Madrasah Pakistan  Menghasilkan  Pejuang  Mujahid  Wanita

WASHINGTON:  Lebih 100  madrasah  di Pakistan  terlibat  dengan melatih  kaum wanita daripada umur mereka  lima tahun   kepada  yang  berusia 65 tahun  dan menyediakan  mereka   mencapai tahap ‘shuhada’  dengan berperang di Kashmir  dan  di mana  juga.

Teknik pendidikan khas  yang menggunakan ajaran Al Qur'an  selama ini  mampu mengeluarkan ratus ribuan pejuang  Mujahidin  kini digunakan untuk  melatih  kaum wanita bersedia untuk berjuang.  Demikian laporan sebuah majalah New  York  melaporkan.

Ramai kaum ibu yang menamakan anak  kelahiran mereka dengan nama “Osama”

“Saya namakan anak lelaki saya Osama  kerana  saya mahukan dia  menjadi seorang Mujahid. Kami tidak gentar. Saya bersedia  meminta izin suami saya   untuk pergi ke Kashmir  untuk dilatih dan  berjuang  di  sana,” katanya.

Ibu muda  itu berkata: “ Saya  bersedia  menjadi  dilengkap dengan bom di badan. Saya rela berkorban, kalau  ada  20 hingga 30 bukan Islam saya akan  menjadi seorang syuhada dengan  pengorbanan itu. Seandainya Amerika menyerang  kami akan cekik mereka sebelum membunuh.”

Majalah itu melaporkan, memang tidak ada masalah  untuk mendapatkan dana menubuhkan institusi  seperti  itu, di mana  semua  pelajar  diajar  untuk  membenci ‘kafirun’  yang menjajah  tanah orang  Islam.

Misi Pertama    AS   Yang Kecundang

MOSCOW:  Misi pertama tentera  darat AS memasuki Afghanistan yang  dikuasai oleh Taliban  pada Sabtu dulu  telah  kecundang, demikian laporan  sebuah  agensi berita Russia  membuat laporannya  pada Ahad lalu.

Interfax yang menyebut   sumber tentera  di Tajikistan  berkata   pasukan tentera khas AS   tidak mencapai sebarang  hasil kejayaan. Malahan ia tidak juga dapat mempengaruhi sebarang keadaan ketenteraan  di Afghanistan.

Lebih 100  anggota  pasukan khas itu  mendarat  dengan  helikopter di Kandahar, tidak jauh daripada  Bukit Babashah. Mereka  mendapati  kawasan itu dikawal  dengan ketat oleh Taliban dan  membuatkan mereka  terpaksa  cabut lari tanpa  mencapai sebarang kejayaan memusnahkan landasan rahsia Taliban itu, kata  Interfax.

Laporan itu mengatakan pasukan khas  AS itu  telah  diangkut  daripada pengkalan  di Pakistan  daripada   Pasni dan Jacobabad.

Hits: