MUSLIHAT KERAJAAN DI SEBALIK KEMPEN 'MENDERMA DARAH'

Benarkah Malaysia kekurangan bekalan darah?? Kempen derma darah yang dianjurkan oleh pihak kerajaan di bawah kementerian kesihatan Malaysia sebenarnya mempunyai maksud di sebaliknya. Kononnya kempen ini bagi menampung pesakit yang ramai yang kekurangan darah namun di sebaliknya rakyat ditipu hidup hidup.

Maklumat daripada seorang pegawai perubatan di HKL yang tidak mahu identitinya diketahui umum, mendedahkan beliau melihat dokumen yang sahih yang boleh dijadikan bahan bukti kepada dakwaan ini. Mengikut pegawai tersebut, darah-darah yang didermakan oleh orang ramai telah dijual bagi mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda terutamanya ke negara-negara kaya dan bilangan penduduknya yang ramai. Dianggarkan pihak terbabit menjual 1 pain darah bersamaan dengan RM100,000.00. Ini dapat disahkan apabila resit2 salinan yang dikirimkan membuktikan segala2nya.

Betapa malangnya rakyat ditipu oleh kerajaan semata-mata mengenyangkan tembolok mereka dengan darah rakyat. Kerajaan hari ini seharusnya ditolak oleh rakyat kerana menjadi petualang bangsa dan negara.

Pelapor

Nota webmaster: Apa nak dihairankan. Minyak juga Malaysia jual untuk mendapatkan harga kerana kualiti yang baik. Sebaliknya Malaysia import minyak yang berkualiti rendah untuk kenderaan di Malaysia. Penjualan minyak dari Malaysia adalah untuk menguntungkan Petronas yang kemudian duitnya disedut oleh tangan-tangan hitam di sebalik syarikat gergasi itu. Sebaliknya peruntukan kerajaan digunakan bagi membeli minyak bermutu rendah bagi menjahanamkan cepat kenderaan rakyat negara ini. Pemimpin Malaysia hari ini bukan nak menjaga kebajikan rakyat marhaen, sebaliknya kepentingan suku sakat mereka sahaja!!

Ingat tidak mustahil kerajaan akan mengimport darah kualiti rendah bagi menampong kekurangan tabung darah di negara ini.