KU SEBUT NAMAMU AFGHANISTAN
(dengan apologi kepada Latiff Mohidin; kerana meminjam kayanya)

Ku sebut namamu Afghanistan,
kerana rindu yang mendalam
melihat para pejuang, menentang arus deras
yang entah datang dari mana
Tuhan telah memilihmu bumi Afghanistan
untuk menampung entah berapa juta syuhada
mempertahankan Islam dan tanah air
dari kesombongan dan keangkuhan
manusia yang sudah hilang sifat manusiawinya.
 

Ku sebut namamu Afghanistan 
ketika bom dan senjata canggih digunakan
untuk menghancurkan sejarah ketamadunan
sebuah negara yang tidak pernah sunyi dari perang
sejak beberapa dekad hingga sekarang
darah sentiasa mengalir di bumi kering kontang
hilang sudah belas kasihan
manusia bagai binatang
lembu kambing dan kerbau semuanya serupa
tidak ada bezanya, mereka hidup untuk dialirkan darahnya
cuma bezanya
binatang disembelih untuk dimakan.

Afghanistan, akhirilah tari siang suaramu,
sebentar lagi, ribut dari udara akan tiba
Amerika akan mengbom lagi
entah apa dosa dan kesalahan
selain dari memburu keganasan
dan seorang Osama yang paling disyaki
selebihnya tiada apa alasan
kecuali mereka memang suka berperang
sejak dulu hingga sekarang
di hati mereka, tiada lagi erti kemanusiaan.

Siapakah yang bakal kecundang?
yang pasti dalam perang tidak keduanya menang
atau satu kalah satu kecundang,
Taliban, teruskanlah jihad demi Islam
dan Afghanistan adalah tanah air Islam.

Ku sebut namamu Afghanistan
akan ku benamkan
kaki kiriku ke matahari,
kaki kananku ke bulan
namun tiada yang pasti dalam perang
sehingga datang janji Tuhan
menang atau gugur sebagai syuhada
dan itulah janji Islam
sidajjal itu pasti akan tumbang akhirnya
setiap yang angkuh akan terima balasan,
sebab itu:ajarilah mereka
dan kuburkanlah seluruh kuffar itu,
di atas bumi Afghanistan
dan itulah tanda jihad Islam
yang tidak pernah padam
walau berjuta syuhada terkorban.

Ku sebut namamu Afghanistan
dan di dalam kelam ku doakan
berilah kemenangan kepadamu ya Tuhan,
dan hantarlah sidajjal itu serta bala tenteranya
ke neraka jahannam; dan akan tibalah saatnya
Islam dimenangkan di atas segala kebatilan.

Pakitam,
Pakitam@yahoo.com
21.10.2001

Hits: