SIAPAKAH THOLIBAN?

Penulis                   :  Fadhal Mohammad Bin Nur Muhammad Yusuf Zaei  
Penterjemah           :  Abu Barzah Al-Jitrawy  

Ditulis semula untuk Edisi Internet oleh Enot Sabah

{Edisi Internet bagi memudahkan cetakan dan edaran semula dan sesuai sebagai buah tangan untuk keluarga di kampung atau sahabat di Pejabat.  Yang ASLI dan berkualiti ada di pasaran}


SIRI 5

Kesilapan Pertama Mujahidin

Apabila pihak komunis melihat bahawa mereka tidak akan mencapai kemenangan dengan kekuatan dan peperangan maka mereka telah merencanakan satu pakatan sulit.  Mereka telah menzahirkan perdamaian dan taat setia kepada mujahidin dan menjemput mujahidin masuk ke Kabul.

Sebelum itu, Mazar Syarif dan Jalalabad telah pun diserahkan kembali kepada mujahidin, selepas itu secara berperingkat tanah Afghanistan telah diserahkan kembali kepada mujahidin sehinggalah kemasukan mereka ke kota Kabul, namun ianya bukanlah dianggap satu kemenangan yang patut dibanggakan dan satu sejarah yang gemilang dalam perjuangan mujahidin menentang komunis  Russia.

Sebabnya, penyerahan bandar Kabul telah dikotori dan dinodai dengan satu muslihat yang mana ianya bertentangan dengan maksud perjuangan jihad yang sebenarnya.

Pada hari mujahidin memasuki bandar Kabul secara beramai-ramai, mereka hanya dapat menawan kawasan penempatan dan kawasan yang kurang penting dalam pentadbiran.  Kawasan utama dalam pentadbiran, gedung senjata, kubu pertahanan dan lapangan terbang tentera masih lagi di bawah kuasa puak komunis.

Melalui muslihat ini, kepimpinan komunis mendapat dua faedah atau keuntungan.

Pertama, mereka mendapat keamanan dan masih memegang beberapa bahagian penting dalam tampuk pentadbiran kerajaan.  Jeneral Rashid Dustom (orang komunis) pula telah memperolehi bandar Mazar Syarif dan enam buah negeri lain di utara Afghanistan.

Kedua, secara keseluruhannya Kabul masih lagi di bawah jajahan boneka mereka an kemasukan mujahidin tanpa sebarang pertumpahan darah adalah ehsan dan belas kasihan mereka semata-mata.

Negara-negara dunia pula sama ada negara orang Islam atau kafir telah merayu dan menyarankan supaya mujahidin bertindak baik dan berbelas kasihan bila memasuki kota Kabul nanti seperti mana Rasulullah saw dan sahabat baginda memasuki kota Mekah dahulu.

Bersambung ke.....Kesilapan Kedua Mujahidin

Hits: