Anggota  Tanpa Jasad

Mohsen Makhmalbaf 
Jun 20, 2001.  The Iranian.

Seandainya anda  membaca  artikel ini  sehingga tamat, ia akan memakan masa satu jam lamanya. Selama  satu jam itu, 14 lagi  insan yang akan mati di Afghanistan disebabkan peperangan dan kebuluran dan 60 orang  lain  menjadi orang pelarian di negara orang. Penulisan ini  bertujuan memberikan gambaran  kenapa  terjadinya  kefanaan dan penghijrahan. Kalaulah perkara  yang  menyedihkan ini  tidak membawa sebarang makna dalam kehidupan anda  yang manis  belaka, janganlah teruskan  membacanya.

Afghanistan Di Mata  Dunia

Pada tahun lalu, saya telah menghadiri  Festival Filem di Pusan, Korea Selatan. Di  sana saya  telah  ditanya  apakah  rencana  masa depan saya  dalam dunia  filem. Saya menjawab, ‘Afghanistan’. Secara spontan saya disoal, “kenapa  Afghanistan?” Kenapa begitu?  Kenapakah sebuah  negara  yang begitu   melarat   sehingga  orang negara Asian yang lain  seperti Korea Selatan tidak pun pernah mendengarnya?

Sebabnya  amat menyerlah. Afghanistan tidak mempunyai sebarang  peranan di dunia ini. Ia bukannya sebuah negara  yang boleh dikenang  laksana  sesuatu  komoditi yang khusus ataupun  kerana  kemajuan sains, atau sebagai sebuah  negara yang mempunyai pencapaian karyawan  yang terunggul. Di Amerika Syarikat, Eropah dan  Timur Tengah, mungkin situasi ini  berbeza dan Afghanistan  hanya  dikenali sebagai sebuah negara yang  ganjil sekali.

Keganjilan ini, sebenarnya  tidak  mempunyai  sebarang makna  yang  positif. Mereka yang mengenali nama Afghanistan   sekaligus  merangkapnya  kepada   kisah penyeludupan, kumpulan Taliban, fundamentalis Islamia,  peperangannya  dengan Russia, satu kisah perang saudara  yang panjang, kebuluran  dan  amalan kesusilaannya  yang tinggi. Inilah satu  potret berbentuk subjektif  yang ketiadaan kesan kedamaian  dan kestabilan  untuk pembangunan. Kerana itu  tidak ada keinginan yang  dapat melambai para pelancung luar untuk  menjelajah negara   ataupun  para  pedagang  untuk melabur  di Afghanistan.

Apakah kerana itu  ia  harus  dibiarkan  lesap  begitu sahaja?  Inilah pengaiban yang mungkin merangsang perasaan seseorang menulisnya  dalam  kamus  dunia  betapa Afghanistan bolehlah digambarkan sebagai  sebuah negara  yang mengeluarkan dadah  dan di mana penduduknya  kelihatan kasar, garang dan  berfahaman fundamentalis  dan yang mahukan kaum wanita mereka   menyungkup muka dalam selubung yang tidak ada  lubangnya.

Tambahkan pula kisah  pemusnahan  satu  patung  tegak  Buddha  yang  baru-baru ini mencuit  perasaan  simpati  keseluruhan dunia dan   menyebabkan  para  peminat budaya dan lukisan  mempertahankan  ukiran batu itu secara  menggila.  Tetapi kenapakah tidak ada  sesiapa  kecuali  Pesuruhjaya Tinggi  PBB  Puan Ogata   menyatakan perasaan betapa mereka tersentuh  dengan kemungkinannya satu juta  Afghan  yang mati kelaparan disebabkan keadaan  kebuluran  yang sungguh  memilukan?  Kenapakah tidak ada sesiapa yang membincangkan  perihal kematian?  Kenapakah  semua orang  terjerit terlolong  mengenai kemusnahan  sebatang  patung Buddha   tetapi enggan  bersuara langsung   menyekat kematian   Afghan yang kelaparan dan meraung?  Apakah  di zaman dunia moden ini,  ukiran batu lebih  bermakna  nilainya  daripada  manusia  yang  bernyawa?

Aku telah menjelajah   merata Afghanistan  dan menyaksikan   cara hidup sebenar di negara itu. Sebagai seorang pembikin  filem aku telah  menghasilkan  dua   filem ‘feature’ mengenai Afghanistan  dengan   jarak tempoh selama  13 tahun; (“The Cyclist”, 1988  dan “Kandahar’’, 2001).  Ini telah  memungkinkan  aku   mengkaji lebih  10,000 muka surat pelbagai buku dan  dokumen  untuk   pengutipan data   buat perfileman.  Hasilnya aku dapat   menilai  Afghanistan  dalam pelbagai bentuk rupanya  berbanding  dengan kisah lain di  dunia. Ia  menjadi gambaran yang lebih  berkecamuk,  berbeza dan   tragis, tetapi lebih jitu dan  lebih positif. Inilah satu gambaran  yang memerlukan perhatian dan bukannya  dilupakan ataupun  untuk  ditekan.

Tetapi, di manakah Sa’di  untuk  menjadi saksi kepada tragedi ini -   bukankah Sa’di yang  mereka  gurindam “Semua  manusia  adalah  anggota  badan  yang  bertuan” seperti yang dirujuk kepada PBB dan  terpahat di pintu  gerbangnya kini?

Afghanistan  dalam kenangan  rakyat Iran.

Fahaman rakyat Iran  terhadap Afghanistan  tidak banyak bezanya dengan fahaman orang Amerika, Eropah dan Timur Tengah.   Kalau ada  yang  berbezanya  ia  tertumpu kepada jarak dekatnya.  Pekerja  Iran,  penduduk  yang menghuni wilayah selatan Tehran dan penduduk kelas pekerja  di  pekan-pekan Iran tidak berapa selesa  dengan  orang Afghan kerana  mencurigai mereka  sebagai   pesaing  untuk  mendapatkan pekerjaan. Dengan mendesak  Menteri Buruh Iran, mereka berjaya mendesak agar orang Afghan dihantar pulang ke  negara  mereka. (sila  kepilkan gambar)

Masyarakat Iran  kelas menengah pula, menyukai sikap amanah orang Afghan  dalam membuat kerja-kerja  pertukangan.  Kontraktor  pembangunan  berpendapat bahawa pekerja Afghan adalah lebih  baik lagi  berbanding  pekerja  Iran    dan  mereka tidak pula mendesak bayaran  yang  tinggi-tinggi. Penguatkuasa  anti-dadah  mendapati   mereka sebagai  punca utama  dalam  pengedaran dadah dan  mahu mereka  ditangkap  dan  dihantar pula sebagai satu  jalan untuk menamatkan masalah dadah di negara  itu. Para  doktor pula menganggap mereka  sebagai punca  penyakit endemik  seperti   ‘Selsema Afghan’ (Afghan Flu) yang memang tidak wujud sebelum itu di Iran. Memang wujud   ubat pelali  dalam Afghanistan, tetapi kini ia terpaksa  mencetuskan belanja lebih   untuk  pelalian polio untuk rakyat Afghanistan  yang  mendatang  itu.

Pandangan Dunia  Mengenai Afghanistan

Setiap kali  wujud  tajuk besar   mengenai sesebuah negara, ia  perlu  diselidiki sentiasa. Imej sesebuah negara yang  disiarkan dalam sesuatu  media   adalah merupakan sangkuman fakta  mengenai negara itu  dan  satu  pandangan  bayangan   betapa   manusia di dunia ini  memikirkan   hal ehwal   negara  itu. Seandainya   ada  beberapa negara yang teringinkan   sesuatu  tempat itu, adalah menjadi satu kemestian   agar  berita yang benar disediakan  mengenainya.

Malangnya, apa yang saya tanggapi   mengenai  Afghanistan  itu sudah banyak yang tiadanya  yang dapat menarik  minat keinginan dunia luar,  kecuali  bijian poppi. Kerana itu Afghanistan menjadi tidak  penting  kerana  tidak dapat mengongsi berita dunia, dan segala  andaian  penyelesaian  masalahnya  itu  untuk masa yang terdekat adalah sesuatu yang  nampak berat. Kalaulah ia  menyerupai Kuwait, tentunya Afghanistan mempunyai   minyak dan lebihan pendapatan daripada  penjualan minyaknya. Tentu ia sudah dirampas  balik  oleh Amerika dalam masa tiga hari  dan kos penggembelingan tentera Amerika itu boleh dibayar balik  daripada  lebihan pendapatan  minyak.

Ketika Soviet Union masih  wujud, orang Afghan mendapat  perhatian  media  Barat kerana perjuangan mereka menentang  Blok  Timur (Eastern Bloc) dan  kejayaannya menyaksikan penekanan  komunis.  Apa kala  Soviet  berundur dan  berpecah kemudiannya, kenapakah Amerika Syarikat yang mendokong hak asasi manusia, tidak memberikan tumpuan menyelamatkan 10 juta  kaum wanita  yang dinafikan hak pelajaran  dan kegiatan sosial ataupun menyumbang terhadap  pembasmian  kemiskinan  dan kelaparan  yang  mengancam begitu ramai manusia?

Jawapannya amat  mudah sangat kerana Afghanistan tidak mempunyai  apa pun sebagai ganjarannya.  Afghanistan  bukannya seorang gadis sunti yang  indah paras rupanya  dan mendenyutkan jantung seribu  kekasihnya.   Malangnya hari ini ia  sudah  menyerupai seorang  wanita tua. Sesiapa  yang kepingin  merapatinya akan dihantui perbelanjaan tinggi   kerana sakit yang kerap melanda.   Kita juga tahu bahawa  kita tidak punyai masa seperti seorang Sa’di ketika mana “semua manusia  itu adalah  anggota  kepada yang bertuan.”

Terjemahan: SPAR

Hits: