Maklumat  Bercanggah  Mengenai   Kematian  200  Orang  di  Nigeria 
(Conflicting Data  Abour  200  killed in Nigeria  over  Anti-US  Protests)

Surat khabar  Belanda  telah  melaporkan betapa  200  orang  beragama  Islam mati di bandar Kano (Utara Nigeria) minggu  lalu  kerana  “pergaduhan ganas  antara kumpulan Islam dan  Kristian”. (Ini juga yang dilaporkan  oleh CNN  semalam – penterjemah)

Sebab sebenar kematian itu  ialah  mereka  ini  telah menyertai   satu  tunjuk perasaan anti –AS  yang  besar, demikian laporan  akhbar itu.  Umat Islam  di Nigeria telah membantah pengeboman  Afghanistan  oleh Amerika. Mereka  bukannya  dibunuh oleh penduduk beragama  Kristian   di bandar tersebut  seperti  yang didakwa. Mereka  telah ditembak mati  oleh  satu  pasukan  yang menerima  arahan  daripada Ketua  Polis.

Walaupun segala usaha  dibuat  oleh  media barat  untuk  mentafsirkan  kejadian itu sebagai   ‘konflik-etnik dalaman  Nigeria’, adalah jelas  bahawa  peristiwa itu amat bersamaan  dengan  beberapa  episod  yang  sama  tercetus  di  banyak  negara membangun yang  lain, disebabkan  kebangkitan  perasaan  membenci  Amerika  dan  perasaan anti-perang.

Berapa ramaikah    manusia yang   akan mati di seluruh dunia  disebabkan kebencian terhadap  Amerika  secara  membabi-buta? Berapa ramaikah   antara  mereka  ini yang tidak pun  mempunyai  apa-apa  kesamaan  dengan  serangan  ngeri pada  September 111 itu, tetapi sanggup  mempertaruhkan nyawa  mereka?   Nampaknya  jumlah  mereka seperti ini akan  meningkat  lebih tinggi lagi   berbanding  yang  terkorban  pada hari serangan  negeri Amerika  itu.

Tamat.

Diterjemahkan  oleh SPAR

Hits: