Kenapa UMNO Terus-Terusan Menyerang KeADILan ........

UMNO terus-terusan menyerang KeADILan kerana mereka tahu UMNO sekarang ini ketandusan keahlian. Ahli baru tidak bertambah, ahli lama semakin menyisihkan diri untuk bersama BA. Sebab itulah mereka war-warkan betapa KeADILan dah hancur lebur, dah tak ada ahli. Begitu juga PAS, dah tak ada ahli lagi dah. Terus buat kesimpulan, join UMNO untuk perjuangkan hak ..... hak siapa ? hak pemimpin rasuah yang hutang berlonggok, kalau jatuh, maka hutang itulah yang akan menggigit mereka. Oleh itu, kuasa perlu dipertahankan untuk pastikan hutang boleh dibayar melalui pemberian projek sesama sendiri selagi berkuasa. Itu sahaja hakikat yang sebenarnya.

Oleh itu, teman-teman sekelian. Usah gusar dengan penipuan UMNO itu. Mereka sekadar ingin menyedapkan hati sendiri yang sedang duka nestapa akibat perbuatan pemimpin mereka yang khianat lagi jahat dengan dibantu oleh pasukan polis dan kehakiman. Biarkan mereka terus leka dengan mimpi ciptaan sendiri. Rakyat harus pertahankan semangat juang untuk menolak UMNO dalam pilihan raya akan datang. Jika tidak, tidak mustahil pemimpin UMNO akan menjadikan beberapa negeri tertentu sebagai cagaran untuk ditukar sebagai ganti untuk terus berkuasa. Jika beberapa negeri yang dikuasai UMNO atas ehsan undi bukan Melayu, akan terlepas dari tangan UMNO. Bukan kepada PAS, bukan kepada KeADILan, tetapi kepada parti komponen di dalam BN. Bagi mereka, bukan soal kesejahteraan rakyat jika memerintah, tetapi tembolok sendiri yang perlu diisi, kemudian barulah difikirkan hal rakyat, itupun sekali dalam 5 tahun ! Lihatlah apa yang terjadi di Terengganu, wang ehsan entah ke mana, pemimpin UMNO yang tukang bahagi wang entah ke mana sekarang ini. Seluruh rakyat Terengganu tahu akan perkara ini. Mereka tidak lagi boleh berselindung dengan isu-isu ciptaan sendiri.

Pemerhati.
Hits: