Anggota Tanpa Jasad

Bahagian 4

Kenapa ramai Afghan Keluar Merempat?

Sudah menjadi satu amalan gembala  ternakan, untuk hidup berpindah-randah. Penduduk bandar  dan  para  peladang  tidak berapa kerap  berbuat demikian. Sebabnya ialah  musim yang berubah, yang memaksa para gembala berpindah-randah  mencari padang ragut, bekalan air  dan kawasan  panas untuk menggelakkan  musim sejuk.  Sebab yang kedua  ialah kekurangan kerja  tetap.  Afghan terpaksa  berhijrah  untuk mengelakkan kematian kerana ketiadaan pekerjaan.

Pendapatan harian   Afghan  bergantung kepada  pekerjaan  mereka  di negara orang. Apabila  celik sahaja  matanya, seseorang  Afghan  perlu  memikirkan empat bebanan. Pertama, apakah masalah yang akan dihadapi oleh ternakan yang banyak bergantung kepada keadaan cuaca. Kedua, tugas untuk  mempertahankan martabat kaumnya,  dan pada kebiasaannya, kerana mahukan pekerjaan  dia  masuk berkhidmat  dalam pasukan ketenteraan. Menyara  hidup  ahli keluarga  ialah  satu lagi sebab  kenapa berlaku penghijrahan   dan kalau itupun tidak  berjaya, dia pun  terlibat dengan perniagaan dadah.

Peluang   pekerjaan  dalam pilihan terakhir ini  adalah  amat terhad  kerana sebuah negara  yang  mempunyai penduduk seramai 20 juta  tidak boleh diukur  dengan sejumlah $500 juta  dollar  yang  diperolehi daripada  industri penanaman  ‘poppy’ untuk menghasilkan candu.  Kerana itu,  sebarang  usaha  memburukkan  orang Afghanistan sebagai penyeludup  dadah  adalah satu  tuduhan yang tidak tepat  kerana  yang  berbuat demikian, ternyata  segolongan  manusia  antara  mereka, sahaja.

Budaya  Afghan Yang  Mangli  Terhadap  Ketemadunan

P, Amanullah Khan yang   memerintah Afghanistan daripada  1919-1928, adalah insan sezaman dengan Reza Shah  dan  Kemal Ataturk.  Secara peribadi, dia memang  cenderung kepada ketamadunan. Pada 1924,  Amanullah  telah  melancung ke  Eropah, dan pulang membawa sebuah Rolls Royce dan  cuba  merangka  satu  program reformasi, yang  mengambil kira menukar cara  berpakaian. Dia  memberitahu isterinya  untuk  tidak memakai penutup muka (burqa/burgha) dan memerintahkan  kaum lelakik Afghan  untuk  mengenepikan pakaian Afghan tradisi  dan bertukar dengan pakaian ‘suit’ barat.  Dia  juga   menyanggah budaya Afghanistan, dan menegah  kaum lelaki  mengamalkan  poligami.  Kumpulan tradisionalis dengan pantas mula menentang  rencana  Amanullah. Tidak seorang  pun  kaum agrarian ini bersetuju dengan  reformasi itu  dan  mereka telah bertindak  untuk merusuh menentangnya.

Jelas, usaha  membawa arus  kemodenan  tanpa asas  sosio–ekonomi, menjadi satu penekanan yang bercorak tidak homogen terhadap   budaya dan adat resam masyarakat Afghan yang terlalu  kuat bergantung  kepada   perladangan secara kecilan. Mereka  ketiadaan sebarang industri  lain,  pertanian  atau  cara asas  untuk  menggunakan sumber, apa lagi larangan  tidak boleh dipraktikkan  perkahwinan    antara  pelbagai  kaum. Pengenalan modenisasi   yang  rasmi dan  remeh-temeh  ini hanya  merupakan satu kejutan untuk menyuntik kebangkitan  budaya  Afghan yang  tulen itu  sendiri,  menyebabkan penduduk Afghanistan  menjadi mangli  kepada usaha reformasi budaya itu  pada zaman berdekad yang  menyusul. Kesannya,  sebarang  konsep  permodenan  tidak dapat  menembus sikap kalis-budaya  walaupun dalam bentuk yang  lebih  rasional, selepas  itu.

Sehingga  hari ini, sebarang  idea    terhadap reformasi  yang  mengambil kira penggembelingan   sumber (asli)  dan   usaha  menukarkan bahan mentah   yang lebih murah sebagai  pertukaran kepada  barangan yang sedia ada, tidak juga dapat diterima. Masyarakat Afghan yang paling maju pun  masih  berpendapat  bahawa  masyarkat Afghan itu pada  keseluruhannya belum lagi bersedia  dengan konsep pemilihan sesuatu dengan pilihan terbuka.  Apabila kaum yang   lebih  maju terlibat dengan peperangan saudara, beranggapan bahawa belum sampai masanya untuk kaum wanita  dibenarkan hak mengundi, adalah jelas betapa puak yang paling konservatif itu  akan  menyekat  persekolahan   dan kegiatan sosial di kalangan  mereka.  Sekaligus  adalah menjadi  satu adat sekali lagi untuk 10 juta  wanita   Afghanistan  berpakaian ‘Burqa’  yang  menyungkup kepala  dan keseluruhan badan  mereka. ,p.

Inilah dia  masyarakat Afghan, yang telah ditinggalkan  oleh Amanullah, 70 tahun yang lalu selepas mencuba meniupkan hembusan reformasi  yang cuba  menegakkan sistem monogami di kalangan  lelaki  Afghanistan,  yang pada  dulu lagi  menganggap kekeluargaannya adalah  kewujudan satu  harem.  Pada 2001, poligami masih  diterima  sebagai amalan hidup oleh  kaum wanita  yang   menghuni  kem pelarian  di sepanjang  sempadan Irann/Afghanistan.  Aku pernah   menghadiri  dua  majlis perkahwinan  kaum  Pashtoon dan Hazareh  dan mendengar ucapan tahniah  yang mendoakan  mempelai lelaki  diberi rezki berkahwin lebih banyak  lagi. Pada mulanya  aku  fikir itu adalah jenaka semata-mata. Tetapi ada  satu ketika  yang aku dengar  keluarga   mempelai wanita  berkata: “Kalau si lelaki mampu, dia boleh berkahwin sampai  empat  isteri  dan ini adalah satu perkara yang baik sekali kerana ini  diizinkan oleh agama dan dapat menghindarkan kebuluran.”

Ketika aku pergi ke  Khemah Saveh mendapatkan rakaman  muzik untuk filem “Kandahar”,  aku telah menyaksikan  seorang anak perempuan  berusia  dua tahun dikahwinkan kepada seorang budak lelaki berusia  tujuh tahun. Aku tidak mengerti  perkara  ini sebelum itu. Begitu juga  pengantin budak lelaki dan budak perempuan yang masih  menghisap punting mereka. Tetntulah  majlis  perkahwinan itu  bukannya pilihan mereka.  Apabila diambil kira tradisi  masyarakat ini, sikap Amanullah  memperkenalkan  reformasi ketemadunan memang nampak  terlalu  meniru-niru  amalan  negara  orang.

Memanglah,  ada  segelintir  manusia yang  masih percaya, seandainya seorang wanita menukarkan pakaian burganya  dan  mengenakan penyungkup  yang menampakkan  muka, dia akan dilaknati Allah dan bertukar menjadi batu  hitam. Mungkin juga, seseorang wanita itu terpaksa  dinafikan memakai  burgha  itu  agar dia  dapat  merasakan betapa sumpahan itu adalah palsu  dan membolehkan beliau membuat  pemilihannya  sendiri.

Sememangnya  terdapat   pandangan  betapa wujudnya satu  kecenderungan yang berat sebelah dalam  konsep ketemadunan Amanullah dulu. Dalam sebuah maasyarakat  tradisional, sesuatu budaya  yang  mirip   kepalsuan itu  adalah satu  bentuk menyungkupi  tahap kasta danpengkelasan. Dalam masyarakat Iran,  keluarga  yang berfahaman tradisi menghiasi ruang dalaman rumah mereka  laksana  perhiasan yang didapati  dalam sebuah mahligai, sedangkan  di bahagian luar  rumah itu  sengaja dibiarkan  kelihatan selekeh sahaja kerana mereka takutkan  gangguan  masyarakat  yang  miskin. Dengan lain perkataan  bibit benih  aristokrasi  memerlukan  satu kulit menebal  yang  kelihatan  haprak sahaja.

Bantahan terhadap modenisasi  bukannya  ditunjukkan oleh  pertubuhan tradisi sahaja. Ada kalanya,  ia merupakan satu reaksi  golongan miskin  terhadap golongan yang kaya raya. Di zaman Amanullah dulu,  memilikki  kuda  dianggap  satu kehormatan, apabila dilihatkan mereka yang masih  memilikki baghal (kacokan kuda  dengan kaldai)  Jikalau kuda itu menjadi lambang  kemuliaan  dan aristokrasi ketika itu, keupayaan Amanullah memiliki sebuah Rolls Royce adalah diangap sebagai satu penghinaan oleh rakyatnya. Perbalahan antara  tradisi lama dengan  suntikan pemikIran moden adalah sama getarannya dengan perbalahan  antara  Rolls Royce dan  seekor  baghal.  Inilah dia  satu peperangan antara kemiskinan  dan kekayaan.

Di Afghanistan  kini, lambang  kemodenan  yang  diterima-pakai oleh semua penduduk negara itu  ialah  senjata  perang. Perang saudara  yang masih  berlanjutan telah mencetuskan  sumber pekerjaan  selain menjadi satu bentuk kegiatan  politik dan ketenteraan  yang  mecetuskan pula  satu  pasaran  senjata  moden. Orang Afghan tidak lagi pintar  bertarung  dengan  pisau dan parang panjang walaupun  masanya senjata itu ketinggalan zaman belum pun terjadi  begitu lama. Penggunaan  senjata perang itu adalah satu  perkara  yang  serius.  Peluru berpandu jenis ‘Stinger Missiles’  yang dikendong oleh   mereka yang  berjanggut panjang  ataupun  pakaian burgha yang menjela labuhnya, adalah  simbol tamadun  yang  menyerlah  yang sama taraf dengan  penyerapan budaya moden  itu.

Peluang  memilikki  senjata  perang  dianggap sebagai  satu  peningkatan ekonomi yang memberikan pekerjaan kepada  Mujahid Afghan. Seandainya  semua  senjata  yang ada di Afghanistan  itu  dikumpul  untuk dimusnahkan, lenyaplah suasana berperang secara bersar-besaran dan  oleh kerana  keadaan ekonomi negara yang  daif, semua mujahid  yang ada  akan bertukar  peranan  menjadi  pelarian  di negara lain. Soal amalan hidup caara lama dan kemodenannya, peperangan dan kedamaian,  sikap berpuak-puak  dan nasionalisme di Afghanistan  mestilah dianalisa  dengan  mengambil kira  keadaan  ekonomi dan krisis pengangguran. Inilah yang mesti difahami dengan baik  betpa  tidak ada  satu  jalan penyelesaian  yang  sepontan dan mudah  untuk menyelesaikan krisis  ekonomi  di Afghanistan.

Satu penyelesaian   jangka panjang  amat  bergantung  kepada keajaiban ekonomi dan bukanya kepada  serangan ketenteraan  yang menyeluruh  daripada  utara hingga ke selatan ataupun sebaliknya. Apakah keajaiban itu tidak pernah berlaku? Apakah pengunduran Soviet dulu  bakannya satu keajaiban?  Apakah  kedaulatan pentadbIran Mujahidin dulu bukan satu keajaiban?  Bukankah kemunculan  pihak Taliban secara mendadak dulu  tidak dianggap sebagai satu bentuk keajaiban?  Jika demikian, kenapakah berlarutannya  segala masalahitu?  Konsep modenisasi  yang  kita bincangkan ini   dihantui  oleh  dua masalah yang amat asas.  Pertama, ia  ada kaitannya  dengan  hal ehwal ekonomi negara itu. Kedua, kemanglian masyarakat  Afghan   yang taat kepada  budaya  tradisinya  terhadap kemodenan  yang  setengah  masak  itu.

Bersambung:

Catatan Penterjemah:  Apa bezanya  dengan  kemanglian  orang Melayu dengan pembangunan yang disogokkan  kepada benaknya? Bagaimanakah  orang  Melayu  boleh memahami tamadun sains dan teknologi  sedangkan  kayu pengukur  kemajuan  bangsa mereka dikatakan sudah tertegak  di KLCC  dan di Putrajaya sebagai  lambang  mendahului  budaya moden itu? Sedangkan  untuk hidup dengan hidangan makan yang selesa  setiap hari sudah menjadi punca masalah hidup sendiri?  Bagaimana pula dengan masalah ‘suffrage’    apabila berpolitik, mereka terpaksa  menerima peraturan bahawa jawatan presiden dan timbalannya tidak  perlu dipertandingkan?  Apakah benar suku-sakat Amanullah Khan  yang  memerintah Malaysia sekarang  ini?

Hits: