Afghan V Malaysia

Saya baca dalam Star dia kata lebih kurang macam ini, Malaysia Red Crescent society ( MRCS) says it will cost US44 million ( RM 167 juta ) to provide cooking appliances, clothing and blankets for Afghan family, and a total of US 22million ( RM 83.6 juta ) is needed to sustain these Afghans. Di dalam  Afghan Refugee Aid column.

Jadi lebih kurang RM250.6 juta diperlukan untuk menyambung hidup dan nyawa mereka, bukan nak kaya raya. Tapi hanya sekadar nak hidup sahaja. Sungguh kasihan mereka apabila kita lihat dalam akhbar dan TV betapa dhaifnya mereka. Dan disertai dengan serangan Amerika lagi. Yang paling menyedihkan apabila kita tengok pada kanak-kanak, orang perempuan dan orang tua. Ada yang cacat seperti buta, cacat anggota badan, tanpa makanan dan keperluan asas yang lain dan tanpa mendapat rawatan perubatan yang sempurna. Maka timbul bermacam masalah apabila berlakunya pelarian.

DI SEBALIK ITU APA YANG TELAH BERLAKU DI MALAYSIA?

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang pembayar cukai untuk membina Mahligai ( RUMAH ORANG TUA-TUA ) bernilai hampir RM200 juta di Putrajaya. Segala kelengkapan yang canggih dan perabot2 yang mahal yang diimport dari luar negeri. Di dipercantikkan lagi dengan hiasan landscape luar dan dalamnya yang sungguh mengkagumkan hampir 2 macam syurga. Ianya hanya diduduki OLEH DUA ORANG TUA BANGKA  yang dah nak MAMPUS.

Tak cukup dengan itu kerajaan Malaysia juga telah memperuntukkan sebuah JET PERIBADI bernilai hampir RM 200 juta juga untuk nak bawa kedua orang tua ini melancung dan bersantai keluar negeri. Atau ke mana sahaja destinasi dalam dunia ini.. Manakala kos pengendalian jet tersebut  juga di tanggung oleh kerajaan Malaysia. Mengikut ceritanya lebih kurang RM 5 juta setahun. Kesemua kosnya hampir RM405 juta. Sungguh hebat dan dahsyat kerajaan Malaysia boleh membelanjakan  wang pembayar cukainya hampir SETENGAH BILLION hanya sekadar nak melayan KEHENDAK DAN KERENAH dua orang tua ini.

Apakah rakyat Malaysia BUTA melihat akan perkara yang seperti ini ?. Sekiranya  separuh dari wang tersebut RM 405 juta itu diuntukkan kepada orang-orang  Afghan. Bukankah ianya dapat melegakan kesengsaraan dan keperitan hidup mereka ? Atau pun menyelesaikan masalah di atas . Berjuta umat Afghan dapat manfaatnya daripada memuaskan nafsu serahkah untuk dua orang tua yang dalam MENGHITUNG HARI-HARI TERAKHIR DI MUKA BUMI INI.

Apakah Islam membenarkan perkara yang seperti ini ? Apakah ini yang dikatakan PEMIMPIN DUNIA ISLAM ? Atau apakah ini yang dikatakan NEGARA ISLAM ? BUUULLSH****T???????? Apakah rakyat Malaysia berdiam diri dengan hanya melihat perkara yang seperti ini di depan mata sendiri? Apa perlunya kutipan dibuat daripada sekolah2, pejabat atau di masjid2 untuk Afghan Refugee Aid ini?. Sekira wang pembayar cukai tersebut diuntukkan kepada orang Afghan tersebut, Saya rasa seluruh rakyat Malaysia meredhainya. Tak kira apa bangsa pun.

Kenapa tokoh2 politik dan tokoh2 agama hanya membisu sahaja ? Yang membelanjakan wang rakyat sebanyak tu tidak dikatakan MEMBER SYAITAN. Mana dia hadis yang dikatakan PEMBAZIRAN ITU ADALAH SAUDARA SYAITAN. APAKAH KEDUA-DUA ORANG TUA  SAUDARA SYAITAN?

Apakah perbuatan yang seperti ini diredhai oleh Tuhan?

Hits: