SIAPAKAH THOLIBAN?

Penulis                   :  Fadhal Mohammad Bin Nur Muhammad Yusuf Zaei
Penterjemah           :  Abu Barzah Al-Jitrawy
 

Ditulis semula untuk Edisi Internet oleh Enot Sabah

{Edisi Internet bagi memudahkan cetakan dan edaran semula dan sesuai sebagai buah tangan untuk keluarga di kampung atau sahabat di Pejabat.  Yang ASLI dan berkualiti ada di pasaran}


SIRI2

Biodata Penulis Buku

Maulana Fadhal Mohammad Bin Nur Muhammad Yusuf Zaei, dilahirkan pada tahun 1948 di kawasan Alalie Rashing dalam daerah Batgram di negeri N.W.F.P. (Serhad) Pakistan.  Mula belajar pada tahun 1967 di Madrasah Rabbaniah, Haripur.  Kemudian telah menyambung pelajaran di Darul Uloom Karachi pada tahu 1970 selama dua tahun.  Selepas itu berpindah ke Madrasah Ashraful Uloom, Gujranwala dalam negeri Punjab selama setahun.  Dari sana beliau mengubah haluan pula ke Jamiah Haqqaniah Okara Khatak, Peshawar.

Kemudian belajar di daerah Menggora, Swat selama dua tahun sehingga sampai kelas tujuh.  Selepas itu pada tahun 1977 beliau kembali ke Karachi dan menamatkan pengajiannya di DAURAH HADITH di Jamaiatul Uloom Islamiah, Binnori Town. (Kebanyakan sistem pengajian di Pakistan adalah seperti Deoband di India, dinamakan sistem ini 'Deobandi' dan tempoh untuk tamat paling kurang selama 8 tahun).

Beliau telah mengambil masa lebih kurang 10 tahun untuk menamatkan pengajiannya dari kelas satu hingga lapan (Daurah Hadith) dan sempat berguru dengan beberapa sheikh-sheikh yang masyhur seperti  Hadrat Maulana Yusuf Binnori, Mufti Wali Hassan (Mufti Besar Pakistan terdahulu) dan Maulana Fadhlu Mohd. Swat (rahmatullah alaihim).  Begitu juga beliau telah belajar daripada pengasas Jamiah Haqqaniah, Maulana  Abdul Haq r.r., Mufti Besar Pakistan, Mufti Mahmud r.a., Mufti Mohd. Shafe' r.a., Syeikhul Hadith Maulana Zakaria r.a.

Selepas tamat belajar di Jamaiatul Uloom Islamiah, Binnori Town, beliau telah mengajar pula di Jamiah Hammadiah selama 8 tahun, kemudian beliau kembali ke Jamaiatul Uloom Islamiah, Binnori Town sebagai pengajar hinggalah ke saat ini (sudah lebih kurang 11 tahun).

Pada tahun 1988 beliau telah menyertai Mujahiddin mengambil bahagian dalam jihad Afghanistan, ketika Mujahiddin Ulama' dan Mujahiddin pelajar ugama memulakan pergerakan 'Tholiban' di Afghanistan maka pada hari itu juga beliau telah menyertai pergerakan tersebut.

Beliau telahpun berjumpa dengan ketua-ketua kepimpinan Tholiban dan sudah acapkali berjumpa dengan Amirul Mukminin Mulla Umar Mujahid serta selalu duduk bersama dengan komando-komando Tholiban.

Alhamdulillah, sehingga ke saat ini beliau masih mempunyai hubungan baik dengan pergerakan 'KHILAFAT' yang suci ini.  semoga Allah Ta'ala kekalkan kita dan mengurniakan Istiqamah kepada kita.  Amin Ya Rabbal 'Alameen.

Bersambung ke.....Muqadimah

Hits: