Malaysia  Akan  membeli  kereta-kebal  berat tentera
(Malaysia to buy  heavy  military tanks)

 M .G.G. Pilllai

Menteri pertahanan, Najib Tun Razak,   yang diminati oleh Mahathir  untuk  menjadi penggantinya,  telah membuat satu  pengumuman  yang anih  sebaik sahaja  selesainya  expo  pertahanan LIMA, bulan  lalu.  Beliau  menyebut  hasrat Malaysia  membeli kereta kebal untuk tenteranya. Tetapi, tidak pula  disebut apa  makna sebenarnya, ataupun kenapa dan berapa harganya, ataupun apakah kereta kebal itu  bersesuaian dengan  keadaan  persekitaran kita  yang  mengandungi   hutan tebal tropika.

Jenis kereta kebal yang disebutnya itu  adalah jenis  berat yang sesuai untuk digunakan  di  kawasan  yang tidak ada  di Malaysia  ini.  Amerika Syarikat mempunyai  jenis A-1 M-1, dan Russia  mempunyai  jenis T-72.  Kedua-dua jenis ini tidak sesuai digunakan untuk  hutan tropika  di Malaysia.  Jadi, apa  gunanya  Malaysia  berminat dengan kereta kebal yang  tidak bersesuaian  di sini?  Kereta kebal mempunyai  fungsi yang lebih cenderung    untuk tujuan menyerang daripada untuk  bertahan. Siapakah agaknya  musuh kita nanti? Apakah musuh itu Singapura  ataupun  Thailand?   Bagaimana pula  keputusan itu akan dibuat?

Kereta kebal  jenis Penhard   yang digunakan di Malaysia  sekarang ini  telah dibeli  30 tahun yang lalu dan perlu  diganti  kerana  ia bukannya  sesuai untuk  dataran Malaysia. Malahan jenis Cadillac  yang digunakan oleh  polis  tidak sesuai  untuk tindakan anti-komunis kerana  keadaan  bumi  yang  terlalu lembik untuk  mereka harungi. Kini, Malaysia  memikirkan  kereta kebal  besar pula. Dalam pembelian  kelengkapan perang,  bayaran sogokan  adalah tinggi, terutama sekali  di Malaysia   dan inilah sebabnya  Malaysia  amat mesra  menerima  tawaran   sesiapa  yang  mempunyai ‘cadangan’ yang sesuai untuk  kita  membeli kelengkapan mereka.  

Tentulah  memeranjatkan kita  apabila  menteri pertahanan, seiring  pendapat  dengan kabinet, menunjukkan minat  kepada isu geopolitik dan pertahanan, dan tidak  melihat kelemahan  keputusan  membeli  kereta kebal  perang  itu. Siapakah yang keputusan  dalam pembelian ini? Selalunya  majlis  Angkatan Tentera  yang  membuat  keputusan itu. Majlis ini  diketuai oleh  Perdana Menteri.  Tetapi, tentu  ramai pakar  tentera  yang menganggotai  majlis itu yang  seharusnya  mengemukakan bantahan  terhadap  pembelian itu.  Berlakukah  perkara seperti  itu?

Jadi,  kini  muncul  persoalan apakah  kita  memerlukan semua  kereta kebal ini?  Pembeliannya,  walaupun  begitu tidak sesuai  kepada tofografi kita, ia memberikan  satu  isyarat yang silap  kepada   jiran kita, Singapura  dan Thailand. Hubungan kita  dengan dua buah negara itu  bukanlah seindah yang sepatutnya.  Kereta kebal itu sepatutnya  dipertimbangkan  seandainya   pembeliannya  tidak  mencetuskan  perasaan  kecurigaan  di kalangan  jiran  kita  semua.  Jika tidak,  kedua-dua  negara ini  akan  memperkasakan   pertahanan mereka dengan lebih teliti  lagi untuk tujuan pertahanan dan serangan. Ini akan  membuatkan  pertahanan kita  terdedah kepada serangan.  Malaysia telah  membuat keputusan untuk membeli  sabmarin (kapal selam). Mereka berlengah-lengah  tanpa  mampu membuat keputusan yang tegas, sedangkan beberapa   cadangan daripada ramai   juru jual kelengkapan perang  yang selalunya  merupakan pegawai  tinggi tentera  dan  ahli politik mereka yang turut  mesra (ataupun sebaliknya?) Jenis yang dibeli itu selalunya bergantung kepada   jumlah  komisyen  yang  akan dapat  diperah daripada setiap  pembelian  itu.  (Malaysia  sudah mula menghantar  pegawai tentera  untuk  membawa pulang sabmarin  sejak  pertengahan 80-an dulu, pada tahap awalannya di Brussels,  Belgium. Ramai pegawai itu sudah pun  bersara  dan ada yang sudah pulang ke alam baqa, agaknya –penterjemah).

Sementara itu,  jiran-jiran kita  telah  memerhatikan semua  ini, dan  dengan senyap-senyap telah memperkasakan  ketumbukan ketenteraan mereka  sebagai  satu  jalan berhati-hati. Malaysia  yang terkejut dengan perkembangan ini  cuba  membeli  kelengkapan perang yang tidak berguna (kecuali untuk mengisi kocek orang tertentu – penterjemah) Kecanggihan  teknologi  dan   kehebatan  sesuatu kelengkapan perang  ketenteraan  itu  tidak diambil kira   dan tidak pun  ada  tenaga manusia  yang terlatih untuk  menyelia kelengkapan yang telah dibeli, seperti  yang banyak berlaku di Malaysia  selama ini.  Menteri pertahanan sepatutnya memberikan penjelasan kenapa Malaysia  memerlukan  kereta kebal jenis  berat  dan  lasak  ini, kepada Parlimen  dan  negara  keseluruhannya. Keputusannya itu akan  menjentik perasaan  pihak tertentu  di  bahagian utara dan selatan Malaysia  dan  mereka berkemungkinan  bertindak balas pula.

M.G.G. pillai
(pillai@mgg.pc.my) 

Catatan  Penterjemah:  

Satu  alasan yang  logik selain  untuk menyamun komisyen yang tinggi-tinggi ialah kereta kebal ini mahu dipertontonkan kepada dunia  setiap kali Malaysia  menggunakannya  apabila menyertai  pasukan keselamatan dunia  tajaan PBB. Siapakah di kalangan  menteri dan pemimpin politik yang mahu ambil kira  bagi setiap kereta kebal  canggih dan tidak berguna itu, kerajaan boleh menyediakan  rumah yang selesa  untuk satu kompeni  anggota  tentera? Siapakah yang mahu  ambil-pusing bahawa  harga sebuah kereta kebal adalah sama  nilainya dengan program  melengkapkan setiap  markas tentera di Malaysia  ini  dengan cyber cafe  untuk  warga  tentera? Mungkinkah satu hari nanti, kalau ada   menteri Islam yang mati  dan  mayatnya tidak mahu diterima oleh bumi,  mayatnya boleh di’simpan’ dalam salah satu kereta kebal ini?  - penterjemah.

Hits: