Amerika Diancam Serangan ‘Hiroshima’ 
(Threat of  ‘Hiroshima’ on America.) 

Hugh Dougherty in New York 

Agensi  Siasatan Pusat Amerika  (CIA) telah memintas satu  hantaran berita daripada seorang ahli Al-Qa'eda yang  menggembar-gemburkan rencana   pelancaran serangan ‘ala Hiroshima’ di Amerika.

Utusan itu, yang dilakukan  tahun lalu telah menyebut Osama bin Laden,  yang merupakan orang yang tertuduh utama   dalam serangan ngeri pada September 11,  telah merancang melakukan satu serangan  ala serangan Hiroshima. Serangan bentuk ini  adalah meniru pengguguran bom atom pada 1945 ke atas Pelabuhan Hiroshima,  yang membunuh  lebih 200,000 manusia.

Namun setelah  dilakukan  pencarian  untuk mendapatkan  bahan bukti apa yang tersorok di sebalik  utusan itu,  para  perisik Amerika  telah menghadapi jalan buntu kerana tidak mendapat sebarang kiasan  akan berlakunya serangan pada September 11  itu. Demikian yang  dilaporkan oleh The New York Times ,  semalam.

Dalam satu  lagi siasatan  yang  membabitkan  kesah  serangan  ganas itu, pegawai Amerika yang terlibat  kini  mencari jawapan  apakah  ketua  kumpulan perampas pesawat, Mohammaed Atta  bukan sahaja  mengepalai serangan tersebut, malahan  telah merancang rencana operasi itu.

Kumpulan Al Qa'eda  pimpinan  Osama Laden itu   menguruskan latihan dan bantuan kewangan kepada  kumpulan  Islam  yang cergas (fanatik?)  dan membiarkan mereka membuat perancangan sendiri. Siasatan mendalam  cara  kumpulan itu  bergiat cergas memberikan satu teori baru kepada para  penyiasat cara-mana   serangan itu  telah dirancang.

Para pegawai Amerika telah memberitahu The new York Times besar kemungkinannya  Atta pernah  mengemukakan  rancangannya   untuk  menyerang  secara  serangan rela mati bersekutu itu  kepada  Osama Laden, yang kemudiannya  memberikan  restunya.

Kemudian, Osama Laden  memberikan sumbangan  dana  dan  sokongan logistik, dan segala perutusan  antara  para  panglima Al-Qa'eda  dengan  Atta  diuruskan  melalui orang perantaraan.

Kini  para  penyiasat   sedang  bertungkus-lumus  memperakukan  teori itu, sedangkan pada  1998, pengeboman berganda   terhadap  kedutaan Amerika  di Kenya, Nairobi dan Daressalam, Tanzania  beberapa  orang pemberi  maklumat  dan  saksi telah datang membantu.

“Sabahgaian  besar  sebabnya  siasatan ini amat menyulitkan ialah  disebabkan semua pelakon utama  telah turut  mati sama,” kata seorang pegawai Amerika.

“Ketika  kedutaan  diledakkan dulu, terdapat beberapa  penangkapan  dibuat terhadap saksi-saksi  utama.’

“Mereka telah membuat  pengakuan, memberikan  nama orang lain. Tetapi, kini  kita  tidak pun mempunyai peluang  serupa  itu.”

Tidak ada  sebarang  bahan  bukti  yang menunjukkan  orang-orang kuat Osama Laden pernah   mengembara  ke  Amerika ataupun  Eropah untuk  menyelia serangan  itu.

Para penyiasat  percaya serangan 11 September itu  telah  diselia  sendiri oleh Osama laden  dan tiga orang  panglimanya.

Mereka  ialah  Muhammed  Atef,  yang dipercayai  seorang  yang telah dipilih sendiri oleh Osama Laden untuk  menggantikannya dan bertanggungjawab dengan   latihan ketenteraan  di khemah  Al-Qa'eda. Kemudian  ialah  Ayman al-Zawahiri,  ketua  kumpulan  Jihad Islamia Mesir,  yang dianggap bertanggungjawab  juga dengan latihan  di khemah latihan Al Qa'eda. Yang lagi seorang  ialah Abu  Zubaydah, ketua  “urusan hal ehwal luar”  yang bertanggungjawab dengan hal ehwal propaganda dan  kewangan.

Sementara  itu,  dengan  bertiupnya  berita serangan  darat  Amerika, para pejuang Taliban  sedang  melengkapkan para  penyokong  mereka  di kawasan  sempadan  dan memerintahkan  rakyat biasa  untuk  keluar meninggalkan  bandar dan desa   di kawasan itu. Demikian laporan  para  penduduk  dan pegawai Pakistan, kelmarin.

Penduduk yang  menghuni  kawasan di sepanjang sempadan  Pakistan  telah memberitahu betapa  Taliban   telah  menyudahkan   longkang  pertempuran yang  dalam dan memperkasakan  kedudukan  mereka  di bahagian Afghan  sepanjang  sempadan itu.

Pasukan  Ketenteraan  Sempadan  Pakistan (Pakistan Frontier Corps) turut juga menggali parit   untuk  kegunaan mereka   di  sepanjang  kaki bukit  yang  mengawasi perjalanan di kawasan sempadan itu.

Tamat 

Diterjemahkan oleh SPAR.

Hits: