SIAPAKAH THOLIBAN?

Penulis                   :  Fadhal Mohammad Bin Nur Muhammad Yusuf Zaei  
Penterjemah           :  Abu Barzah Al-Jitrawy  

Ditulis semula untuk Edisi Internet oleh Enot Sabah

Edisi Internetbagi memudahkan cetakan dan edaran semula dan sesuai sebagai buah tangan untuk keluarga di kampung atau sahabat di Pejabat.  Yang ASLI dan berkualiti ada di pasaran}


SIRI 4

Fatwa Jihad

Matlamat atau hala tuju sistem kekufuran dan kezaliman apabila telah mencapai ke paras kemuncaknya maka Allah swt akan membuat keputusan untuk menghapuskannya dan meniadakannya.  Bagi menentang negara Super Power ini beberapa manusia yang lemah dipilih dan dibangunkan rakyat Islam Afghanistan khasnya ulama dan pelajar madrasah.  Mereka telah turun ke medan jihad walau pun tidak mempunyai kelengkapan yang cukup.  Mereka hanya memiliki beberapa senjata biasa sahaja seperti pistol yang sudah agak lama, senapang berpeluru dua belas, gergaji dan sebagainya.

Fatwa jihad di Afghanistan julung kalinya telah dikeluarkan oleh Sheikhul Hadith Pakistan, Maulana Abdul Haq (rahmatullah alaihim) dan hadarat Mufti Mamud (r.a.).  Natijahnya, lama dan pelajar madrasah agama dan orang-orang yang soleh dari berbagai tempat telah bangun memerangi tentera Soviet walau pun berbekalkan senjata yang ala kadar sahaja.

Pada masa itu juga Babrak Karmal telah mengarahkan tenteranya menghalang pergerakan itu.  Namun sejauh mana kekuatan yang ada padanya maka setakat itu sahaja yang dapat dilaksanakannya.  Beliau tidak terdaya untuk menghalang kekuatan pergerakan jihad itu.  Memandangkan keadaan yang membimbangkan ini Soviet telah meminta bantuan tentera daripada sekutu-sekutunya.  Maka ramailah tentera-tentera yang mahir dalam peperangan dan tentera-tentera gerila tiba di Afghanistan.  Akhirnya Afghanistan telah menjadi tanah perkuburan bagi mereka.

Allah swt sentiasa memberikan pertolongan dan kemenangan kepada mujahidin.  Negara-negara luar pula sentiasa memberikan bantuan kepada pergerakan ini di samping itu umat Islam yang ikhlas dan mempunyai semangat perjuangan serta iman yang kukuh dari negara-negara luar telah sampai ke sana mengorbankan harta dan nyawa mereka.  Kebanyakan mereka datang dari negara-negara Arab seperti Mesir, Syria, Kuwait, Palestine, Sudan, Saudi dan negara Arab yang lain.  Mujahidin yang lainnya datang dari negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, Malaysia, Indonesia dan dari beberapa buah negara yang lain lagi (secara individu atau berkumpulan).

Pertempuran demi pertempuran berlaku dengan hebatnya.  Banyaklah benteng-benteng pertahanan musuh yang penting telah musnah.  Beberapa bah menara kawalan hancur menyembah ke bumi sehinggakan beberapa orang pegawai tertinggi mereka tewas dan terbunuh.  Di antaranya ialah Berzanif yang telah mati terbunuh bersama-sama orang Jerman.  Selepas itu datang pula penggantinya bernama Andrapof dan dia juga menerima nasib yang sama.  Apabila pegawai tertinggi mereka yang bernama Charlanko tiba dan kemudiannya terbunuh maka Presiden Soviet, Michael Gorbachev telah datang sendiri ke Afghanistan untuk melihat situasi di sana.  Keadaan yang berlaku telah memaksanya mengundurkan tenteranya dari Afghanistan.

Di masa yang sama juga keadaan ekonomi Soviet ang meleset dan tidak kukuh itu telah merumitkan mereka untuk meneruskan lagi kesatuan negara-negara Baltik di bawah nama Soviet Union di bumi Allah swt ini.  Inilah natijahnya apabila amalan jihad dimulakan sehinggakan satu blok kuasa besar boleh berakhir dan terhapus dengannya.

Walau pun demikian bagi meneruskan kerajaan bonekanya di Afghanistan, Gorbachev telah melantik Dr. Najibullah sebagai Presiden menggantikan Babrak Karmal. 

Ajib telah memerintah negaranya atas nasihat dan tunjuk ajar daripada tentera Russia dan ini telah membuatkan kezaliman terus menghantui rakyat Afghanistan.  Namun beliau tahu yang beliau tidak akan kekal di atas singgahsananya dengan mudah apabila berhadapan dengan mujahidin nanti.  Pada bila-bila masa sahaja mujahidin dapat masuk menyerbu dan menawan ibu negara, Kabul.

Ketika empayar Soviet Union berakhir dan keadaan negara berada dalam situasi yang kucar-kacir,  Amerika pula mula memainkan peranannya dengan menghadkan an membataskan kemudahan-kemudahan yang diperolehi oleh mujahidin sehinggakan mujahidin di mana sahaja mula merasakan keresahan dan kesusahan.

Berdasarkan polisi dan kehendak Amerika, beberapa buah negara Islam telah mengubah pendirian dan memberhentikan penghantaran bantuan kepada mujahidin dan mujahidin mula digelar pembelot, pemberontak dan penjenayah (pengganas Enot) dan bukan lagi di atas nama orang slam.

Walau pun kesulitan dan kesusahan terus diterima dan banyak negara telah menyokong dan membantu kerajaan Najibullah namun mujahidin terus bergerak mara ke hadapan, akhirnya pihak kerajaan sendiri tidak dapat lagi menahan kubu ibu negaranya Kabul dari kemaraan mujahidin.

Bersambung ke.....Kesilapan Pertama Mujahidin

Hits: