SIAPAKAH THOLIBAN?

Penulis                   :  Fadhal Mohammad Bin Nur Muhammad Yusuf Zaei  
Penterjemah           :  Abu Barzah Al-Jitrawy
 

Ditulis semula untuk Edisi Internet oleh Enot Sabah

{Edisi Internet bagi memudahkan cetakan dan edaran semula dan sesuai sebagai buah tangan untuk keluarga di kampung atau sahabat di Pejabat.  Yang ASLI dan berkualiti ada di pasaran}


SIRI 3

Mukaddimah

Afghanistan dari segi geografinya terletak di selatan benua Asia adalah merupakan salah sebuah negara yang amat penting.  Sebabnya ialah melalui negara inilah satu litaran perhubungan dapat dijalankan sama ada ke arah Pakistan, India, China an Sri Lanka di sebelah barat atau ke arah negara-negara Teluk dan negara-negara kepulauan  Arab di sebelah timur.

Di waktu Soviet memulakan dasar penjajahannya dahulu maka banyaklah negara-negara kecil telah menjadi mangsa penaklukannya.  Seiringan dengan itu Soviet telah mengambil kesempatan menyebarkan dasar pegangan mereka (komunis) kepada negara-negara yang telah ditawannya dengan kezaliman, kekejaman dan pertumpahan darah.  Negara-negara tersebut terpaksa tunduk dan berjalan di bawah telunjuk pemerintahan mereka.

Beginilah corak penguasaan blok komunis, mereka telah menyerapkan pemikiran komunis kepada ratusan ribu manusia secara paksaan dan telah menyerang dan menjajah beberapa buah negara secara kekejaman.  India pula adalah negara sekutu Soviet, ini telah membuatkan Pakistan dan Cina sentiasa dalam kebimbangan, mungkin akan berlaku peperangan secara tiba-tiba, lebih-lebih lagi selepas dasar perluasan kuasa dibuat oleh Soviet.  Di samping itu juga Soviet telah menjadikan kerajaan Afghanistan berada di bawah tunjuk ajarnya dan sebagai negara sekutunya.

Ini lebih mencemaskan lagi kerajaan Pakistan.  Keadaan yang berlaku ini secara tidak langsung memberikan faedah yang banyak kepada Soviet dan India.

Sejarah telah membuktikan bahawa Afghanistan sejak dahulu lagi sentiasa bermusuhan dan bersifat dingin dengan Pakistan dan ia hangat diperkatakan di merata dunia.  Soviet pula yang tidak mempunyai perairan pantai, ini sering menghampakan rakyatnya pada setiap musim panas.  Mereka sentiasa menunggu bilakah dapat keluar daripada kawasan yang sejuk lagi membekukan dan sampai pada kawasan yang bermusim panas dan kemudiannya itu menjadi satu-satunya negara yang berkuasa di dunia ini (super power).

Untuk maksud itu, Pakistan perlu dijajah.  Ini disebabkan sebuah kawasan di Pakistan bernama Guadar amat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyusunan dan pergerakan tentera bagi menyempurnakan propaganda meluaskan penaklukan mereka.  Manakala Karachi pula yang mempunyai perairan pantai sesuai untuk dijadikan kawasan pelancungan dan peranginan.

Atas perkara itu, pada peringkat permulaannya ialah dengan mewujudkan sekolah-sekolah dan kolej-kolej di Afghanistan yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Soviet bagi menyebarkan ideologi komunis, selepas itu satu gerakan bawah tanah telah ditubuhkan bagi tindakan-tindakan seterusnya.

Dalam satu rapat umum seorang ejen dari pergerakan bawah rahsia tersebut telah diarahkan untuk membunuh seorang yang bernama Akhbar Khaibar.  Pada masa itu raja Afghanistan yang bernama Daud Shah.  Beliau telah dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu.  Dan ini telah membuatkan tentera berpaling tadah dan memberontak ke atas kerajaan sehingga raja tersebut telah digulingkan. 

Selepas itu, agensi pergerakan tersebut telah melantik Nur Mohd. Taraki sebagai raja.  Banyak program-program yang telah mereka laksanakan dengan sempurnanya melalui beliau. 

Kemudian dia juga telah digulingkan serta dibunuh dan Babrak Karmal telah dilantik menjadi raja.  Dalam masa pemerintahannya tentera Soviet telah dibawa masuk ke Afghanistan secara keseluruhannya.  Bermula dari saat itulah kezaliman dan penindasan  mula berleluasa sehinggakan ianya amat pilu untuk dituliskan di sini.

Masjid dan madrasah telah diruntuhkan.  Ulama, pelajar agama dan orang-orang yang soleh dipenjara atau dibunuh dan ada yang telah ditanam hidup-hidup.  Tempat pertapaan dan pusat tarbiah akhlak dimusnahkan oleh kereta kebal, kereta perisai dan bulldozer.  Agama Islam dari beberapa sudut dicaci dan dipersendaguraukan. Al-Qur'an tidak dihormati lagi bahkan ada yang dibakar.  Wanita dan kanak-kanak diculik dan diperlakukan dengan sesuka hati tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan.

Di sempadan Pakistan pula tentera Soviet sedang mengumpul maklumat dari orang ramai bagi mendapat laluan untuk sampai ke Guadar dan Karachi.  Hal ini telah menggembirakan rakyat Pakistan yang beredialogi komunis atas pelah kemasukan tentera revolusi Beruang Merah ke Pakistan.  Rancangan ini sudah diatur dengan sempurna sehinggakan ada seorang dari mereka telah berkata kepada saya:  “Sekarang ini tentera kami berada di sempadan Pakistan selepas beberapa hari lagi tentera kami kan menjejaki bumi Karachi”.

Natijahnya (hasilnya), ramai rakyat Islam Afghanistan terpaksa melarikan diri ke negara lain dan bermukim di sana.  Namun tiada seorang pun yang menyangka dan terfikir bahawa revolusi Beruang Merah ini akan menerima satu kegagalan dan tentera mereka terpaksa berpatah balik ke negara mereka sekalipun mereka telah dapat menduduki suatu posisi yang baik untuk memulakan pergerakan dengan menyerang bandar Bannu (suatu daerah di Pakistan) dari Khost dan Zawar (Afghanistan) yang berdekatan dengan Miran Shah (Pakistan).

Bersambung ke.....Fatwa Jihad

Hits: