Bahan bukti  Palsu, Bush Menipu

Bahagian 2:

Saya  tidak faham kenapa  tidak ada  orang yang  menanyakan soalan khusus mengenai tindakan  Bush dan  orang-orangnya  pada  hari  serangan  itu  terjadi.

Bayangkan:

Empat buah pesawat  telah dirampas  dan ditukar hala tuju penerbangannya, sedangkan pergerakan itu  dapat  dikesan di radar perkhidmatan penerbangan (FAA). Semua pesawat itu dirampas antara 7.45 pagi hingga 8:10 pagi waktu bahagian timur  Amerika (Eastern Daylight Time).

Siapa   Yang  Diberitahu?

Ini  merupakan satu kejadian yang  tidak pernah berlaku sebelumnya. Tetapi, Presiden tidak diberitahu  kerana dia terus dengan perjalanannya   ke sebuah sekolah rendah di Florida untuk mendengar kanak-kanak membaca  buku.

Pada 8:15 pagi, tentulah  jelas  adanya  perkara  ganjil yang sudah berlaku. Tetapi presiden itu  masih tidak tahu.

Pada 8:45, penerbangan  American Airlines Flight 11, menghunjam Pusat Dagang Dunia, tetapi Bush masih  sibuk dengan kanak-kanak sekolah dan bergambar dengan mereka di Booker Elementary. Empat  pesawat sudah pun  dirampas  dalam satu masa, menjadikannya satu kejadian  paling dahsyat  dalam sejarah. Sebuah pesawat itu sudah pun  menikam salah satu bangunan yang sungguh bersejarah dalam dunia, tetapi tidak ada  seorang pun yang memberitahu  Ketua  Turus Angkatan Tentera  Amerika.

Tidak ada sesiapa yang menggerakkan pasukan  tentera udara  untuk   memintas petualang itu.

Pada 9.03  pagi,  United Flight 176 menikam satu  lagi  bangunan  kembar WTC. Tetapi, pada 9.05,  Ketua   Kakitangan  Presiden telah  membisikkan ke telinga Bush yang tiba-tiba  menampakkan  “muka  murung”  kepada para wartawan.  Adakah dia membatalkan lawatan itu untuk  mengadakan satu  mesyuarat  tergempar?  Tidak, dia  teruskan majlis mendengar  budak darjah dua  membaca  buku,  kisah  seorang  budak perempuan ‘menanduk’ seekor  kambing. Demikianlah gelagatnya  sedangkan  pada waktu yang sama American Airlines Flight 77  tiba-tiba menukar hala penerbangan dan berpatah  balik di ruang angkasa Ohio  untuk menuju Washington DC. Apakah dia sudah  memberikan arahan kepada pegawainya agar  Angkatan Tentera Udara  bertindak memintas? Tidak.

Kemudian, selepas 25 minit  yang  mencemaskan dia telah membuat satu kenyataan rasmi memberitahu Amerika Syarikat  apa yang mereka  sudah pun tahu (dan lihat) bahawa satu serangan telah  lakukan ke atas Dewan Dagang Dunia dengan menggunakan    pesawat yang dirampas. Ketika itu  ada  sebuah  pesawat  rampasan  lagi yang  menuju Washington, tetapi adakah dia  mengarahkan  Angkatan Tentera Udara  memintasnya?  Tidak.

Pada 9.30, ketika membuat  pengumuman, American Flight 77  masih lagi  berada sepuluh (10)  minit  jauh-jaraknya  daripada sasaran – Pentagon.

Pihak pentadbiran telah membuat satu  dakwaan, kemudiannya  betapa ia tidak mempunyai upaya  untuk mengetahui  Pentagon menjadi sasaran serangan ketika  itu. Mereka berfikir bahawa  Flight 77  sedang  menuju White House (Rumah Putih). Yang  sebenarnya, pesawat itu  memang sudah  terbang  di bahagian ruang yang dianggap  larangan ataupun ‘White House no-fly zone) dengan penerbangan yang sungguh laju  (melebihi  400 nauts).

Pada  9:35,  pesawat ini berpatah balik secara 360 degree di ruang  angkasa Pentagon, ketika masih lagi  diawasi  pergerakannya oleh radar. Pentagon tidak dikosongkan,  dan tidak juga  ada  pesawat  tentera udara  untuk memintas pergerakan  pesawat rampasan  ini antara  Alexandria  dan DC (District of Columbia – penterjemah).

Fikirkan   jenaka  ini:

Mereka  mahu kita percaya  bahawa  seorang juruterbang   yang dilatih  di sekolah penerbangan  di Florida  untuk  pesawat ‘Piper Cubs’  dan  ‘Cessna’ telah berjaya melaksanakan  pengendalian  secara menjunam  (downward spiral) sejauh  7,000 kaki dalam masa dua  setengah minit,  dan menerbangkan pesawat itu   serendah mungkin sehingga  ia tersentuh  wayar eletrik  di jalan  berdekatan  Pentagon, dan menghunjamkan pesawat itu dengan tepatnya   di bahagian bangunan dengan kelajuan pesawat  pada  460 nauts.

Apabila teori berkenaan  latihan di  sekolah memandu  itu ditolak oleh orang yang lebih tahu, maka direka pula  satu  dongeng  betapa perampas pesawat  itu  menerima latihan ‘flight stimulator’ . Dongeng ini samalah dengan  kisah seseorang  yang  melatih anak perempuannya untuk memandu  ketika kesibukan jalan raya  dengan kelajuan 1-40 mph.  Hanya dengan melatihnya  melalui   bermain  video.  Inilah yang  dikatakan taik  kuda! (nasib baik bukan talembu,  marah pula peminat Phoolandevi – penterjemah)

Ada satu kisah  yang  sedang  dilakar  untuk  peristiwa ini. Saya tidak dapat menceritakannya  di sini.

Tetapi, setidak-tidaknya  ketua  turus   angkatan tentera  dan  para  pekerjanya  yang mati patut   ikut  secara membuta-tuli dalam usaha  operasinya  memerangi keganasan, sebenarnya  telah mengabaikan tugasnya dan  cuai.  Malahan dia ini memang bodoh rupanya. Kalaulah perkara sebenar dapat diketahui,     ada  kemungkinan  dia  menyorokkan kisah yang  sebenar, tentu ada  petanda  wujudnya  satu  konspirasi.

Semestinya, pentadbiran ‘de facto’ Bush, sedang  dihantui  satu  longgokan krisis   yang membolehkan mereka menyelamatkan keadaan  dengan  tercetusnya peristiwa  ini. Sama ada mereka  terlibat dengan peranan  yang kotor ataupun sebaliknya, setidak-tidaknya mereka telah  menyauk peluang  kewujudan serangan  ini untuk mengatasi apa juga  bentuk kelemahan yang  ada  ketika  itu. Paling kurang pun mereka  berjaya  mengalihkan masalah ekonomi yang merudum disebabkan masalah ‘capitalisme’  kepada  peristiwa 11 September, untuk memperakukan  agenda  dasar luar  mereka dan menyediakan satu   peraturan yang menekan di dalam negara  untuk melemahkan pihak yang menentang  mereka.

Dalam banyak hal, peristiwa 11 September, telah  membantu  Bush  mengeluarkan kek masakannya yang sudah hangus  daripada ketuhar pembakaran.

Inilah  peristiwa  yang memberikan mereka  lampu  hijau yang mengizinkan pembinaan  satu agenda  jangka-panjang  untuk mereka  merencana satu bentuk  peraturan menegakkan konsep kawalan  yang fasis  dalam negara dan juga  di luar sana  sebagai  tiang kuasa satu kelas manusia yang memutar belit  dunia  apabila  berakhirnya  sumber minyak.

Tidak sesiapa yang nampak gajah besar di depan mata, kerana itu berbagai-bagai bentuk penekanan sudah pun bermula  dalam negara  dan juga  di  antero dunia, baik secara  rasmi ataupun sebaliknya. Inilah yang dianggap sebagai satu  versi baru fahaman McCarthyism. Saya  telah menghadiri satu kursus  di Chapel Hill,  North Carolina pada 17 September. Walaupun tidak ada  sesiapa yang   mahu  membincangkan dengan panjang lebar kisah serangan itu, kerana  semua  yang ada  lebih  mementingkan belesungkawa  dan membaca doa untuk  mereka yang  menjadi mangsa, kami telah dikritik dengan pedas sekali  dan dituduh sebagai musuh negara. Semalam ada  orang yang mahukan saya dihalau keluar (tempatnya tentulah satu  teka-teki sahaja).

Kini, Herr Ashcroft  sedang memantau kerja-kerja  membasmikan  beberapa peruntukan kebebasan manusia sejak berlakunya   perundangan  mengenai  anti keganasan selepas peristiwa Oklahoma City. Peristiwa itu tidak mencetuskan gerakan anti-keganasan, cuma setakat  mempercepatkan pelaksanaan hukuman  mati.  FBI sudahpun mengklasifikasikan kumpulan pengganas itu  bukannya berasaskan apakah kumpulan itu pernah mengganas, tetapi apakah fahaman mereka. Beberapa  kumpulan sosialis dan kumpulan anti-globalisasi telah dikenal pasti  sebagai kumpulan  ganas, walaupun tidak ada secebis bahan bukti menunjukkan mereka terbabit  dengan  keganasan. Inilah yang  mengingatkan saya kepada satu akta bernama ‘Smith Act’ yang  akhirnya  dimansuhkan kerana bertentangan dengan Perlembagaan. Itupun setelah  ramai manusia yang terpenjara lama-lama kerana melakukan ‘perbuatan jenayah’  berbentuk berfikir  sahaja.  (Apa bezanya dengan ISA di Malaysia- penterjemah)

Saya  berpendapat perkara ini  merupakan satu  masalah besar  kepada  regim Bush sekarang ini. Terdapat   penentangan  meluas  di dunia ini kepada  apa yang disebut sebagai agenda  neo-liberal (neo-liberal agenda) yang merupakan satu  nama panggilan manis kepada  imperialisme  putar-belit hutang. Bebanan hutang dan ugutan  sekatan ekonomi sudah lama dijadikan  taktik memulas telinga negara  yang melarat. Kita harus sedar tindakan  paling muktamad  untuk  mengekalkan ugutan itu ialah  tindakan ketenteraan. Bagi setiap  agenda ekonomi sejagat, tentu ada  agenda  politik dan ketenteraan yang dilakar  untuk  masa  yang  sama.

Tumpuan utama  tindakan ini semua  untuk jangka pendek, ialah di Asia Tenggara. Tetapi agenda ini sudah diskripkan  sebagai satu  olahan  untuk memerangi keganasan di seluruh dunia.

Rencana ini dikira  munasabah daripada  bertopengkan  peperangan membanteras dadah. Lagipun konsep perang-dadah itu sudah tidak lagi diterima pakai oleh banyak negara. Puak kiri  sudah semakin berkuasa  dan menjadi popular di Venezuela, El Salvador, Nicaragua, Ecuador, Colombia, Republic Dominica,  Haiti, Brazil, dan Argentina. Cuba sudahpun mencapai  nama yang semakin mengharum sejak beberapa tahun dulu. Kekuatan sebenar empayar ini semakin terdedah. Kita tidak lagi mempunyai daya menipu negara ini dengan mengenakan peraturan  ekonomi  yang  memudahkan negara mereka dikuasai oleh   syarikat transnasional.  Inilah yang mendedahkan agenda  Bush. Kerana  itu tindakan yang mudah ialah menuduh negara ini sebagai penyokong  keganasan.

Berdasarkan dalil di atas, saya berani katakan  bagaimana puak kiri telah  lalai dengan perkara  ini. Mereka membiarkan  regim Bush  terlepas begitu sahaja tanpa menyoal siapakah yang melakukan apa bendanya  pada 11 September.

Kalaulah  cerita rasmi itu dianggap satu  penipuan,  maka  ada sebabnya  yang jitu kenapa kita  mesti mengetahui apa  yang sebenarnya  berlaku. Kita mesti memahami dengan jelas apakah sebenarnya motif  pentadbiran Bush  sekarang  ini.

Kita juga  mesti  mengetahui  lebih banyak lagi  apakah  motif  mereka  yang terdekat. Kita mahu tahu juga  di manakah  segala  kuasa sosial  yang  melakar  keadaan sekarang ini merancang  hala tuju  mereka. Saya tidak fikir  pentadbiran ini sedang  sibuk merencana kumpulan politik  yang menjadi agenda  utama  mereka. Mereka sedang  merencana satu kaedah  menyelamatkan keadaan  besar yang semakin terlocot  daripada kawalan mereka. Seperti kaedah  membasmi sesuatu, memang sudah ada  teknologi pintar  yang memudahkan kerja-kerja  bodoh itu.

Mereka bukannya  melakukan satu tindakan sebagai menyambut peristiwa September 11. Tetapi mereka  memulakan satu  rencana  menyekat penggelonsoran  sumber  minyak di pasaran dunia, yang  akan mencetuskan  satu  pengecutan ekonomi dunia  dan sekaligus mendedahkan kehaprakan sebuah  empayar (Amerika – penterjemah)

Inilah yang menepati  andaian saya betapa semua ini  akan menggugat keselamatan Amerika, yang sepatutnya menjadi  kerunsingan besar mereka.

Tindakan yang dirancang oleh  pentadbiran  regim Bush ini, tidak saja akan mencemaskan ke selatan negara, malahan akan   meruntuhkan martabatnya.  Tindakan  ketenteraan terhadap begitu banyak kumpulan di antero dunia, seperti yang diperakukan sendiri oleh pentadbiran ini, akan menghenyak banyak pihak tersadai di tembok  kehampaan. Sudah tentu ini tidak menjamin keselamatan kita.

Konsep menggembar-gemburkan peperangan yang direncana sekarang, sebenarnya amat bersalahan dengan  hukum-hakam peperangan  dan akan menjurus kepada bencana ketenteraan. Inilah yang harus  dilihat daripada sikap  berkecuali dari segi moral dan politik hidup kita.

Orang-orang yang memiliki setengah  daripada keseluruhan  simpanan   minyak dunia sengaja  digugat agar  tidak tenang hidupnya  sedangkan kita tidak mampu meramalkan apakah   bahananya nanti,  melainkan kebarangkalian kita akan dinafikan hak mendapat bekalan minyak daripada  mereka.   Yang lebih dahsyat lagi  cara  kita mengkucar-kacirkan Pakistan, sebuah negara yang berkuasa  nuklear  agar bertegang urat dengan jirannya, dan cara kita  mengusik-usik Russia -  sebuah  negara  nuklear  juga.  Keinginan kita untuk  mengekalkan tahap  keselamatan  negara tidak juga  naik meninggi, dan Amerika tidak boleh  menolak keupayaan negara lain dengan kemampuan  nuklear  mereka lagi.

Saya  berpendapat,  agenda  domestik  ini adalah satu  ancaman besar yang hebat menggugat keselamatan sesiapa   juga mengkritik kerajaan dan para tauke  korporatnya,  dan kita sudah tahu bahawa ancaman yang sebenar akan menghantui penduduk dunia yang mudah dikambing-hitamkan   setiap kali  krisis dalam negara ini turun menikam.

Memang  sudah wujud  ancaman sebenar fascisme  dalam negara ini, dan inilah fenomena yang memerlukan  musuh  tempatan untuk  dimamahnya. Kalau mengikut  sejarah, musuh itu mestilah berbentuk  puak kiri, persatuan pekerja,  dan pelbagai  sektor perkauman dan kebangsaan yang  tertekan.  Pemikiran  mewujudkan “Keadaan darurat dan kecemasan” ini untuk menekan perbincangan ketidaksenangan  rakyat  terhadap  anti-perkauman, kewanitaan, alam sekitar,  sosialisme dan anarkisme.

Walaupun ada  penentangan secara simbolik  oleh pegawai-pegawai  terhadap ‘xenophobia’ keIslaman (menakutkan  pengaruh Islam),  segala gambaran yang stereotaip telah menumpulkan kuasa  media, sehingga kerajaan  terpaksa  mengulang kaji  cara  menonjolkan martabat perkauman.  Inilah langkah pertama  sebelum dilancarkan cara  menguasai kaum lain.  Kita memang sudah lama  diputarbelitkan  kepada ideologi   perkauman sama ada secara terbuka ataupun sebaliknya. Perkauman  sebagai sebuah institusi yang  menyangkuti psikologi Amerika Syarikat memang tidak mudah  dimansuhkan.

Disebabkan semua dalil-dalil ini saya telah menekankan bahawa kita tidak dapat menerima secara  melulu  apa juga yang disogok oleh pentadbiran  Bush ini, baik  segala dasarnya ataupun segala temberang  dan kelentongannya.   Tindakan mereka itu amat berbahaya, dan sudah tiba masanya  untuk mereka diperangi secara terbuka,  sebelum mereka memantapkan agenda  dan  memperkasakan kuasa  mereka. Kalau mereka berjaya dengan agenda itu, akan sulitlah nanti usaha  kita.

Kalaulah puak kiri mampu  bersatu agar tidak pupus,   perlu memahami  peranannya yang kritikal dalam hal ini. Kita perlu  memainkan peranan sebagai kumpulan yang berkerja kuat, tidak berpuak-puak dan    bergerak sekata dalam pertubuhan aman.  Kita perlu mengkaji, menyelaras dan  merencana  segala  perancangan  kita  yang  bersejarah  ini. Kita  perlu menyediakan barisan kepimpinan menghadapi  konflik penentuan yang akan muncul untuk mengalahkan fasisme dan  kemudiannya mengambil kuasa politik.

Kata-kata hikmah Rosa Luxemburg semakin menyerlah kebenarannya.  Kita bukannya sedang diagah  untuk memilih antara sosislisme dan  kapitalisme. Tetapi, sosialisme ataupun barbarisme (kebinatangan).

Apa yang paling kita  mampu ialah  penafian dan perasaan segan-silu.

TAMAT

SPAR. 19 Oktober, 01

Hits: .