Bahan Bukti  Palsu, Bush Memang  Menipu
(The  So-Called Evidence is  A Farce: Bush Is Lying)

Saya   adalah seorang  bekas  ‘Master  Sergeant’ dalam   Pasukan Khas ‘Green Beret’ (komando) Amerika. Mungkin  cakap saya ini  tidak laku  di kalangan   bekas pegawai, kerana  orang  semacam kami ini  dianggap  tidak mampu  memahami lakaran  warna doktrin tentera.

Tetapi saya bukan shaja pernah berkhidmat  dalam tentera  darat. Saya  pernah belajar dan mengajar   sains  ketenteraan  dan  dokrin tentera.  Saya pernah menjadi jurulatih taktik dalam operasi  perhutanan di  Pusat  Latihan di  Panama, dan  pernah mengajar Sains  Ketenteraan  di West Point (akademi tentera  Amerika  yang  terkenal- penterjemah).  Berbeza dengan   imej popular  yang menonjolkan  Special Forces (SF), kami sebenarnnya  diberikan  tugas  untuk  mendidik.  Kami  berikan  nasihat dan bantuan kepada   tentera  luar.  Bermula  daripada  cara  menjadi  jurutembak  yang terbaik hinggalah  menunjuk-ajar   pegawai  batalion   cara-cara   mengkordinasi  operasi  udara yang  berkesan dengan  perkhidmatan  lain.

Berdasarkan pengalaman itu, dan  pengalaman  berkhidmat  di  lapan   kawasan  konflik yang  berbeza daripada Vietnam hingga  Haiti,  saya  ingin  nyatakan  di sini betapa banyak  cerita  yang kita  dengar dan baca   dalam media  adalah cerita  yang tidak boleh dipercayai.  Kalau kita   tinjau  fakta  yang   dicatat  sebelum, ketika  dan selepas September 11,  kita  akan dapati  banyak cerita  itu  tidak selari  dengan perjalanan tindakan  yang  dilaksanakan oleh  kerajaan  Amerika  Syarikat.

Tetapi, kenyataan  kerajaan itu  hanya  dapat  berfungsi  seandainya   mereka dapat memperngaruhi orang  lain  menerima-pakai  segala  alasan   yang  dikemukakan. Saya tidak akan hairan  apabila  Parti Republikan dan  Demokrat (Amerika)  mengulangi semula segla sebab-musababnya.  Terdapat dua  puak dalam setiap   kelas politik  yang  dominan, dan keduanya  adalah  dibiayai  oleh  kuasa-besar ekonomi yang  serupa.  Sebagai seorang yang lebih condong  fahamannya  ke  arah kiri, saya  merasa   sedih  melihatkan bagaimana segala   dalil dan alasan semacam ini boleh diterima  dengan mudah sekali oleh puak kiri, kadangkala  secara  lurus  bendul,  tanpa  mahu  mempertikaikannya  untuk mencari mana satu  yang betul. Terdapat  dua  jenis  alasan  itu. Pertama,  ada  dalil yang mengatakan   gelagat  pentadbiran  AS  sekarang  ini  adalah  berupa  satu ‘tindak balas’ kepada peristiwa  September 11 (kini disebut  secara lebih glamour di Amerika sebagai ‘Nine-eleven’, = Sembilan-sebelas – penterjemah).  Kedua, serangan  yang mengena  Pusat Dagang Dunia dan Pentagon itu  telah  dilakukan  oleh  orang  yang berpangkalan di Afghanistan. Pada pendpat saya, kedua  dalil ini  tidak boleh  dipakai.

Untuk mengamati perkara ini dengan betul  kita  terpaksa  mengulang kembali bukannya peristiwa sembilan-sebelas itu, tetapi   merujuk  jauh  hingga  tahun lalu ataupun waktu  yang lebih lama  sebelum itu.

Presiden George Bush, ialah seorang  yang mempunyai  kepintaran  yang terhad. Tidak ada lagi  yang lebih menarik   pada  nama itu  kecuali  wujudnya  satu  kuasa  yang cukup berpengaruh  di sebalik tabir  daripada   bapanya  yang memang  merupakan seorang bekas presiden  yang  punyai banyak kuasa. Maklumlah beliau pernah menjadi   bekas pengarah CIA dan  sebagai seorang   yang  berkepentingan dalam industri minyak dia  telah naik mencanak  dengan   perbelanjaan  yang paling  tinggi. Di seluruh negara, beberapa rencana  bijak  dan  juga  tidak bijak  telah  dipasang-siap untuk mengkucar-kacirkan fraksi  terpenting  di kalangan masyarakat   Afrikan- Amerikan untuk menggugat asas pengundian  mereka. Rencana ini hanya  terdedah apabila   Florida  menjadi satu medan perlawanan politik Amerika  yang  menyentuh sistem  ‘undi Electoral College’ (cara mengundi  memilih presiden  mengikut  sistem perwakilan)..  Kerancakan  perlawanan  itu telah sengaja  dipengap oleh media  korporat  yang sedang  menguasai  industri ini, sehinggalah  waktu kini. Dalam satu keputusan yang sungguh  tidak  masuk akal, mahkamah Teragung  di Amerika  (Supreme Court) telah  memutuskan  betapa  keputusan mahkamah tidak boleh dirayu lagi  dan  keputusan itu tidak boleh digunapakai sebagai rujukan untuk  masa  hadapan. Dalam kes Bush v. Gore,  mahkamah telah menganugerahkan jawatan presiden Amerika  kepada  seorang calun  yang telah kalah  undian  popular  di Florida dan  telah kalah  undian popular  nasional dengan  pungutan suara  yang melebehi 600,000 undi.

Regim de facto ini kemudiannya   merancang  satu kabinet  yang  amat  menarik. Timbalan presiden adalah seorang  ketua  ekskutif  industri  minyak dan  juga  bekas Setiausaha Pertahanan Amerika.  Penasihat  Keselamatan Negara  ialah seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat  minyak  multi-nasional  dan  juga  pakar  halehwal Russia. Jawatan Setiausaha Negara pula dipegang oleh seorang  yang tidak ada  pengalaman diplomatik, walaupun beliau  pernah menjadi pengerusi  kepada lembaga  ketua  turus ketenteraan Amerika. Kemudian, mereka  melantik Donald Rumsfeld  sebagai  Setiausaha Pertahanan sedangkan sebelum itu  beliau  ialah  bekas CEO  kepada Searle Pharmaceuticals (pengeluar  ubat). Beliau dan juga Cheney pernah   turut serta  dlaam satu persidangan pada  Mei, 2000, berjodol ‘Russian-American Business Leaders Forum.’   Jadi, tarikan perdana  kabinet  yang  ada  berkisar  mengenai  petroleum,  bekas  Soviet Union  dan ketenteraan  (dan nampaknya  termasuk perubatan juga – penterjemah)

Kalau diambil kira  rekod  kerjaya  Daddy Bush (bapa presiden sekarang) dan segala  tipu muslihat dan samar-menyamarnya, dan segala halatuju  dasar luar  AS  menyorot di zaman pentadbiran Carter dulu, saya  boleh merumuskan betapa Timur Tengah dan khazanah bahanbakar fosil di Asia  Selatan  adalah  salah satu   mata  serampang  yang mereka minati. Ini  tidak bermakna penyangak ini semua  mempunyai kepentingan  kewangan dalam bahanbakar  fosil,  tetapi kerana  mereka amat yakin  bahawa  pengeluaran minyak sedang naik mencanak  ketika  kita  membincangkan  perkara  ini,  dan tidak lama lagi akan menggelonsor  ke  bawah tahap penegluarannya dan  akan  menukar  ciri-ciri ketemadunan seperti yang kita  tahu  dalam masa  dua puluh tahun  lagi.

Puak kiri mungkin mahu  menafikan  juga  perkara  ini, tetapi  merka  tidak boleh lari daripada  perkiraan  matematik. Tidak ada   bahan haba  alternatif  dan teknologi  haba lain  yang  mampu menyelamatkan  kita.  Semua  bahan-bakar alternatif  di  dunia ini tidak pun  mampu menyediakan  secebis   asas tenaga   yang  kini  disedikan oleh minyak.  Ini membuatkannya  menjadi satu sumber yang  berharga  dan   sebarang usaha untuk  mengawal  apa juga  yang  ada  itu   merupakan satu usaha  yang  melebehi jangkaan  tandingan  ekonomi.

Saya juga  merumuskan  bahawa  usaha  menjajah  eknomi  bekas Soviet Russia merupakan keutamaan  dalam agenda, dan ia  mempunyai satu  sinergi  yang sungguh  perkasa dengan isu  minyak petroleum.  Bukan sahaja Russia  memilikki   kawasan  simpanan minyak  yang besar  dan  luas  yang belum diterokai lagi, yang dianggap sebagai  pelunak krisis imperialisme, Russia  juga   merupakan satu   sumber  ketenteraan  yang berwibawa   dan mampu  mencabar   dengan kekuatan nuklear  di  rantau  itu.

Terdapat tiga  orang  bekas  pegawai tinggi tentera dalam  kabinet Bush yang membuatkan kabinet itu  menyerupai satu  Lembaga Turus  Tentera. Semua ini  sudah siap diatur sebelum September  11.

Kemudian, kita  perlu membincangkan hal  NATO yang sepatutnya sudah dibubarkan selepas berakhirnya  Perang Dingin dan kehancuran  Blok Timur   pada  1991. Sebaliknya NATO sudah berkembang  ke arah  timur untuk  menjangkau  kawasan  Blok Timur  itu  untuk menerima masuk  keanggotaan negeri yang pernah dijajahi  oleh Soviet  Union, dan pernah menyumbang  kepada  kemusnahan  keluaran minyak  Iraq di pasaran  dunia. Kalaulah  semua negara  kecilan ini  dapat  dipengaruhi, bererti  mudahlah  mengawal  turun-naik harga minyak  di pasaran  dunia.

NATO adalah  satu pertubuhan berasaskan  doktrin  ketenteraan  di mana  Amerika menguasai perjalanannya.  Ia sudah menyerupai satu  bentuk  tanpa sebarang fungsi. Tetapi kepincangan itu telah diperbetulkan dengan cepatnya.

Tatkala  Yugoslavia  enggan  mematuhi  penguatkuasaan  IMF  (International Monetary Fund =  Dana Kewangan Sejagat),  Amerika Syarikat dan Jerman  telah  memulakan satu kempen mengkucar-kacirkan  Yugoslavia, termasuk menggunakan khidmat  veteran perang Afghanistan dalam kempen itu.

NATO telah menjadi  satu sayap ketenteraan  dalam agenda memecahbelahkan Yugoslavia hingga  berserpih  menjadi   negara  kecilan, sebagai satu usaha  untuk menyekat kekuatan Soviet Union, dan  untuk memudahkan sebarang usaha   pemasangan saluran-paip minyak di Lautan Caspian  untuk  pasaran  Eropah Barat  melalui  Kosovo.

Adalah penting  perkara ini  difahami  dengan baik, kerana  ramai orang  yang bercakap membenci peperangan  itu  mudah  mengabaikan perkara  ini. NATO bukannya penjamin pengukuhan undang-undang  antarabangsa, dan ia  juga  bukannya  sebuah perutubuhan halehwal  kemanusian.

Inilah  dia  satu pakatan ketenteraan  yang  dikuasai  oleh  satu  rakan  yang dominan. Justeru,  kita tidak lagi layak memperakukan  peranannya  sebagai satu pakatan pertahanan  terhadap  sosialis  Eropah, kerana  sudah menjadi  satu alat menggempur secara  ketenteraan.

NATO kini menjadi satu pertubuhan  yang akan terus  menusuk  lebih jauh sepanjag  garis lintang ke-40  daripada  Balkan melintasi  Republik  Selatan Asia  yang   pernah menganggotai  Soviet Union.(Semua  negara  merdeka ini  dikenali sebagai CIS = Commenwealth Independent States – penterjemah) .  Tentera  Amerika sudah pun menguasai satu pangkalan tentera di Uzbekistan.  Tidak ada  sesiapa pun yang membincangkan perkembangan strategi itu   yang telah diusahakan  selama  dua  dekad  yang lalu. Apabila  dikenali corak  aktiviti yang  bertujuan   merangkumkan segala  kawalan secara serentak terhadap  usaha  menguasai minyak   di Timur Tengah, dan Selatan Asia, serta menyekat dan  menjajah  bekas Soviet Union, maka  terserlah rahsia  betapa Afghanistan adalah  titik-tolak segala-galanya   untuk  melaksanakan  agenda  besar  itu.

Afghanistan  mengongsi sempadan  dengan Iran, India dan  juga China. Yang lebih penting lagi  ia  bersempadan dengan  beberapa  republik  CIS seperti  Uzbekistan, Turkmenistan dan Tajikistan. Semua  negara ini bersempadan dengan Kazakhstan. Kazakhstan pula bersempadan dengan Russia. Tukmenistan pula  tercanguk di bahagian   tenggara Lautan Caspian dan  minyak  yang  masih banyak dalam buminya  menjadi igauan pentabdiran  Bush.

Afghanistan dianggap penting   kerana  dua  perkara:  sebagai  satu  pangkalan operasi untuk merencana  proses  mengkucar-kacir, memecahbelah dan  menggugat  kuasa  di Republik Asia Selatan  itu.  Saya  berpendapat semua ini akan dimulakan  dalam masa  18 – 24 bulan lagi dan bermulalah  pembikinan  saluran paip merentasi Turkmenistan, Afghanistan, dan Pakistan  untuk  menyalurkan  petroleum  ke  pasaran Asia. Baru-baru ini, Niaz Naik, seorang  Menteri Luar  Pakistan  telah  memberitahu BBC, betapa  pegawai tinggi Amerika  telah  memberikan  isyarat  amaran  kepada mereka  sejak pertengahan Julai  betapa  tindakan ketenteraan   akan dilancarkan  pada pertengahan Oktober  terhadap  Afghanistan. Pada 1996,  Jabatan Tenaga (Amerika)  telah menerbitkan satu lapuran  mengenai  pentingnya   menyediakan satu  saluran paip  merentasi Afghanistan. Pada  1998, Unocal telah   memperakukan  kepada   ‘House Subcommittee on Asia  and the Pacific’ (jawatankuasa  Kongres mengenai Asia  dan Pasifik - penterjemah) betapa pentingnya  saluran   minyak ini  untuk menyalurkan  minyak lembah Caspian  kepada Lautan  Hindi.

Inilah bahan-bukti menunjukkan  betapa perlunya   satu operasi  ketenteraan untuk menyauk sekurang-kurangnya sebahagian  bumi  Afghanistan   untuk dirundingkan, sepatutnya  seawal  lima  tahun  dulu.  Saya  beranggapan bahawa   segala tindakan yang kita  tonton sekarang ini  adalah  sebahagian  dari agenda pra-semblan-sebelas. Saya sudah semakin yakin dengan  fakta  ini. Kalau dikaji   tahap perencanaan  yang perlu, akan skala operasi  itu  dan  corak perancangan  yang  membengkak  sehingga memakan masa berbulan lamanya,  tentu kita  kehairanan bila diberitahu  rencana itu  memakan masa beberapa  minggu sahaja.

Semua itu  memang  tidak masuk akal. Pentadbiran  Bush  ini sedang  menipu segala-galanya sebagai  “reaksi” kepada  episod  September 11. Dengan pantas  ia menyedarkan saya, kemungkinan  mereka  mengeluarkan bahan bukti  bikinan sendiri  bahawa seseorang di Afghanistan  bertanggungjawab.  Nampak mudah kerja  bajingan  mereka  ini. Sekaligus saya tergerak   mencari  sebab-musababnya  apa yang sebenarnya  berlaku  pada September 11  dulu,  dan siapa  sebenarnya  yang  bertanggungjawab  ketas segala–galanya.

Apa  yang disebut sebagai bahan-bukti itu adalah satu pembohongan. Amerika Syarikat telah membentangkan  dalil itu  kepada  kerajaan  boneka  Tony Blair.  Daripada   70 dalil yang dikatakan bahan-bukti itu, hanya  sembilan  sahaja  yang  merujuk kepada serangan Pusat Dagang Dunia dan  semua itu  pun  berupa  andaian  semata-mata.  Inilah dia  cerita ‘bullshit’ (temberang  Mahathir) dari awal hingga    akhirnya. Kalaulah ini dianggap sebagai bahan bukti, hanya  seorang  anak muda  berusia  16 tahun  yang berminat dengan drama  perbicaraan  akan  menyiatkan  cerita itu  laksana  dia menyiat dan mengoyakkan sehelai baju murahan. Sebaliknya  akhbar  perdana telah  memuntahkannya  tanpa sebarang kritikan. Tetapi, seperti   yang kita  faham sekarang ini, peranan mereka (seperti yang mungkin mereka pelajari daripada  akhbar di  Malaysia) memanglah  untuk mengesahkan  apa yang  diputArabelitkan itu.

Cerita  kartun yang mereka  buat   menuduh Osama bin Laden memng tidak boleh diterima akal. Apalagi kalau kita  ambil kira segala   kerumitan  dan kerja-kerja aturan-semasa untuk  melancarkan serangan  itu. Sebagai seorang bekas pegawai tentera   yang banyak melibatkan diri  membangunkan  pelbagai  arahan operasi     bertahun lamanya, saya berani sebutkan  betapa   perencanaan  serangan itu dulu  adalah satu kerja yang rumit dan sofistiket  serta  memerlukan  belanja  yang banyak sehingga  meninggalkan banyak kesan besar   yang  kita  sebut  sebagai  ‘signature’ (kesan kerja).

Dengan lain perkataan,  kerja-kerja itu  adalah begitu berat sehigga tidak mudah untuk menyorokkannya.

Kerana itu muncul satu soalan  yang  tulen  kenapa  tidak ada  sebarang  amaran akan hal  itu. Inilah persoalannya  yang   mempertikai  kelicikan  jentera  risikan kerajaan. Sekaligus  ia mempertikaikan  beberapa dasar  di  pelbagai  agensi  kerajaan yang terpaksa  ditutup dan dibohongi untuk  merencana  tindakan mega  itu. Tentu sekali ia mendorong  kepada satu persoalan apakah  ada pihak yang mengetahui dulu  bahawa kejadian ini akan  berlaku, dan pengetahuan awal itu  memang sengaja  diperam sahaja. Untuk memperlekehkan  kecurigaan ini  sebagai satu  pemikiran orang  gila  adalah sesuatu yang  dikira  terlalu  awal.  Apatahlagi   setelah adanya  catatan sejarah betapa perkara semacam ini  pernah  berlaku  keatas  ketua  politik  negara di zaman dulu, termasuk tokoh liberal yang diminati, Franklin Roosevelt. Sudah ada  bahanbukti yang amat menyerlah  betapa  pentadbiran Roosevelt dulu  sengaja  gagal  menyekat tindakan  Jepun mengebom Pearl  Harbour  semata-mata  mahu menyemarakkan  kemarahan rakyat Amerika untuk membolehkan  Amerika menyertai  Peperangan Dunia  Kedua. (Ayoyo.!!!..macam seorang doktor  malbari sengaja  menyemarakkan  kemarahan Melayu  untuk mencetuskan Mei 13 rupanya...!! penterjemah)

Bersambung  Bahagian  Dua.... .

Hits: