Jihad Kerja Bodoh?

Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein,  menganggap seruan untuk berjihad di Afghanistan sebagai kerja bodoh !

Di dalam satu kenyataan di Butterworth pada 21 Oktober lepas, Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein menganggap umat Islam yang pergi ke  Afghanistan yang sedang diserang oleh Amerika Syarikat dan Britain untuk berjihad sebagai satu kerja bodoh ( stupid ).

Beliau berkata ketika mengulas kenyataan Presiden PAS, Dato’ Fadzil Noor, supaya umat Islam berjihad menentang pencerobohan oleh negara-negara Barat itu.

Sejak serangan dilancarkan, setiap hari umat Islam termasuk kanak-kanak telah mati dibom oleh tentera-tentera Amerika dan Britain.

Dato’ Hishamuddin telah mempertikaikan bagaimana hendak melawan Amerika dan Britain kerana persiapan umat Islam belum lagi lengkap.

Mungkin beliau lupa ketika rakyat Afghanistan bangkit menentang penjajahan Soviet, mereka hanya mempunyai senjata-senjata kuno seperti pedang dan kapak.

Mungkin juga Dato’ Hishamuddin tidak mempelajari sejarah Islam kerana beliau khabarnya bersekolah menengah di England.

Untuk pengetahuan Dato’ Hishamuddin, di dalam Perang Badr, tentera Islam pimpinan Rasulullah SAW juga tidak mempunyai senjata yang lengkap. Mereka hanya memiliki senjata-senjata seperti pedang-pedang patah dan pelepah-pelepas tamar untuk menghadapi tentera Musyrikin yang lengkap dengan pasukan berkuda.

Oleh kerana perjuangan rakyat Afghanistan dan tentera Rasulullah SAW di Badr adalah tidak lengkap maka adakah Dato’ Hishamuddin juga menganggap mereka melakukan kerja-kerja bodoh juga?

Kalaulah umat Islam benar-benar menurut nasihat Dato’ Hishamuddin sudah tentulah banyak negara-negara Islam yang masih dijajah. Dan sudah tentulah umat Islam boleh dibunuh dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang tentangan.

Pemantau
Ampang Jaya

Hits: