Banyakkah  Berubah  Bila Landasan Kandahar Berlubang Dan Merekah?
(Will  a few  holes  in the  runaway of  Kandahar airport make a difference?)

Robert Fisk: 

14 Oktober, 2001.

Alangkah baiknya  hati  orang Amerika  menghentikan pengeboman pada hari Jumaat? Apakah itu yang  mereka lakukan sempena  Israk dan Mi’raj? Bagaimana pada  bulan Ramadhan?

Jangan anggap  soalan ini semua  satu  sindiran. Saya  baru  teringatkan  satu kisah – apabila   Jeneral Richard Myers menghormati  rakyat  Islam di Afghanistan dengan menghentikan serangan pada  hari  Jumaat -   apakah  peperangan kali ini  satu tindakan yang  serius  ataupun tidak? Apakah  yang kita  fikirkan  ketika  menghebohkan kasih sayang kita kepada  Islam  ketika   kerja  mengbom  Afghanistan itu dilaksanakan.

Ini bukannya kali pertama  kita  membodohkan diri sendiri.  Ketika  memulakan serangan ke atas Afghanistan kita telah  melancarkan ‘Kosovo  mode’ (menyerang  bertubi kali) Seperti  diberitahu, kita  merancang  menyerang  tembakan  daripada  bumi arah angkasa, pusat   arahan  dan  pusat  pengawalan kerana mahu  menguasai  semuanya untuk menentukan “kekuasaan  ruang  udara.” Kita tidak perlu mengingatkan betapa Taliban telah membawa Afghanistan  memasuki  zaman jahiliyah  dulu, sehinggakan   sekitar 20 buah pesawat MIG-21  mereka  yang ada itu tidak pun mampu  terbang  di udara. Ataupun apakah mereka tahu perbezaan antara pusat pemerintah dan pusat  kawalan dan  bakul sampah.  Hanya dalam beberapa  jam minggu lalu, kita telah  menukarkan Taliban menjadi orang Serbs.

Memang benar, kita  telah  mengbom  khemah Osaka bin Laden, kerana  tidak siapa yang mampu  menafikannya.  Memang tidak sukar mengesan    lokasi setiap khemah itu kerana kebanyakannya  dulu dibina  dengan  bantuan CIA, ketika Osaka bin Laden  dan penyokongnya adalah orang yang baik-baik  - ataupun perkara ini sudah tidak menjadi kenyataan  yang benar lagi apabila para  panglima  tentera   memberitahu  apa  yang telah mereka musnahkan.

Tetapi apakah kita benar-benar yakin   dengan menebuk lubang  sebesar kawah  di landasan lapangan terbang Kandahar  akan  membawa banyak  kesan ketenteraan   terhadap orang yang memusnahkan  peti TV  dan  menggantung pita  video  di   dahan  pokok?  Apakah gelagat memusnahkan simpanan  minyak  akan  menegah   lelaki berjambang  dan berjanggut daripada menembak  kita  di kaki gunung?  Kalaulah manusia yang sama ganasnya  daripada Pakatan Utara  berjaya  mara  dan menakluki  Kabul,  apakah kita akan membenarkan mereka mengulang cara hidup lama  meliwat  dan merompak dengan  dahsyat?   Apakah kita akan menghantar   askar Amerika dan British  untuk  merampas  kota raya – seperti yang dilakukan  olah  Russia  pada 1980 dulu – dan  keluar  untuk membiarkan   banjaran gunung  dihuni oleh   kumpulan  yang  ganas itu?

Kita  telah  gembar-gemburkan  Ketumbukan  Pergunungan  (Mountain Division), yang sedang menunggu  di  Uzbekistan. Tetapi  menunggu  apa?   Kalau  ada  pun taktik ketenteraan yang masuk akal   dan  mungkin  berjaya  kita  lakukan -  ialah  kalau kita masih ingat lagi untuk  menghambat  Osaka  Laden,  bukannya  memusnahkan  lagi  segala tembok yang sudah kehancuran di  Afghanistan.  Ini bererti  kita  akan mencincang lumat setiap ceruk negara itu, dalam misi  kita  satu per satu.  Tetapi, sesiapa yang pernah menjejakkan kaki  melihat  keadaan Afghanistan tentu  sedar  betapa   besar dan sulitnya tugas  ini. Satu perjalanan  menerusi  Banjaran Kabul yang memaparkan  puncak  gunung  yang tegak meninggi, dan sungai yang beku dan tidak mengalir  lagi,  memberikan  gambaran betapa pasukan Mountain Division itu  akan  menghabiskan masa di situ  meraba-raba  dan merangkak jalannya  di antara ketulan batu  yang dahsyat  keadaannya.

Menunggukan semua  itu,  satu  bencana  kemanusiaan  sudah pasti akan  tiba. Mampukah askar  kita   meneruskan perjalanan   merentasi   pelusok  desa  yang  dipenuhi manusia yang  lapar dahaga, membebaskan manusia yang hidupnya  penuh huru-hara, sambil mengagihkan  bekalan makanan  kepada mereka sambil bertanya mana letaknya  Osaka Laden dan   para penyokongnya.  Bagaimanakah kita  boleh tumpukan  kerja-kerja pembelaan kepada tragedi negeri  September  11  dulu,  sedangkan  ribuan  rakyat  Afghan meraung  agar mereka  diselamatkan.

Seandainya  kita berjaya mengesan Osama Laden dan orang-orangnya,  apakah kita akan membiarkan orang Afghan  hidup merempat  seperti keadaan  kedhaifan  mereka, mereput  dan melarat  sambil dihantui  jerangkap samar yang  lama berkarat? Hanya  masa yang akan menentukan sebelum   pemimpin agama  di Pakistan  mencemuh  Barat  kerana bertanggungjawab  terhadap  tragedi  kemanusiaan yang akan berlaku -  dan yang menyedihkan  ialah  mereka memang  tidak salah  meramalkan  perkara  itu.

Saya  masih bingung  dengan apa yang dikatakan oleh Presiden Bush minggu  yang lalu, betapa  peperangan ini akan  memakan masa  satu minggu,  berbulan,  mungkin juga satu dekad  lamanya. Saya  masih memikirkan  berapa  ramaikah   orang Afghan yang akan bernyawa  dalam masa sepuluh tahun lagi yang akan menghargai kehormatan yang diberikan kerana  kita  tidak  menyerang  apabila  hari Jumaat datang menjelang.

Tamat Diterjemahkan   oleh SPAR

Hits: