SIAPAKAH THOLIBAN?

Penulis                   :  Fadhal Mohammad Bin Nur Muhammad Yusuf Zaei  
Penterjemah           :  Abu Barzah Al-Jitrawy
 

Ditulis semula untuk Edisi Internet oleh Enot Sabah

{Edisi Internet bagi memudahkan cetakan dan edaran semula dan sesuai sebagai buah tangan untuk keluarga di kampung atau sahabat di Pejabat.  Yang ASLI dan berkualiti ada di pasaran}


SIRI 1

Kata Aluan Penulis Buku

Beberapa tahun kebelakangan ini, pergerakan Islam Tholiban telah timbul atau muncul di bumi Afghanistan.  Di waktu iti masyarakat sedunia tidak mengambil berat tentangnya tetapi apabila pergerakan ini telah membentuk satu pemerintahan maka secara terpaksa mereka mula memperkatakan tentangnya, namun kezaliman yang dilakukan oleh negara dunia terhadap pergerakan lain di dunia ini, rasanya tidak seteruk yang diterima oleh Tholiban.

Sebab media massa dunia dan badan-badan yang berpengaruh sentiasa memandang Tholiban dengan pandangan yang mencurigakan sejak dahulu hingga sekarang.  Syak wasangka dan keraguan ini bukanlah dari pemikiran yang meleset tetapi ia wujud dari hasad dengki, irihati dan usaha untuk menanam benih permusuhan.  Oleh itu, semua telah bersepakat menentangnya,berfikir untuk menghapuskan Tholiban dan telah mula meletakkan berbagai keraguan dan syak wasangka terhadapnya di hati masyarakat Islam dan kafir.

Ini disebabkan masyarakat dunia tidak melihat apa yang berlaku di dalam negara (Afghanistan).  Oleh itu, media massa dan sumber maklumat dunia telah menyatakan gambaran negatif.  Walaupun gambaran yang diberikan adalah salah, namun sumber maklumat tidak juga memberi bantuan kepada negara ini malah terus mengukuhkan lagi beritanya.

Lebih kurang dua tahun lepas, saya telah menjawab beberapa soalan untuk menjauh dan menghilangkan syak wasangka dan keraguan orang ramai terhadap apa yang masyhur disiarkan oleh media massa dan ia sentiasa bermain di benak fikiran manusia.  Oleh kerana itu, sebahagian besar bumi Afghanistan di luar kawalan Tholiban, jadi jawapan dalam buku tersebut adalah terhad.

Walaupun asas persoalan telahpun saya berikan jawapannya dan disiarkan dalam akhbar "Dharbu Mukmin" setiap minggu secara bersiri.  Setela itu beberapa orang rakan telah membukukannya di Karachi, Pakistan dalam bahasa Urdu, kemudian ada lagi bebrapa orang mahu buku kecil ini diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia supaya setiap individu yang berbahasa Malaysia mendapat faedah darinya.  Saya telah berkata kepadanya:  "Ini adalah satu usaha yang baik".

Oleh itu, penterjemah telah menyediakan dan menyebarkannya kepada pembaca semua.  Semoga Allah membalas jasanya.  Harapan saya semoga dengan membacanya, pembaca juga bersimpati dan bersemangat serta orang-orang yang menimbulkan persoalan ini mendapat jawapan sebagai penyelesaiannya.

semoga Allah Ta'ala mengurniakan kepada saya, pembaca dan penterjemah taufiq, mengambil faedah (pengajaran) dari usaha ini dan memlihara khalifah Islam Afghanistan supaya seluruh dunia Islam dianugerahi cahaya keberkatan pergerakan ini.  Amin, ya Rabbal a'lameen.

Fadhal Mohammad Bin Nur Muhammad Yusuf Zaei  
Ustaz Hadis,
Jamaiatul Uloom Islamiah,
Allama Mohammad Yusuf Binnori Town,
Karachi, Pakistan.

Bersambung ke.....Biodata Penulis Buku