PAS BERUAS AKAN SERAH MEMORANDUM BANTAHAN KEPADA DATOK SERI  LIM KENG YEIK PADA 19 OKTOBER (JUMAAT)

Ahli-ahli PAS diminta berkumpul di Masjid Taman Dinding Air Tawar pada hari Jumaat 19/10/01 ini untuk solat Jumaat dan
seterusnya berarak ke Pejabat Parti Gerakan bagi menyerahkan memorendum membantah kenyataan biadap Lim Keng Yeik
terhadap Islam. Perkara ini diberitahu oleh Penolong Setiausaha PAS Kawasan Beruas, Ust. Razali bin Abu Nur. Khatib
khutbah Jumaat dijangka disampaikan oleh pimpinan pemuda PAS Perak.

Kenyataan biadap terhadap Islam oleh Lim tersiar di dalam The Star bertarikh 30 Sept. Di antara kenyataan yang disebut oleh
Lim ialah PAS mengamalkan dasar kolot dengan mewajibkan wanita memakai tudung dan PAS menghalang wanita memakai
lipstik. Kenyataan-kenyataan ini adalah kenyataan yang bukan saja ditujukan kepada PAS tetapi ianya adalah kenyataan yang
menyinggung umat Islam di negara ini. Memakai tudung bukannya kolot tetapi adalah perintah daripada Allah terhadap orang
yang beriman. Begitu juga Islam melarang wanita-wanitanya bersolek cara jahiliyyah. PAS tidak pernah melarang wanita
bersolek tetapi mestilah tidak melanggar hukum-hukum Islam.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Pusat telah melaporkan kepada polis berhubung dengan kenyataan Lim yang menghina
Islam ini.

Ditanya kenapa memorendum ini diserahkan di Pejabat Gerakan di Air Tawar, Ust. Razali menyatakan bahawa Lim adalah
Ahli Parlimen Kawasn Beruas. Atas sifatnya Ahli Parlimen yang mewakili penduduk Kawasan Beruas, maka PAS Kawasan
Beruas terpaksa mengambil tindakan memantah kenyataan Lim.

Satu majlis ceramah penerangan mengenai isu ini juga akan diadakan pada 18 /10/01(Khamis) jam 9.00 malam di Surau Hj. Zainuddin Bt. 36, Jalan Beruas - Lumut. Penceramah  undangan adalah dari Dewan Pemuda PAS Pusat.

Hits: