  kenyataan  terbuka   yang dibuat oleh kementerian pertahanan Russia  sejak negara itu menawarkan  bantuan  menyokong  Washington memerangi keganasan.  Pada  hari Isnin,  menteri pertahanan  Mr. Sergei Ivanov,  telah mengulang satu kenyataan  bahawa tentera Russia  tidak akan memasuki lagi Afghanistan. Malahan seorang  jurucakap kementerian pertahanan telah pun  menafikan  laporan  Mr. Felgengauer.

Dua  tahun dulu,  askar Russia   telah mengejutkan pasukan  sekutu Barat apabila ia menguasai  lapangan terbang Pristina  ketika  Nato  giat  mengawal Kosovo  pada 1990. Nampaknya Moscow yang semakin merasa  tidak  tenang, mahu menunjukkan kemampuan angkatan bersenjatanya  lebih  pantas  daripada  pasukan  tentera  Barat.

Kini, Russia  adalah lebih  mesra  dengan barat.  Ini menunjukkan Russia  kurang berkemungkinan  bersaing  dengan Washington  untuk berlumba-lumba siapa  dulu yang  akan berada  di Kabul dan menguasainya. Lagipun, pengalaman selama 10 tahun  di Afghanistan yang berakhir  dengan episod  yang kecundang  itu, pasukan  angkatan tentera Russia masih lagi  menanggung  aib penyakit  “Alahan Afghan”. Presiden Vladimir Putin telah  mengusahakan satu kempen  menenangkan pihak yang kegusaran betapa  sikapnya menyokong  tindakan sejagat  memerangi keganasan tidak akan bererti dia  akan  mengirim askar Russia  untuk mati  di pergunungan  sebelah  selatan negaranya.

Moscow telah berjanji untuk membekalkan   alat kelengkapan perang  kepada Pakatan Utara. Tetapi, Mr. Felgengauer berkata  Moscow  telah  mungkin janji itu dengan hanya menghantar satu  pasukan tentera yang  kecil untuk  memberi sokongan  kepada tentera Pakatan Utara. Seandainya  pihak Taliban menyerang  sekarang ini, puak Pakatan Utara akan  menghilangkan diri mereka  di pergunungan  dan  membiarkan  askar Russia terdedah untuk  ditangkap oleh Taliban.

Inilah yang terjadi  dalam operasi  tentera  Russia  pada 1994.Ketika itu satu operasi ketenteraan  setengah  masak telah  mencetuskan  Perang  Russia di Chechnya. Pemandu kereta kebal Russia  yang  telah dikirimkan secara  rahsia  untuk membantu  puak Chechen yang pro-Moscow telah menyerang kumpulan pemisah  dan berakhir  dengan  mereka tertangkap oleh puak Chechnya.  Moscow  telah bertindak tidak mengaku  pembabitannya  dalam operasi yang kecundang  itu, dan bertegas  bahawa  yang ditangkap itu  adalah  banduan Russia yang   berkhidmat  sebagai  askar  upahan.

“Kalaulah pakar-pakar kami  telah ditangkap  oleh Afghanistan, apakah Moscow akan menuduh mereka sebagai  askar telah  lari  dan tidak memperakui mereka seperti yang dilakukan  pada  1194 dulu, atau mulakan  satu perundingan  membayar  wang tebusan untuk  membebaskan  mereka?”  demikian soalan yang dikemukakan  oleh Mfr. Felgengauer.

Tamat

Diterjemahkan oleh  SPAR

Hits: