Apabila  Yang  Tidak  Berdosa Disembelih Dengan  Kejam, PERKUATKAN  Tanggapan Inilah  Peperangan Memusuhi   Islam 
(Slaughter of the  innocent  bolsters   view  that this  is  war  against Islam)

15 Oktober, 2001.

Di  Baghdad  dulu,  terdapat  satu  kubu  perlindungan yang telah kita musnahkan  dan mengorbankan  lebih 300  nyawa. Di Kosovo,  kita  telah  mencincang lumat  satu barisan pelarian   dengan bom.  Kini di Afghanistan, sebuah kampung  bernama  Karam sudah menjadi bahan  kerja  jijik  kita membunuh  secara  beramai-ramai.

Memanglah, tiba masanya untuk mengulang kembali  perkataan  purba  yang  berbunyi “menyesal”. Kita kesal  dengan   pengeboman  kubu  perlindungan  di  Baghdad dulu, dan kit a memang  rasa  menyesal  kerana  tersalah tembak satu  barisan pelarian di  Kosovo dulu. Kini kita  kesali  pengguguran bom  yang  tersilap sasaran  pada malam Jumaat  di Kabut. Inilah kisah   pengiriman  peluru berpandu  yang  membunuh empat petugas PBB  di pejabat  pembasmian  jerangkap samar  Isnin lalu; dan  apa jug a musibah yang mengena karam.

Itulah  ceritanya  yang sama  sahaja. Kita mulakan  dengan  menembak   senjata “pintar” selepas  para  wartawan   dan  para  panglima  tentera   menceritakan  kisah kecanggihannya.  Sidang akhbar mereka   menunjukkan  gambar-gambar  landasan kapal terbang  yang tidak  pun berlubang di permukaannya. “Inilah malam penuh kejayaan,” kata mereka, selepas menggugurkan bom di Serbia.

Itu juga  yang  mereka ulangi  minggu lalu, sehinggalah kita   orang awam – memberikan cadangan  betapa   berperang itu  akan  menyebabkan kematian  yang  tidak berdosa. Inilah yang  terjadi.  Itu sebabnya pihak tentera   mencipta satu   frasa  yang menjijikkan  berbunyi ‘ bencana gadaian’ (collateral damage).  Mereka  juga memang bersedia  berbohong  para  pemberita  di bumi. Pada mulanya, Nato  mendakwa pesawatnya tidak  menyembelih   konvoi pelarian  pada  April 1999  dulu. Apabila  kami terjumpa serpihan  bom yang digunakan  mempunyai tanda nama  maeria, mereka pun  mengubah pendirian.

Sekarang  mereka  cetuskan  lagu  baru seperti ini: “Kalau kami  bunuh  pihak yang tidak berdosa, kami rasa  menyesal dengan tindakan  itu. Tetapi,  kenapakah  para wartawan berpisah  daripada    penyelia  Serb   dan  lihat benda  lain di  Kosovo? Kit mungkin disoal  sekali  lagi,  kerana  pembabitan  kita    dalam satu episod  bersejarah yang di Britain  dianggap   Perang Afghan Ke empat. Apakah  yang dibuat oleh   para wartawan memberikan bantuan untuk menyelamatkan  Osama  Laden  dan  kumpulan perompaknya?

Cuma ada  satu perbezaan besar  kali  ini.  Pada  1991  dulu,  kita  memang mempunyai satu  pakatan  negara  Islam  yang  menyebelahi kita.  Pada 1999,  kita bersikap buas terhadap kumpulan Serb  sehinggakan  kematian  ramai  masyarakat yang tidak berdosa dapat ditunjukkan  sebagai   kezaliman  Solobodan Mlosevic.  Lagipun, secara  teorinya ketika itu  kita  sedang  mencuba  menyelamatkan masyarakat  Islam   Albania

Kita tidak dapat nafikan  adanya   panglima  yang tongong  kali ini  menyebut kemusnahan Karam adalah disebabkan  kesilapan  Osama  Laden. Inilah pendapat bodoh  yang tidak dapat  menukarkan  fikiran   ratusan ribu   umat Islam   yang  masih  marah dengan serangan  di  Afghanistan.

Inilah  masalahnya.  Di setiap  negara di Timur  Tengah, termasuk  Lebanon  yang begitu tinggi toleransinya,  keraguan  bahawa  ini adalah satu peperangan  memusuhi Islam, memang sudah lama  membengkak.  –

Itu sebabnya  ramai pemimpin Arab  diam membisu dan kerajaan Saudi  enggan membantu. Ini juga  sebabnya  kelmarin, ramai  penunjuk perasaan  yang  mahu menyerang  sebuah pengkalan udara Pakistan  yang  membolehkan  askar  Amerika  menggunakannya untuk membakarnya  juga.

Maka  terdedahlah  satu  anjakan pemikiran  orang Arab   terhadap jenayah memerangi keinsanan di New York dan Washington. Ini yang  menjadi satu  anjakan  sasaran yang merunsingkan   apabila  mereka   mengutuk   kezaliman di Amerika  itu  tanpa mengambil kira   respon  orang Amerika – dan mengutuk  respon itu  tanpa  mengambil kira segala kengerian  dan  bencana   kezaliman yang  terjadi  di  seberang  lautan Atlantik.

Kini, dunia  Islam dapat  melihat  bagaimana   umat Islam yang tidak berdosa dibom hingga mati  oleh serangan  udara  ke atas  Afghanistan. Kalaulah  bencana  di karam itu sama  dahsyatnya  dengan dakwaan kumpulan Taliban,  segala  kata-kata  Blair  yang menafikan  bahawa  inilah  dia  peperangan  agama  akan  kecundang  begitu sahaja.

Perdana  Menteri  kini mampu  mengimbau bagaimanakah  satu  mazhab  yang memecahkan  TV dan  menggantung  tali pita  di pokok itu mampu menggunakan  TV  dan video untuk menyebarkan propaganda  mereka.

Tamat Diterjemahkan oleh SPAR

Hits: