Mahathir dan Bush adalah sama

Bernama melaporkan bahawa Dr Mahathir Mohamad pada Selasa petang (semalam) menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Britain Tony Blair yang meminta bantuan Malaysia dalam menangani konflik di Afghanistan dan isu Palestine. Dalam perkembangan itu Blair dikatakan membuat panggilan itu pada 6.40 petang telah berbual dengan Dr Mahathir selama 20 minit.

Dalam perbualan itu Perdana Menteri memberitahu Blair bahawa serangan yang sedang dilakukan terhadap Afghanistan adalah satu tindakan sia-sia. Bernama mengulas bahawa "Peperangan di Afghanistan ini tidak akan membawa hasil," menurut PM.

Dalam perkembangan yang sama beberapa hari lalu Presiden George W. Bush juga menelefon Dr Mahathir untuk menjelaskan bahawa tindakan Amerika menangani keganasan bertujuan "menentang kejahatan dan bukannya Islam". Pemimpin Amerika itu juga dikatakan berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana perutusan takziahnya bagi pihak rakyat Malaysia berhubung serangan pengganas di New York dan Washington pada 11 Sept lepas.

Menyelami hasrat Bush dan Blair dalam isu menentang keganasan ini, kita melihat bahawa Mahathir, Bush dan Blair adalah sama dari segi prinsip, yakni dalam satu arah dan tujuan. Kita semua tahu bahawa Kerajaan Taliban di Afghanistan adalah antara kerajaan yang mendokongi perundangan Islam yang dianjurkan oleh Allah. Maka di sini kita dapat menilai betapa Blair atau Bush adalah pembohong kerana sikap mereka selaku orang Yahudi adalah anti Islam.

Dalam perkembangan yang lain dalam negara kita, Mahathir sudah mengeluarkan arahan bahawa PAS hendaklah diharamkan dengan apa jua cara sebelum 2004. Tindakan menutup tadika Islam, PASTI, sudah dimulai oleh Selangor dan Melaka. Beberapa pegawai polis dan SB berkumpul di Parit Buntar, Perak semalam bagi membincangkan bagaimana mahu serentak menutup tadika PASTI di Perak.

Dalam wawancaranya melalui TV1 Isnin lalu, Mahathir juga menyifatkan Taliban adalah gerombolan pengganas yang harus diperangi. Bantuan yang Malaysia hulurkan adalah kepada mangsa pelarian, dan bukannya kepada kerajaan Islam Taliban. Paling melucukan dalam dua minggu lalu, PM mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Inilah Islam ala Mahathir, yakni Islam ala Turki yang mana Islam pada pengisytiharan sahaja, bukan melaksanakan hukum dan perundangan yang berkaitan. Islam inilah yang Bush dan Blair restu kerana Islam persepsi Mahathir akan menghalalkan arak, judi dan zina.

Maka jadilah Islam agama yang suci diputar belit oleh Mahafiraun itu sehingga kanak-kanak yang ikhlas mahu belajar pendidikan agama sudah disekat. Mahathir mahu kanak-kanak tidak diajar sedemikian, sebaliknya mahu kanak-kanak mencintai pemimpin dan negara, meskipun negara itu derhaka kepada Allah s.w.t..

Persoalannya kini, terserahlah kepada marhen sekelian. Anak-anak adalah seperti kain putih, yang mana kitalah mencoraknya. Jika kita mahu anak-anak kita mengikut ajaran Islam versi Mahathir maka Malaysia akan mengulangi sejarah negara Turki. Dari itu perjuangan jihad kita nampaknya semakin jelas semakin dituntut. Jika larangan menghantar anak ke  tadika Islam sudah terang dan nyata maka apa lagi kita tunggu. Perangi insan yang benci kepada Islam, sebagaimana orang Islam diperangi kerana mereka bencikan ajaran Islam. Fikirkan. 

Mahathir, Blair dan Bush sebenarnya adalah sama!!

Polong Cyber
Webmaster Minda Rakyat
Hits: